Apo Kono Eh Jang! |
BERSIH 2.0 : Usaha Pakatan melingkupkan ketenteraman negara! Posted: 22 Jun 2011 04:59 AM PDT Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dirancang pada 9 Julai ini sebenarnya adalah usaha puak-puak pembangkang untuk menimbulkan kekacauan dalam negara. Ia juga memperlihatkan sikap pembangkang yang suka kepada huru-hara untuk menunjukkan kerajaan Malaysia tak cekap memerintah negara. Pakatan pembangkang kini sedang melakukan usaha untuk menutup kelemahan mereka yang gagal mentadbir negeri-negeri yang telah mereka kuasai dengan baik. Mereka juga cuba menggugat ketenteraman negara setelah sokongan rakyat terutamanya daripada orang Melayu terhadap Pakatan tersebut semakin berkurangan. Sebab itulah mereka berusaha untuk melakukan apa saja supaya rakyat berada didalam keadaan tidak selamat dan merasa kurang yakin dengan kemampuan kerajaan mengekalkan keamanan dalam negara. Juak-juak Pakatan ini sengaja menimbulkan apa jua isu untuk membangkitkan rangkaian kekecohan di seluruh negara untuk mempengaruhi rakyat bangkit menentang kerajaan sedia ada. Mereka mempengaruhi dan memanipulasi rakyat supaya bangkit membuat tunjuk perasaan untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib tak disukai dan ditolak leh rakyat. Inilah maksud utama mereka dengan mengadakan tunjuk perasaan BERSIH pada 9 Julai nanti. Pelbagai pihak hanya mampu mendesak supaya perhimpunan haram mereka pada 9 Julai ini dihentikan, tetapi kuasa sebenar untuk menghalang usaha khianat mensabotaj keamanan negara ini terletak di tangan Kementerian Dalam Negeri. Kalau Menteri di KDN langsung tak berani untuk bertindak, tunjuk perasaan oleh pembangkang ini pasti akan mengakibatkan perkara yang amat buruk pada imej dan juga rakyat negara. Penganjur-penganjur tunjuk perasaan BERSIH ini akan tetap meneruskan agenda mereka kononnya ia adalah hak setiap rakyat negara ini. Tapi harus diingat bahawa tunjuk perasaan BERSIH bukan sekadar perhimpunan untuk mempersoalkan perjalanan pilihan raya tetapi ia adalah sebagai pentas untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Apakah pihak KDN masih belum nampak tujuan sebenar BERSIH ini dianjurkan? Jangan tunggu sehingga kerosakan berlaku baru hendak mengambil tindakan. Seharusnya pencegahan dilakukan dari awal untuk menjamin keamanan dan ketenteraman rakyat negara terjaga. Jangan biarkan kebencian rakyat mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan akibat dari provokasi yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Pakatan melalui pimpinan Anwar sedang menagih simpati rakyat untuk merealisasikan angan-angan besar mereka bagi mentadbir negara ini. Mereka juga sengaja menarik perhatian semua pihak terutamanya media dalam negara dan juga media luar bagi mendapatkan populariti. Tumpuan khas dari media kepada mereka pasti akan menunjukkan mereka itu sebagai pejuang demokrasi yang sebenar. Ini secara tak langsung menunjukkan yang kerajaan DS Najib sekarang adalah sebuah kerajaan yang tak telus. Tunjuk perasaan ini juga sebenarnya dianjurkan bagi menutup isu moral yang dihadapi oleh Ketua Umum Pakatan. Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Anwar bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu liwat dan video seksnya selain dari menimbulkan huru hara dalam negara. Selain itu, PAS juga mampu mengalihkan kecaman masyarakat melayu mengenai perubahan dasar dari negara Islam ke negara berkebajikan mereka. DAP juga mendapat manfaat dari tindakan menghuru harakan negara ini apabila ia akan menenggelamkan perilaku komunis mereka di P.Pinang dan juga negeri-negeri yang mereka kuasai. Jadi, tiada cara lain untuk menyelamatkan keamanan negara melainkan pihak-pihak yang bertanggung jawab seperti KDN dibawah kendalian Menteri Hishamuddin mengambil langkah tegas. Tunjuk perasaan BERSIH ini memang patut digagalkan bagi mengelakkan kerosakan besar berlaku didalam negara. Apakah Hishamuddin mahu negara ini hancur disebabkan sikap tak bertanggung jawab KDN? |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan