UMNO Cawangan Bukit Ampang |
PERUTUSAN PRESIDEN UMNO SEMPENA ULANGTAHUN UMNO KE-65 Posted: 10 May 2011 07:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 10 Mei -- Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh ahli parti untuk meningkatkan usaha dan bekerja keras bagi mencipta masa depan negara yang cemerlang termasuk di persada antarabangsa. Katanya, kepercayaan dan keyakinan bukan wujud secara semulajadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam kepimpinan dan ahli UMNO sepanjang 65 tahun penubuhannya. "Dalam usia 65 tahun, UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta dugaan dan pengalaman ini telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik semasa," katanya. "Dalam usia 65 tahun, UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta dugaan dan pengalaman ini telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan landskap politik semasa," Beliau berkata demikian dalam perutusan melalui UMNO-Online sempena Ulang Tahun UMNO ke-65 yang akan diraikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei ini. Ujarnya, badai yang melanda UMNO pada pilihan raya umum yang lalu bukanlah alasan untuk terus bersikap pesimistik atau tersu mengeluh panjang dan mengenang perkara lalu. "Hakikatnya, jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan maka sebenarnya ia hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat. Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi. "Justeru seluruh ahli parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera, jangan sesekali biarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya." Tegasnya lagi, ingatlah jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. "UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi agama, bangsa dan negara," katanya. Beliau yang juga Presiden UMNO ketujuh turut mengimbas perjuangan UMNO yang bermula sebelum merdeka telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan hanya mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga untuk menerajui pemerintahan negara. "Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO malah kita tidak akan lupa jasa-jasa tokoh-tokoh seperti Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang begitu banyak berjasa. "Kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat dan bersama-sama rakan-rakan komponen BN perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam." - MediaUMNO |
Posted: 10 May 2011 06:53 AM PDT KUALA LUMPUR 10 Mei — Esok adalah ulang tahun ke-65 kelahiran UMNO yang bukan saja menyaksikan ia terus menjadi tunjang pemerintahan negara tetapi terpaksa berdepan banyak cabaran yang tidak kurang getirnya berbanding waktu penubuhannya. Antara cabaran getir itu ialah Umno harus menangani perpecahan bangsa Melayu yang kini terbahagi tiga, selain terpaksa berdepan dengan cabaran demi cabaran luaran yang walaupun sedikit tetapi semakin jelas sehingga berani mempertikaikan ketuanan Melayu, Bumiputera dan Islam. Mengambil tema 'Membela Rakyat' pada sambutan kali ini, UMNO yang menjadi tunjang parti gabungan dalam Barisan Nasional dan tonggak kerajaan, juga harus menerajui negara dan rakyat berbilang kaum dalam mencapai Wawasan 2020 dan matlamat ekonomi berpendapatan tinggi.
UMNO bukannya tidak pernah dilanda masalah malah pernah diharamkan pada 1988, gejolak pemecatan Timbalan Presidennya pada tahun 1998 dan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008, tetapi masalah itulah yang menjadikannya bangkit dengan lebih gagah. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mencapai usia 65 tahun menjadikan UMNO sebuah parti yang amat matang, lebih progresif, berpengalaman luas dan berani membuat perubahan dari semasa ke semasa. "Saya yakin apa yang sudah dilalui selepas ia ditubuhkan, dengan pelbagai ranjau dan masalah sehingga Presiden pertama (Datuk Onn Jaafar) tinggalkan UMNO dan sebagainya, memberikan iktibar kepada kita untuk terus bergerak bukan sahaja untuk dahulu tapi juga untuk kini dan selamanya," katanya. — Bernama |
You are subscribed to email updates from UMNO Cawangan Bukit Ampang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan