Apo Kono Eh Jang! |
Hipkorasi PAS: Negara Islam Dalam Kenangan Posted: 10 Jun 2011 10:37 PM PDT Abdul Hadi Awang memang ada satu tahap yang sangat istimewa. Selain bilangan bininya yang ramai dari majoriti kita, Hadi juga punya kelebihan sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa dunia yang tidak seberapa. Tanggal 12 November 2003, Abdul Hadi Awang melancarkan 'Dokumen Negara Islam" sebagai umpan untuk menarik undi Melayu dan memberi harapan kepada negeri Terengganu dimana dia ketika itu sebagai Menteri Besarnya. Dalam erti kata lain, demi mempertahankan kuasa dan jawatan Menteri Besar Terengganu ketika itu, Abdul Hadi Awang melancarkan Dokumen Negara Islam dalam cubaan menarik undi orang melayu/Islam. Ini yang berlaku sekitar 7 tahun lebih dahulu dan sama ada masih ada dikalangan balaci PAS hari ini yang ingat akannya, bilangan yang lupa atau buat buat lupa pun tidak kurang ramainya. Bagi golongan pelupa ini nasib baik dengan perkembangan teknologi semasa, gambar-gambar yang membuktikan pelancaran dokumen Negara Islam itu masih boleh dicapai dalam internet. Ironinya, demi undi dan kuasa juga, PAS hari ini memasukkan dokumen negara Islam yang dibanggakan sangat itu ke dalam tong sampah dan menumpu pula kepada konsep Negara Berkebajikan. Kononnya negara Islam tidak wujud dalam Al-Quran, habih yang kau keluarkan dokumen mengenainya dulu tu sebab apa? Dokumen Negara Berkebajikan saja yang belum keluar lagi, mungkin guna Buku Jingga. Bab ini yang kita kena fahamkan betul-betul. Islam hanya mainan politik pada PAS, demi nak menarik undi. Dulu pun penulis dah kata, kalau agama itu boleh dibuang demi undi, itupun akan dibuangnya. Hadi terseksa seumur hidupnya berpura-pura nampak Islamik demi undi dan kuasa. Hadi pun nak juga pakai kot, pakai tali leher, sikat rambut dan nampak kacak kesana sini. Dia manusia biasa juga. Tapi fahaman politiknya itu memaksanya memakai apa yang dia selalu pakai sekarang – jubah dan serban. Semuanya sebab fahaman politik , mana ada sebab yang lain. Dan kebanyakkan penyokong PAS pun memang begitu, paling tidak dengan kopiah putih dan jubah hijau, pasal sama dengan lambang parti PAS. Sekali lagi, semua demi undi. Yang kesian, golongan teramai inilah - penyokong. Takbir sana, takbir sini bagi nak nampak Islamik, alih sekarang dah berkebajikan pulak dah. Yang rakus di atas adalah pemimpin, gadai perjuangan, gadai prinsip malah sanggup gadai agama demi undi dan kuasa. Korang penyokong PAS, jadi tikang takbir jelah, apa haram yang lain tak merasa sampai sudah. Kesimpulannya, sampailah sudah masa untuk beralih kepada yang stabil dalam soal prinsip perjuangan dan terlebih berkebajikannya iaitu UMNO dan BN. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan