Hamidah Osman |
Bersihkan Perhimpunan Bersih 2.0 Posted: 16 Jun 2011 07:31 AM PDT
2. Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen. 3. Adalah sesuatu yang aneh apabila pembangkang secara tiba-tiba mahu mengadakan perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini kononnya bagi menuntut pilihan raya diadakan secara bersih dan adil. 4. Gendang pilihan raya umum yang 'sayup-sayup' mula kedengaran dijadikan alasan untuk pembangkang turun ke jalanan pada 9 Julai ini. 5. Sebenarnya, tujuan pembangkang berbuat demikian adalah bagi menutup segala kemelut yang melanda pakatan mereka dan kerisauan berhubung prestasi kerajaan BN . 6.Mereka bukan sahaja gagal menunaikan berpuluh-puluh janji di dalam manifesto pilihan raya umum 2008, malahan berlaku banyak masalah yang menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang dikuasai. 7. Langkah yang dilakukan oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan membawa kemakmuran kepada negara bagaikan mimpi ngeri yang menghantui pembangkang. 8. Pembangkang bimbang perolehan undi popular sebanyak 3,796,464 atau 49.4 peratus yang diraikan pada tahun 2008 tidak akan berulang lagi. 9. Faktor-faktor inilah yang mendorong Bersih 2.0 dilaksanakan, walaupun pembangkang mengetahui bahawa perhimpunan pasti akan mendapat tentangan daripada pihak berkuasa. 10 . Mereka akan 'bergembira' apabila imej 11. Perhimpunan Bersih yang dirancangkan tidak mempunyai niat murni apatah lagi bersih, sebaliknya terpalit dengan seribu mainan politik yang menjijikkan semata-mata kerana terlalu mahu berkuasa. 12. Kajilah bagaimana apabila mereka menang dalam sesuatu pilihan raya itu ia dianggap tidak ada masalah, tetapi apabila mereka kalah atau berada di ambang kekalahan mulalah hendak mengatur strategi bagi menutupi kelemahan sendiri. 13. Rasa takut dan diambang kekalahan menjadikan Pembangkang kembali mengerakkan rakyat dan menanam persepsi negatif terhadap pemerintah sebelum pilihanraya dijalankan. Kak Midah |
You are subscribed to email updates from Hamidah Osman To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan