PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- PAS DI CUCUK HIDUNG....
- NEGERI MAJU BEBAS ASAP ROKOK.....
- PM KE KAZAKHSTAN
- TAHNIAH...
- PANCASILA DALAM KENANGAN...
- ISU UDA SELESAI?
- HANYA STRATEGI LAPUK PEMBANGKANG.....
- DEMI POLITIK PAS SEMUA BOLEH
- SOKONGAN KEPADA ERDOGAN HANYA SEMENTARA WAKTU....
- 55 TAHUN UMNO TELAH JAGA KEBAJIKAN RAKYAT...
- JASIN TANDUS KEPIMPINAN PEMUDA.......
- DARI TAKBIR KEPADA TAKBUR....
- ELECTIONS AND DEMOCRACY
- DPM VISIT SEVERAL AREA IN KL...
- TINGGAL KENANGAN...TANJONG PAGAR....
- KINI LENGKAPLAH AMALAN NEPOTISME PEMBANGKANG...
- IMPLIKASI PEMILIHAN PAS
- Shukur Harun: Pasukan terbaik hadapi PRU-13 A Shukur Harun
- MENGAPA PERINTAH TERENGGANU 1 PENGGAL SAHAJA,,,,,,?
- PEMILIHAN AJK PAS PUSAT BERAT SEBELAH!
- ADAKAH PAS KINI DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN LUSUH?
- NEGARA KEBAJIKAN YANG MANA..........
- WAJAH BARU TAPI PEMIKIRAN LAMA....
- Ukur baju, di badan sendiri': PM ulas rasionalisasi subsidi
- DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU.
Posted: 05 Jun 2011 04:27 AM PDT Anwarisme tentukan hala tuju PAS |
NEGERI MAJU BEBAS ASAP ROKOK.....
Posted: 05 Jun 2011 04:23 AM PDT
5 kawasan di Melaka diwartakan zon bebas asap rokok 2011/06/05 MELAKA: Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin. "Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini. Bagaimanapun, Liow berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut. Beliau berkata, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan adalah serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan. Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan 21 tempat yang dilarang merokok seperti hospital, dalam kenderaan awam, institusi pendidikan, kompleks beli belah dan stadium, katanya. Beliau berkata, tahun ini, kementeriannya melancarkan "perang" terhadap penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, serangan jantung dan pelbagai jenis kanser, dimana tabiat merokok adalah faktor penting menyumbang kepada penyakit tersebut. Katanya, pelaksanaan zon bebas asap rokok itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka yang inginkan udara yang segar tanpa asap rokok. Mengulas nilai kompaun terhadap kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Liow berkata, antara Januari dan April tahun ini, nilai kompaun yang dikeluarkan ialah hampir RM1 juta dan daripada jumlah itu, sebanyak RM756,988 telah dibayar. - BERNAMA e |
Posted: 05 Jun 2011 04:20 AM PDT
Posted: 05 Jun 2011 04:16 AM PDT
RAJAGOBAL KINI BERGELAR DATUK
|
|
JURULATIH skuad bola sepak negara, K. Rajagobal kini bergelar Datuk selepas menerima anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan iaitu Panglima Jasa Negara (PJN) sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam.
Rajagobal, yang mengembalikan kegemilangan bola sepak negara apabila membawa Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF tahun lalu, merupakan antara 67 penerima Darjah PJN.
Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah legenda bola sepak negara, mendiang R. Arumugam.
Posted: 05 Jun 2011 04:03 AM PDT
Put your stuff here |
Perkataan Pancasila berasal dari dua perkataan Sanskrit iaitu Panca membawa maksud lima dan Sila bererti dasar.
Lima prinsip yang diterjemahkan oleh Presiden pertama Indonesia, Sokarno pada 1 Jun 1945 ialah:
1) Ketuhanan Yang Maha Esa
2) Kemanusiaan Yang Adil dan Beradab
3) Persatuan Indonesia
4) Kerakyatan yang Dipimpin oleh Hikmah Kebijaksanaan dalam Permusyawaratan/Perwakilan
5) Keadilan Sosial Bagi Seluruh Rakyat Indonesia
Posted: 05 Jun 2011 03:45 AM PDT
MoF akan putuskan projek pembangunan di Penjara Pudu 05/06/2011 6:36pm IPOH 5 Jun – Cadangan UDA Holdings Bhd yang mahu melantik syarikat dari China bagi membangunkan kawasan Penjara Pudu dengan anggaran kos RM6.7 bilion adalah tertakluk kepada prosedur perolehan kerajaan. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, berdasarkan peraturan, kelulusan projek bernilai lebih RM300 juta oleh semua badan milik kerajaan atau berkaitan kerajaan (GLC) akan diputuskan Kementerian Kewangan (MoF). "Bagi projek melibatkan lebih RM300 juta, keputusan daripada pihak pengurusan syarikat akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan Bahagian Perolehan akan membuat penilaian teknikal terhadap keputusan itu sebelum dibawa ke Jawatankuasa Perolehan untuk dimuktamadkan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas isu pembangunan tapak penjara terbabit, yang timbul apabila UDA Holdings - sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan - didakwa mahu melantik syarikat dari China untuk memajukan kawasan itu kerana tiada syarikat bumiputera yang layak. – Bernama |
HANYA STRATEGI LAPUK PEMBANGKANG.....
Posted: 05 Jun 2011 03:42 AM PDT
BN bukan kambing hitam dalam penyebaran video seks - TPM 05/06/2011 6:33pm KUALA LUMPUR 5 Jun – Barisan Nasional (BN) bukanlah kambing hitam dalam isu penyebaran video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. "BN adalah parti yang jelas, telus. BN akan siasat apakah sebabnya sesuatu perkara itu berlaku, itu pendekatan yang kita ambil. "Kita awal-awal lagi pun sudah katakan yang ini bukan permainan kita, ia dilakukan oleh pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sempena program turun padangnya ke sekitar Kuala Lumpur hari ini. Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diluluskan oleh Muktamar Pas hari ini yang mendakwa BN bertanggungjawab dalam penyebaran video seks itu. Beliau berkata, Pas sebagai parti yang memperjuangkan masalah Islam, seharusnya membahaskan mengenai kebenaran berhubung siapa pelaku dalam video seks itu, sekali gus menyatakan pendirian mereka dalam isu itu. "Parti yang kata memperjuangkan masalah Islam sudah lari dari landasan Islam, mereka membicarakan mengenai soal kepentingan politik, langsung tidak mengambil kira soal hak, tuntutan agama dan soal mencari keredaan Allah. "Semuanya permainan politik yang tidak menyelesaikan masalah dan tidak membantu dalam memberikan imej baik bagi parti Pas," katanya. – Bernamae |
Posted: 05 Jun 2011 03:40 AM PDT
Kenyataan Hadi dibuat demi kepentingan politik - TPM |
KUALA LUMPUR 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan segala tohmahan dan kecaman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai tidak berasas dan dibuat demi kepentingan politik semata-mata.
"Saya baca dengan teliti apa yang telah diungkapkan Presiden Pas pada Muktamar (Muktamar Tahunan Pas ke-57) yang menghentam bertubi-tubi BN dan UMNO.
"Dia buat kenyataan begitu dengan menidakkan segala-galanya, (beliau menuduh) segala kemungkaran yang berlaku di Malaysia ini adalah kerana kezaliman dan tidak ada sistem pendidikan Islam yang betul.
"Bagi saya ini satu kenyataan yang cukup melampau, yang tidak Islamik, yang tidak berasaskan niat dan nawaitu yang baik kerana muslihat politik lebih dari segala-galanya.
"Ini suatu kenyataan politik. Kita sebagai seorang tokoh agama, jangan (guna) politik. Ia mesti berdasarkan kepada hak, kenyataan yang benar bukan kita gunakan kesempatan itu untuk menidakkan mana yang hak, mana yang betul.
"Kalau betul... dia kata, barulah dia pemimpin yang berwibawa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Manhaj Bandar Pengurusan Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan di Kompleks Pusat Islam di sini, hari ini. – Bernama
SOKONGAN KEPADA ERDOGAN HANYA SEMENTARA WAKTU....
Posted: 05 Jun 2011 03:36 AM PDT
Kepimpinan baru Pas hanya untuk sokongan sementara 05/06/2011 4:37pm Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF MARAN 5 Jun – Kepimpinan baru Pas yang dipilih semalam dilihat sekadar meraih sokongan sementara bagi mencapai matlamat mereka untuk memerintah bersama pakatan pembangkang di negara ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jika dahulu parti itu berjuang atas prinsip Islam, tetapi perjuangan mereka dilihat semakin kabur dengan kepimpinan baru berkenaan. Beliau percaya perkara itu akan menjadi persoalan kepada para ahlinya di manakah hala tuju mereka dalam memperjuangkan Islam. "Sebelum ini perjuangan mereka konsisten dan selari dengan asas penubuhannya, tetapi sudah berubah kerana tidak ada pertimbangan tanpa memikirkan agenda lebih besar iaitu pembinaan negara bangsa, agama dan tanah air," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Maran di sini hari ini. – Bernama |
55 TAHUN UMNO TELAH JAGA KEBAJIKAN RAKYAT...
Posted: 05 Jun 2011 03:32 AM PDT
05/06/2011 5:05pm
JERANTUT 5 Jun – Manifesto Pas untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan hanyalah satu penipuan dan gimik politik bagi meraih sokongan masyarakat pada pilihan raya umum akan datang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, manifesto seperti itu lahir daripada pihak yang tidak memahami sistem pentadbiran kerajaan.
Menurut beliau, sekiranya pas melaksanakannya, sudah pasti ekonomi negara tidak mampu bertahan lama malah akan menjadi muflis.
"Mereka (Pas) tidak sedar bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah 55 tahun menjaga kebajikan rakyat selama ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Jerantut, di sini hari ini.
Menurut Mohamed Nazri, manifesto itu disifatkan sebagai permainan politik dan tidak mampu dilaksanakan oleh parti itu.
"Janji itu hanya mengaburi pemikiran rakyat kerana Pas termasuk pakatan pembangkang lain bercita-cita besar menawan Putrajaya sedangkan ia tidak boleh dilaksanakan," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat tidak mudah terpedaya dengan janji kosong yang dilemparkan pembangkang kerana mereka tidak mampu menunaikannya.
Terdahulu Mohamed Nazri dalam ucapannya berkata, pemimpin UMNO di semua peringkat perlu menangkis slogan Ketuanan Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertujuan untuk mengembalikan sokongan masyarakat terhadap parti itu.
"Dalam Perlembagaan sudah jelas dan termaktub tentang Ketuanan Melayu dan perkara lain. Oleh itu, jangan hanya pandai pula mengubah untuk tujuan berbohong dengan rakyat bagi mencapai cita-cita politik masing-masing,'' katanya. – Utusan
JASIN TANDUS KEPIMPINAN PEMUDA.......
Posted: 04 Jun 2011 08:57 PM PDT
Penggal ini merupakan penggal terakhir buat Ketua Pemuda Jasin Zaidi Attan. Sepanjang perkhidmatannya sebagi Ketua Pemuda, ujian terakhir yang dilaluinya adalah Pilihanraya Kecil DUN Merlimau. Syukur, berkat usaha, kerja kuat serta kebijaksanaan mengatur strategi YB Ruslan Ahmad telah memperolehi kemenangan. Begitu juga dengan kembalinya sokongan golongan muda dan pengundi India. Ada yang mengatakan pemimpin datang dan pergi. Benar tapi kini menjadi amalan atau budaya membandingkan pemimpin dahulu dan sekarang. Generasi muda kini mahukan seorang pemimpin muda yang faham hasrat dan inspirasi mereka. Benar, calon ramai di Jasin, tapi nak cari yang matang dan ada gagasan mungkin kurang. Ini kerana pendedahan yang kurang kepada falsafah kepimpinan diperingkat yang lebih tinggi. Bukan senang nak jaga hampir 80 cawangan. Pengorbanan adalah pasti selain dari peruntukan juga penting. Kalau setakat nak jadi Ketua Pemuda sahaja, memang ramai calonnya....apa pun kepada kepimpinan yang ada sekarang sudah sampai masanya mereka meningkatkan lagi bakat,ilmu, kemahiran, pendedahan dan ambil tahu nasib-nasib Pemuda Cawangan di seluruh daerah Jasin.Put your stuff here |
Posted: 04 Jun 2011 08:33 PM PDT
Demikian hujah kepala hotak Hadi Awang yang sedikit hari akan isytihar dirinya sebagai Ayatollah Hadi Awang. Secara automatis Hadi Awang mengatakan Perkara 3 tidak wujud dalam Perlembagaan. Bahawa Perkara 121 juga tidak relevan dalam Perlembagaan. Bahawa Perkara 4 tidak secocok dengan pakatan PAS+PKR+DAP, yang dinamakan PAKATAN NERAKA JAHANAM DUNIA. PAS sedang takbur tahap Ultra kerana hari ini sedang isytihar partai mereka sebagai PARTI AJARAN SESAT, kerana bersetuju dengan Komunis dan Freemasonry.
Syabas Hadi Awang, kerana selamat melingkupkan ketuanan Melayu. Orang seperti ini, tidak layak sebagai pemimpin politik. Hadi Awang hanya layak menjadi pemimpin kepada pengemis dan peminta sedekah eksekutif. Bila tiada nyiru, tempayan bocor pun boleh sebagai pengganti idealisme politik kufur nikmat PAS.
Kumpulan ERDOGAN PAS sudah mula panas hati dengan kenyataan BIADAB, Hadi Awang. Dia sudah hilang kelayakan sebagai Patriot Melayu Islam. Dia hanyalah boneka KOMUNIS dan FREEMASONRY.
Semasa dia begitu hina sebagai Pengerusi ABIM Terengganu, sanggup dia melutut meminta diterima. Hari ini, dia sanggup meludah ke langit, insyaallah di satu hari yang terang dan cerah bulan purnama, HAdi Awang bakal menjilat ludah bernanahnya kembali.
UMNO mengajak dan membuka pintu kepada PAS kerana mahukan kekuatan yang namanya BEYOND GOVERNANCE. UMNO mengajak dan membuka tabir berpakat kepada PAS kerana sedih dengan penipuan-penipuan yang terpaksa dipersetujui oleh PAS kerana "batang telur" mereka telah diratah oleh KOMUNIS dan FREEMASONRY. UMNO jemput PAS bersama dalam kultus Melayu Islam Bumi Melayu kerana kasihan melihat 75% Ahlul Sunnah Wal Jaamah yang sedang dikunyah tanpa belas ehsan oleh faham-faham Plural, Liberal, Syiah, Muktazilah, Jabariah dan Qadariah dalam PAS.
PAS di ambang kehancuran kerana sikap takbur, riak dan bongkak manusia bernama Abdul Hadi Awang. Selamat berkubur Nasaruddin jika Hadi Awang kekal PRESIDEN Partai Ajaran Sesat
Posted: 04 Jun 2011 08:28 PM PDT
My Constitution: Elections and democracy Sunday, 05 June 2011 10:41am ©Malay Mail (Used by permission) RAKYAT GUIDES 9, PART 1. IN 'The Rakyat Guides 1: What is the Federal Constitution?', we learnt that the Federal Constitution sets up a system for the governance of Malaysia. It is a "democratic" system which means that the people of Malaysia decide who runs the country. We do this by voting at elections. Under the Constitution, elections are held to select the 222 members of the Dewan Rakyat (known as "Members of Parliament" or "MPs") and the 576 members of the 13 State Legislative Assemblies. In this Rakyat Guide, we will focus on elections for the Dewan Rakyat. When do elections take place? Elections for the Dewan Rakyat take place when Parliament is "dissolved". When Parliament is "dissolved" this means that it is stopped from functioning. This can happen in two ways: Parliament is automatically dissolved five years after the Dewan Rakyat's first meeting; or The Prime Minister can request that the Yang Di Pertuan Agong ("YDPA") dissolve Parliament, and the YDPA may then decide to do so. While in most cases, the YDPA must act on the advice of the Prime Minister, the Constitution says that the YDPA may refuse to consent to a request to dissolve Parliament before its five year term ends. Once Parliament is dissolved, a "general election" must take place within 60 days to select 222 new MPs. How are elections conducted? The Constitution does not give details on how elections are conducted. It does however set up the Election Commission ("EC") and makes the EC responsible for conducting elections for the Dewan Rakyat. Parliament has also made laws on how elections are to take place and it has given the EC the powers it needs to conduct elections. Under the law, once Parliament is dissolved, the EC will fix a "nomination day" and a "polling day" for the general elections. There are 222 voting area (known as "constituencies") throughout Malaysia, one for every seat in the Dewan Rakyat. On nomination day, anyone who wants to be elected as an MP in a particular constituency must file the proper documents with the EC official for that constituency (the "returning officer"). The person who files the papers then becomes a candidate. If there is more than one candidate for a constituency, an election takes places there. If there is only one candidate, that candidate will be declared the winner. After the nomination process, the campaign period begins and continues until the eve of polling day. This is when the candidates will try to persuade voters to vote for them. On polling day, voters go to polling centres in their own constituencies and vote for the candidate they prefer. Once the voting period is over, the votes are counted and the winners are announced. The winning candidate is the candidate who gets the most votes in that constituency. Whichever political party or coalition of parties is able to secure the support of a majority of the MPs (at least 112 out of 222) will be invited by the YDPA to form the next Executive Government. Who is eligible to be MP? Any Malaysian living in Malaysia who is at least 21 years old can take part in an election to become an MP. A person cannot become an MP if the person is: of unsound mind is a bankrupt holds an office of profit (an office of profit means those holding a position in the judiciary, the Election Commission, the Auditor General and any other position that Parliament may declare) spends more money than is allowed under the law on his or her election campaign is found guilty of a crime where the punishment is a jail term of one year or more, or a fine of RM2,000 or more;\ becomes a citizen of another country or declares loyalty to another country Who is eligible to vote? Under Article 119 of the Constitution, you can vote if: You are a Malaysian citizen; You are at least 21 years old; You are living in the constituency where you wish to vote; You have registered to vote. A person is disqualified from being a voter if the person is: of unsound mind or serving a prison sentence; or, has been convicted in any part of the Commonwealth and sentenced to death or to a term of imprisonment of more than 12 months and has yet to complete his/her sentence. Are there an equal number of MPs/ constituencies for each State and Territory? No. The allocation of seats depends on the size of the population and territory, and the constitutionally permissible weightage for rural areas. Under the Constitution, the number of MPs/constituencies for each State and Territory is as follows: • Johor : 26 • Pahang : 14 • Sarawak : 31 • Kedah : 15 • Penang : 13 • Selangor : 22 • Kelantan : 14 • Perak : 24 • Terengganu : 8 • Malacca : 6 • Perlis : 3 • Labuan : 1 • Putrajaya : 1 • Sabah : 25 • Kuala Lumpur : 11 • Negeri Sembilan : 8 The Constitution has been amended in the past to change the total number of MPs. NEXT: The Rakyat Guides 9, Part 2 will continue with explanations on what is the Election Commission (EC) and some frequently asked questione |
DPM VISIT SEVERAL AREA IN KL...
Posted: 04 Jun 2011 08:20 PM PDT
KUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is expected to visit several areas in the federal capital today in conjunction with his programme to meet city residents. According to the itinerary issued by his office, Muhyiddin has a tight schedule where he will attend a 1Malaysia breakfast with representatives of non-governmental organisations in the Batu parliamentary constituency at Taman Bullion Mewah. He will then go on a walkabout at Kampung Pindah and Kampung Baru. This will be followed by a meeting with the constituents at the Jalan Tun Razak Flats in Kampung Baru, at 10am. The taxi drivers in the city here will also be included in the programme as Muhyiddin will meet them at 11.50am at the Matahari Restaurant, next to the Kampung Baru Petronas station. At 12.30pm, Muhyiddin will rush to Pusat Islam to attend the "Simposium Manhaj Bandar" together with the chairmen of all the mosque and surau committees throughout the city. He will later proceed to the Dang Wangi police headquarters to attend a meeting with police personnel at 2.10pm. Muhyiddin will go on a walkabout around Jalan Masjid India to meet with Malay and Indian traders, hawkers and shopkeepers as well as Malaysian Indian Muslim Congress members. Muhyiddin will later proceed to the open space beside the Lembah Pantai Community Centre to meet residents in Lembah Pantai at 4pm. The programme will end with Muhyiddin opening the 14th Malaysia Games at the Kuala Lumpur Football Stadium in Bandar Tun Razak, Cheras, at 8.30pm. -- Bernama Read more: DPM to visit several areas in KL http://www.nst.com.my/nst/articles/8jik/Article#ixzz1OMrifO3k |
TINGGAL KENANGAN...TANJONG PAGAR....
Posted: 04 Jun 2011 08:06 PM PDT
Perjalanan terakhir
|
|
TANGGAL 2 Mei 2011 genap 79 tahun Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura beroperasi. Biar pun ada yang berkata pernah ada persetujuan bahawa stesen itu akan terus beroperasi selagi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan ke Singapura, namun segala-galanya tinggal kenangan. Stesen yang dirasmikan Sir Cecil Clementi - Gabenor Singapura ketika itu, bakal menghentikan operasi pada 30 Jun ini. Bermula pada 1 Julai 2011, Woodlands Train Checkpoint (WTCP) akan menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura. Manakala nasib Stesen Tanjong Pagar seterusnya akan ditentukan oleh kerajaan Singapura yang berjanji akan mengekalkannya sebagai warisan sebagaimana yang terkandung di dalam Perkara Perjanjian Malaysia-Singapura (POA) pada 1990.
Jadual ke Woodlands akan berterusan sehingga KTMB menamatkan perjalanan ke Singapura sepenuhnya yang sehingga kini tarikhnya belum dimuktamadkan. Selepas itu tiada lagi perjalanan ke republik itu menggunakan kereta api. Stesen terakhir selepas KTMB menamatkan perkhidmatan di WTCP adalah Stesen Johor Baharu Sentral.
Justeru peluang menyusuri perjalanan ke Stesen Tanjong Pagar bersama KTMB baru-baru ini sememangnya membawa kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Itu merupakan perjalanan yang pertama memasuki Singapura menggunakan kereta api. Pengalaman itu juga mungkin yang terakhir lantaran Tanjong Pagar kini menghitung hari untuk menutup pintunya. Siren kereta api yang berkumandang untuk tempoh puluhan tahun tidak akan kedengaran lagi di situ. Manakala landasan yang telah hampir 80 tahun menjadi saksi jalinan hubungan antara Malaysia-Singapura tidak akan lagi dilintasi kereta api.
Perjalanan media ke Stesen Tanjong Pagar tidak menggunakan kereta api. Sebaliknya troli yang digunakan untuk proses penyelenggaraan landasan menjadi pengangkutan. Bahagian kiri dan kanan troli terbuka manakala si pemandu mengadap ke kanan landasan dan bukannya ke hadapan seperti mana kereta api atau kenderaan lain. Rombongan media, pelukis dan pasukan komunikasi korporat KTMB berdiri sambil berhimpit. Untuk menaiki troli perlu memanjat tangga besi dua anak mata yang tergantung agak tinggi. Turun pula bukan di platform tetapi di atas landasan. Namun kesemua 'penumpang' rela berasak biar pun peluh memercik di sana sini, asalkan sampai ke stesen Tanjong Pagar.
Ada rahsia di sebalik perancangan KTMB agar perjalanan ke Tanjong Pagar kali ini menggunakan troli. Tentunya mahu setiap denyut laluan kereta api kira-kira setengah jam itu dirasai dan dihayati sepenuhnya. Destinasi pertama adalah Stesen Bukit Timah yang kini hanya menjadi laluan. Stesen tersebut terkenal dengan jambatan besinya. Dalam kesibukan memperkatakan tentang Tanjong Pagar, ramai yang terlupa bahawa Stesen Bukit Timah juga akan ditutup pada tarikh yang sama. Ketua Stesen Bukit Timah, Atan Ahmad yang menyifatkan stesen tersebut rumah keduanya berkongsi nostalgia Bukit Timah. Stesen tersebutjuga dibuka pada 1932 bertujuan menghubungkan kawasan luar bandar Singapura.
Fungsi Stesen Bukit Timah adalah mengawal laluan keretapi menerusi semboyan dan isyarat lampu yang menjadi petunjuk kepada pemandu kereta api. Pelbagai peralatan mekanikal yang dikendalikan secara separa elektrikal masih ada di situ. Biar pun bangunan Stesen Bukit Timah setingkat cuma dan diperbuat daripada batu bata, namun nilai warisannya amat tinggi. Ia menjadi lambang perkembangan sistem pengangkutan darat yang memudahkan hubungan antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Perjalanan diteruskan ke WTCP untuk melepasi pemeriksaan kastam dan imigresen Singapura di situ. Dari situ bermulalah keterujaan mahu meneroka Stesen Tanjong Pagar yang Julai nanti tidak lagi dihubung menerusi landasan. Menjejakkan kaki ke stesen tersebut sememangnya menawarkan suasana klasik dan amat berbeza. Manakan tidak perjalanan yang disajikan kepesatan pembangunan Singapura bertukar wajah apabila tiba di stesen tersebut. Keunikan seni binanya masih terserlah. Mural di dinding dalam serta figura di luar bangunan sememangnya mengkagumkan. Mata lekat memandang, makanala otak mencatur kehebatan seni yang dikatakan hanya terdapat di dua stesen di dunia iaitu di Helsinki dan di Tanjong Pagar.
Bangunan tiga tingkat dengan struktur konkrit itu menggunakan kejuruteraan termaju ketika pembinaannya. Terdapat beberapa elemen dominan pada bangunan tersebut antaranya lukisan mural, figura manusia serta menara jam. Empat figura manusia setinggi 22 meter melekap pada bahagian hadapan bangunan. Ia adalah kerja tangan tukang arca terkemuka di Itali, Angelino Vanette dari Studios of Raoul, Floerence. Keempat-empat figura itu mewakil kegiatan ekonomi Singapura ketika itu iaitu perdagangan, pertanian, pengangkutan dan industri. Lukisan mural di dewan menunggu pula direka di studio Messrs Dooulton & Co London memaparkan enam warga Malaya yang sedang bekerja.
Stesen tersebut mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Sebaik dirasmikan, operasi stesen-stesen kereta api lain di Singapura seperti di Jurong, Tank road, Pasir Panjang, Mandai, Bukit Panjang dan Telok Belangah dihentikan.
Mungkin ramai yang tidak tahu, bangunan bercirikan Art Deco, Neo-Classical dan seni bina Cina itu mempunyai hotel dua tingkat untuk kemudahan para penumpang. Hotel tersebut pada satu masa amat terkenal namun atas sebab tertentu semuanya tinggal begitu sahaja. Satu lagi yang menarik tentang stesen Tanjong Pagar adalah ruang menunggunya yang luas dan mampu menampung ramai pengunjung pada satu-satu masa. Berbumbungkan konkrit beserta bukaan pada alang, dewan menunggu tidak memerlukan pencahayaan tambahan pada waktu pagi dan petang.
Terlalu banyak mahu disingkap tentang stesen tersebut. Kaunter jualan tiket masih tersergam begitu, manakala papan-papan tanda berusia puluhan tahun dengan ejaan lama kekal untuk tatapan. Begitu juga kipas-kipas lama yang hakikatnya penuh nostalgia sehingga menyukarkan ingatan terhadap Stesen Tanjong Pagar dipadamkan begitu saja. Bagi Ketua Stesen Tanjong Pagar, Shamsul Bahri Shari, 43, berkhidmat 15 tahun di situ sarat dengan nilai sentimental. Air mata lelaki itu menitis tatkala berbicara tentang stesen yang akan ditinggalkan selama-lamanya oleh KTMB. Beliau yang berulang-alik Gemas-Tanjong Pagar (keluarganya di Gemas) setiap hujung minggu amat menghargai pengalaman bertugas di 'bumi kecil Malaysia' di atas tanah Singapura. Biar pun sedih, namun tidak tercapai oleh akalnya untuk memikirkan kehilangan Stesen Tanjong Pagar walaupun dunia mengetahui bahawa ia sememangnya bukan milik negara.
Stesen Tanjong Pagar menjadi realiti apabila Sultan Johor ketika itu Sultan Abu Bakar menerima permintaan British supaya laluan kereta api ke Tanjong Pagar dibina. Selepas 79 tahun - jika dicampur tarikh ia mula dibina iaitu pada 1909 maka usaha untuk menyediakan laluan yang merapatkan hubungan Malaysia-Singapura hakikatnya telah berlangsung selama 102 tahun. Kini Stesen Tanjong Pagar menjadi warisan Singapura. Lebihan tanah di sekeliling kawasan itu tidak mustahil akan dibangunkan sepesat-pesatnya oleh kerajaan republik itu sekali gus menghimpit Stesen Tanjong Pagar dalam dunia yang tersendiri. Fungsinya kelak hanya sebagai tontonan umum. Tanggal 30 Jun, kereta api terakhir akan meninggalkan Stesen Tanjong Pagar tepat pukul 11 malam membawa kesemua 90 rakyat Malaysia yang bertugas di stesen itu dan juga di depot - meninggalkan tanah Singapura untuk selama-lamanya.
KINI LENGKAPLAH AMALAN NEPOTISME PEMBANGKANG...
Posted: 04 Jun 2011 08:03 PM PDT
Anak bapak... Bisik-Bisik Mingguan KEMENANGAN dua anak pemimpin utama Pas pada pemilihan parti itu menarik perhatian. Anak Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh menang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda parti itu. Awang tidak ragui kebolehan Nik Abduh. Sememangnya beliau berpotensi besar untuk muncul sebagai pemimpin Pas masa depan. Seorang lagi yang menjadi tumpuan ialah anak Presiden Pas, Hadi Awang iaitu Muhammad Khalil. Beliau dipilih menduduki barisan ahli jawatankuasa Dewan Pemuda. Menurut Nik Abduh, beliau menang atas pengaruh bapanya. Awang setuju, sedikit sebanyak ia menjadi faktor penentuan. Khalil pula mendakwa, kejayaannya bukan kerana pengaruh bapa. Awang kurang setuju. Semua orang tahu, anak presiden parti biasanya mendapat kelebihan. Hadi dan Nik Aziz juga sudah tentu mahu melihat kejayaan anaknya dalam parti. Anak bapaklah katakan. Jika benar kedua-dua tokoh itu tidak mahu menggunakan pengaruh mereka secara langsung atau tidak langsung bagi membantu anak masing-masing maka usah benarkan anak masing-masing bertanding. Masih segar dalam ingatan Awang bagaimana Hadi dan Nik Aziz suatu ketika dahulu pernah menghentam UMNO dalam isu kronisme. Akhirnya mereka sendiri membina kronisme di dalam parti. Pada Awang, apa yang berlaku itu tidak ubah seperti Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guang Eng). Begitu juga sebagaimana PKR yang diperintah oleh tiga beranak iaitu Anwar Ibrahim (Penasihat), Wan Azizah (Presiden) dan Nurul Izzah (Naib Presiden). Biar apa pun topeng yang digunakan sama ada Islam, keadilan mahupun demokrasi, mereka adalah orang politik. Apabila melibatkan batang hidung sendiri, semuanya mahu diberi kewajaran. Orang yang warak pun boleh gelap mata your stuff here |
Posted: 04 Jun 2011 07:18 PM PDT
Put your stuff here |
Yang terserlah kejayaannya ialah kumpulan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau Anwarinas yang diketahui menjadi pendokong aspirasi DAP.
Awang tidak terkejut dengan apa yang berlaku itu. Desas-desus mengenai gerakan menjayakan pengaruh Anwar sudah kedengaran sejak tahun lalu. Dengan kata lain, perancangan mengenainya telah lama dibuat melibatkan PKR dan DAP untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Pas. Maka orang yang paling puas dan gembira ialah Anwar dan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang. Kedua-duanya boleh senyum lebar dalam tidur kerana percaturan mereka menjadi kenyataan.
Sudah banyak kali Awang menulis bahawa orang yang paling berkuasa dalam Pas sebenarnya adalah Anwar. Kedua, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dan ketiga barulah presidennya, Hadi Awang. Apatah lagi, Hadi telah lama hilang cengkaman. Beliau menjadi Presiden Pas paling lemah sehingga elemen luar mudah meresapi dan mencorakkan parti. Belum pernah berlaku dalam sejarah, Pas begitu tercemar teruk dengan pengaruh asing.
Hadi seperti juga Nik Aziz tunduk kepada strategi Kit Siang dan Anwar. Kedaulatan Islam bukan menjadi tonggak perjuangan sebaliknya ego dan nafsu politik menguasai diri. Isu moral Anwar selaku ketua pembangkang langsung tidak disentuh oleh Hadi dalam ucapan dasar yang membawa mesej Pas berkompromi kepada salah laku seks yang berulang. Awang percaya takkan ada parti Islam lain di dunia yang berpendirian seperti Pas dalam isu moral yang serius seperti itu.
Hadi juga melepaskan kesempatan terbaik untuk mengupas isu-isu kritikal berkaitan kepentingan Islam, sebaliknya mengalih perhatian dengan menghentam UMNO. Beliau telah memberikan isyarat yang salah kepada seluruh umat Islam yang mengharapkan pemikiran strategik Pas demi kekuatan politik Islam. Ternyata Hadi dan Nik Aziz terus membenarkan Pas diperalatkan oleh DAP yang tidak mahu Islam dominan menerusi agenda memperjuangkan kesamarataan. Ia adalah penghinaan dan sabotaj kepada agama Islam itu sendiri.
Namun Awang lega kerana ada beberapa tokoh Pas terutama Ketua Dewan Ulama, Harun Taib masih berani mempertahankan jati diri Pas serta tidak mahu parti itu mengikut telunjuk komponen dalam pakatan pembangkang. Biarpun golongan ulama kelihatan kecundang, Awang percaya mereka akan bangkit kemudian hari. Masih ramai ahli dan penyokong Pas di akar umbi yang mendokong ulama sebagai teras perjuangan. Majoriti umat Islam di negara ini juga sedia membuat perhitungan terhadap Pas pada pilihan raya umum akan datang sebagaimana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Tidak sukar. Apatah lagi terhadap parti yang makin gagal membawa denyut nadi umat Islam
Shukur Harun: Pasukan terbaik hadapi PRU-13 A Shukur Harun
Posted: 04 Jun 2011 07:04 PM PDT
Pada pendapat saya, para perwakilan membuat pilihan ini berdasarkan: 1) Prestasi kerja mereka selama ini. 2) Tidak mengambil kira dari golongan mana mereka datang. 3) Keterampilan mereka. 4) Pengalaman dan ilmu yang ada pada mereka. 5) Rapatnya hubungan mereka dengan rakyat pelbagai kaum dan agama. 6) Sudah berjaya menempuh pelbagai ujian pahit dalam sepanjang perjuangan mereka. 7) Istiqamah mereka kepada dasar perjungan PAS selama ini. ADA SATU FAKTOR YANG TIDAK DIMASUKKAN DALAM KRAITERIA PEMILIHAN PAS KALI INI, FAKTOR DARI PERANCANGAN STRATEGIK DAP DAN PKR... |
MENGAPA PERINTAH TERENGGANU 1 PENGGAL SAHAJA,,,,,,?
Posted: 04 Jun 2011 06:59 PM PDT
Umno akan jatuh bukan kekuatan Islam sahaja tetapi.. |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Kerajaan BN yang ditunjangi Umno BN pasti akan jatuh suatu masa nanti bukan hanya kerana kekuatan umat Islam semata-mata, tetapi juga "kerana kezalimannya sendiri sepanjang memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu." |
PEMILIHAN AJK PAS PUSAT BERAT SEBELAH!
Posted: 04 Jun 2011 06:54 PM PDT
Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013: 1) Mazlan Aliman (804) 2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765) 3) Datuk Kamarudin Jaafar (739) 4) Hanipa Maidin (735) 5) Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721) 6) Dr Zulkefly Ahmad (702) 7) Dr Mujahid Yusof Rawa (651) 8) Khalid Samad (643) 9) Abdul Ghani Shamsuddin (579) 10) Datuk Amiruddin Hamzah (576) 11) Abdul Wahid Endut (556) 12) Datuk Abu Bakar Chik (527) 13) Datuk Mohd Amar Abdullah (470) 14) Dr Siti Mariah Mahmud (445) 15) Datuk Mahfodz Mohamed (449) 16) Datuk Hassan Ali (437) 17) Abdul Ghani Abd Rahman (430) 18) Nuridah Salleh (416)e |
ADAKAH PAS KINI DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN LUSUH?
Posted: 04 Jun 2011 06:49 PM PDT
Pemuda minta 40 peratus kerusi untuk calon muda |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Pemuda PAS Malaysia meminta PAS Pusat memberikan 40 peratus kerusi kepada calon-calon muda bagi menghadapi pilihanraya akan datang. Permintaan tersebut diharap diberikan pertimbangan serius oleh PAS Pusat bagi kepentingan parti dan selaras dengan keperluan semasa serta tidak hanya tertakluk kepada lelaki, tetapi juga muslimat. Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, keperluan PAS Pusat memberikan petimbangan serius terhadap permintaan itu berdasarkan kehendak masyarakat kini yang lebih mengutamakan kepada calon-calon muda. Menurut beliau, pada pilihanraya di Singapura baru-baru ini, golongan muda mendapat sambutan hebat sehingga berjaya memenangi beberapa kerusi yang ditandingi. Katanya, begitu juga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru yang jelas menunjukkan pencapaian baik yang diperolehi PAS bagi kerusi yang ditandingi yang diwakili golongan muda. "Selain itu, walaupun kalah, PAS turut mencapai kejayaan baik dalam pilihanraya kecil di Tenang baru-baru ini yang diwakili Cikgu Mala yang juga mewakili golongan muda. "Kehadiran Cikgu Mala yang mewakili golongan muda dari muslimat telah membuatkan PAS berjaya mengurangkan undi yang diperolehi BN dengan begitu banyak," katanya pada sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini. Dalam PRN Sarawak baru-baru ini, menurut beliau, walaupun kalah, PAS turut mencapai kejayaan besar sehingga berjaya mengurangkan undi yang diperolehi BN dengan begitu ketara pada beberapa kerusi yang ditandingi PAS yang diwakili golongan muda. "Contohnya di Beting Mero yang diwakili calon muda, walaupun kalah tetapi PAS berjaya menarik sokongan pegundi cukup besar sehingga hampir berjaya," katanya. Bagaimanapun, tegasnya, permintaan tersebut tidak bermakna beliau menafikan kehebatan calon-calon yang telah berusia dari PAS. "Kami cukup sedar dengan kehebatan golongan yang telah berusia sebab itulah kami hanya meminta 40 peratus sahaja kerusi untuk calon-calon muda yang berkelayakan. "Tapi dalam masa yang sama, kami berharap agar golongan muda turut diberikan tempat oleh PAS kerana selain golongan yang telah berusia, masyarakat kini ternyata lebih berminat kepada calon-calon muda," ujar beliau. |
NEGARA KEBAJIKAN YANG MANA..........
Posted: 04 Jun 2011 06:44 PM PDT
Perjuangan politik dalam Islam, bukanlah perjuangan menegakkan jenama negara, tetapi menegak tanggungjawab dan prinsip-prinsip keadilan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul-Nya.
Bukan penting pada jenama, tetapi pada isinya. Islam agama yang menjamin keadilan, keamanan, memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan, menyebarkan kebajikan dan seterusnya.
Itulah negara yang dikehendaki oleh Islam. Soal mekanisme hukum - sama ada hudud atau tidak - dibincangkan setelah ditegakkan prinsip dan tanggungjawab utama, diwujudkan suasana yang kondusif yang memungkinkan keadilan dan keindahan hukum itu berfungsi.
Bukan masanya lagi. Tangguhkan dahulu isu-isu makanisme, tumpukan kepada tanggungjawab dan prinsip utama kenegaraan.
Ini kerana welfare state mempunyai pelbagai gambaran. Secara umum, dunia memahami welfare state adalah negara-negara yang memakai model Nordik seperti Norway, Denmark dan Sweden. Mungkin PAS ada model yang tersendiri. Apapun saya merasakan PAS akan dapat melangkah dengan lebih jauh dengan kenyataan tersebut.
WAJAH BARU TAPI PEMIKIRAN LAMA....
Posted: 04 Jun 2011 06:42 PM PDT
Ada yang menyifatkanya sebagai kemenangan untuk kumpulan profesional dan kekalahan untuk golongan ulama.Tidak kurang pula tafsiran bahawa kemenangan "kumpulan Erdogan" dalam pemilihan PAS semalam sekali gus menempelak cubaan Umno untuk "meminang" PAS, khususnya sejak beberapa bulan lalu.
Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Berlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata-mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam pilihan raya umum.
Sebaliknya pucuk pimpinan PAS begitu yakin terhadap kematangan perwakilan dan calon untuk merapatkan saf dengan selesainya pemilihan yang dijalankan dalam semangat demokrasi dan musyarawah.
Kecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru.
Mohamad Sabu kini diangkat sebagai orang pertama dari golongan bukan ulama yang menyandang jawatan Timbalan Presiden dalam tempoh 20 tahun.
Nasharuddin Mat Isa tersingkir sebagai orang kedua parti manakala tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga kecundang kepada Mohamad Sabu.
Untuk Naib Presiden, selain Husam, Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar melengkapkan senarai jawatan itu apabila mengekalkan kerusi mereka.
Kemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional.
Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia akan cuba memaparkan PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai golongan ulama. Tentunya modal ini akan diambil oleh Umno untuk dijual pula kepada pengundi.
Namun, walaupun bertukar nakoda (itu pun peringkat Timbalan dan ke bawah sahaja) hala tuju PAS tetap sebagaimana yang terpacak dalam matlamat perjuangannya.
Perwakilan yang memilih golongan "profesional" atau Erdogan yakin calon-calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti.
Semua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan PAS – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan PAS.
Mereka adalah veteran dalam parti yang faham sentimen akar umbi PAS dan pada masa sama mempunyai sifat dinamis untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat PAS membangun negara berkebajikan.
Konsep negara berkebajikan ini sudah pun dicanang oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai bukti kononnya PAS sudah mengubah haluan dan kononnya mengabaikan penubuhan sebuah negara Islam, apatah lagi di bawah PAS pimpinan golongan professional.
Kedua- dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai-nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam.
"Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut negara Islam, ia sebut negara berkebajikan," kata Hadi pada sidang medianya semalam.
Konsep negara berkebajikan didokong dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, bermakna ia turut dipersetujui oleh DAP.
Kemunculan pemimpin- pemimpin seperti Hadi, Mohamad Sabu, Husam dan yang lain hadir berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh untuk menerangkan penubuhan negara berkebajikan kepada umat Islam dan bukan Islam tentunya menjadikan Umno dan akhbar miliknya gusar dan cemas.
Justeru kerana itulah Utusan dan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya.
Sebelum pemilihan PAS semalam, Utusan Malaysia cuba secara licik untuk membawa mesej- mesej tertentu untuk mempengaruhi perwakilan parti dalam memilih calon.
Utusan yang sering menyerang Islam yang dibawa oleh PAS tiba-tiba mengingatkan keperluan parti itu supaya meneruskan perjuangan dan matlamatnya dengan pimpinan ulama.
Memang hebat transformasi Utusan walaupun ia hanya untuk memastikan agenda sempit Umno menjalin kerjasama politik dengan PAS tidak kecundang. Namun akhirnya rancangan Utusan-Umno itu nampaknya gagal juga.
Pemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perwakilan membuat pilihan sedemikian kerana menyifatkan mereka sebagai gandingan terbaik untuk misi berkenaan. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan pembaharuan-pembaharuan yang didahagakan oleh rakyat, Islam dan bukan Islam.
Ukur baju, di badan sendiri': PM ulas rasionalisasi subsidi
Posted: 04 Jun 2011 06:32 PM PDT
Perdana Menteri berkata subsidi di Malaysia adalah antara terbesar di dunia meliputi keperluan seharian rakyat seperti gula dan beras, dan ini tidak termasuk subsidi tidak langsung meliputi perkhidmatan kesihatan dan pelajaran.
"Dalam mengurus negara, kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat tertinggi," katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan baginda hari ini di Istana Negara di sini.
Najib berkata malah suatu keputusan yang tampak popular tidak semestinya menjadi satu tindakan terbaik untuk tempoh yang lebih jauh, dan untuk itu dalam mengurus ekonomi negara adalah penting "kita mengukur baju di badan sendiri."
"Bagi kepentingan ramai dan negara, sebuah kerajaan bertanggungjawab akan mencipta penyelesaian dan membuat pilihan mengutamakan maslahah rakyat bukan sahaja untuk jangka masa pendek dan pertengahan tetapi juga untuk jangka masa panjang," katanya.
Perdana Menteri berkata keputusan memotong dan menaikkan pendapatan layak dicukai, memberi subsidi secara pukul rata tanpa mengira keperluan kumpulan sasar contohnya, barangkali mendapat sambutan hangat bagi masa-masa yang tertentu, akan tetapi ia bakal mengundang masalah.
"Hakikatnya, apabila hanya kurang dua juta daripada 12 juta pekerja membayar cukai, dua juta pembayar itu mensubsidikan majoriti yang tidak membayar cukai. Ini akan lebih memberikan cabaran terutamanya apabila perkhidmatan kesihatan dan pendidikan adalah relatifnya percuma.
"Malaysia, bukanlah sebuah negara kuasa besar dunia yang mampu mencetak wang tanpa berasaskan kepada apa-apa sandaran atau fiat money," katanya.
Beliau berkata kebergantungan kepada sumber asli seperti petroleum dan gas asli tidak akan kekal untuk selama-lamanya, malah rakyat patut bersyukurlah bahawa negara mempunyai syarikat petroleum nasional yang diuruskan dengan baik dan kerajaan berjaya memaksimumkan manfaat yang diperoleh.
"Akan tetapi, sumber ini semakin berkurangan. Ternyata, lebih banyak perbelanjaan modal terpaksa dikeluarkan untuk mencari sumber yang baru," katanya.
"Jadinya, kita harus insaf kepada apa yang mungkin melanda negara jika ekonomi tidak diurus dengan baik," katanya.
Najib berkata misalannya, negara-negara dalam klasifikasi maju pun sepertimana Greece, dengan defisit 10 peratus dan kadar hutang berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 137 peratus serta kadar pengangguran 14 peratus.
"Apabila gagal diurus dengan berhemah, baru-baru ini, memerlukan 110 bilion Euro atau RM477 bilion bersamaan hampir dua tahun setengah bajet terkumpul Malaysia untuk bailout atau dijamin keluar," katanya.
Begitu juga negara Ireland pada tahun lepas dengan defisit 32 peratus dan kadar hutang berbanding KDNK 113 peratus serta kadar pengangguran 15 peratus, memerlukan 85 bilion Euro atau RM369 bilion atau setahun setengah bajet terkumpul Malaysia untuk dijamin keluar, katanya.
"Khabarnya, kedua-dua negara Greece dan Ireland mungkin memerlukan jaminan keluar kali yang kedua," katanya.
Perdana Menteri berkata dalam apa jua rupa tindak tanduk atau perdekatan yang diambil oleh kerajaan, ianya "akan sentiasa bertanggungjawab, tidak cemerkap, tidak terburu-buru apatah lagi mengejar populariti membawa rebah.
"Dengan berhemah, tiap satu keputusan dikaji, ditimbang dan diperinci untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat jua," kata Najib.-4/6/2011
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU.
Posted: 04 Jun 2011 06:26 PM PDT
'Perhebatkan usaha capai negara maju'
2011/06/05
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan segala usaha diperhebatkan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan meningkat, merealisasikan wawasan menjadikan Malaysia negara maju pada 2020 dan berpendapatan tinggi.
"Sesungguhnya, kekukuhan dan kestabilan sesebuah negara amat bergantung kepada pelbagai institusi yang menjadi tonggak pentadbiran negara, malah institusi pentadbiran dan pelaksanaan yang kukuh antara elemen terpenting dalam menghasilkan sebuah negara maju dan disegani.
"Beta bersyukur kerana kerajaan masih berupaya mengimbangi kesan kenaikan harga minyak demi kesejahteraan rakyat jelata. Beta berasa sukacita kerana kerajaan terus mengekalkan harga minyak RON 95, diesel dan gas petroleum cecair kepada harga semasa," titah Seri Paduka sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Negara, semalam.
Mengharapkan keputusan itu dapat mengurangkan beban rakyat, Yang di-Pertuan Agong mengingatkan peniaga agar memberikan kerjasama dan tidak sewenang-wenang menaikkan harga barangan keperluan pengguna.
"Bila berlaku kenaikan harga, seluruh rakyat akan mendapat kesan buruk dan sesungguhnya apa yang kerajaan laksanakan ini tidak dapat dinikmati rakyat," titah Seri Paduka.
Mengenai penggunaan pelbagai sumber tenaga dan air yang menyebabkan negara membelanjakan sejumlah besar wang bagi menyediakan kemudahan itu, Tuanku Mizan mahu rakyat jelata menjadi warga yang bijak memanfaatkan sumber tenaga dan air dengan berhemah. – BERNAMA
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan