Khamis, 19 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Bela diri kes liwat ; Anwar tidak layak ketua pembangkang - Syed Ali

Posted: 18 May 2011 11:58 PM PDT

DATUK Seri Anwar Ibrahim tidak layak lagi memegang jawatan ketua pembangkang di parlimen berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan beliau membela diri dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari.


"Walaupun tiada peruntukan yang mengarahkan beliau meletakkan jawatan, tetapi dengan masalah moral yang menjijikkan itu boleh menjejaskan kredibiliti dan reputasi keseluruhan Ahli Parlimen di negara ini," tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.


Beliau mempersoalkan bagaimana Anwar akan memberi tumpuan di Parlimen sedangkan diri beliau sendiri terbelenggu dengan kes meliwat dan kini dikaitkan pula dengan isu video seks membabitkan pelacur China.


"Jawatan ketua pembangkang di Dewan Rakyat merupakan jawatan penting, tetapi dengan peribadi dan moral Anwar sedemikian rupa, bagaimana rakyat hendak menghormatinya," kata beliau lagi.

Beliau berkata, Anwar sepatutnya mencontohi prinsip bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang sanggup melepaskan jawatan ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ekoran disiasat berhubung isu rasuah.


"Walaupun Dr. Khir belum disabitkan kesalahan, tetapi kerana mengambil tanggungjawab beliau sanggup melepaskan jawatan tersebut. Inilah prinsip pemimpin UMNO yang tidak gilakan jawatan," tegasnya.


Sehubungan itu,beliau berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dilihat sebagai calon berwibawa dan layak menggantikan Anwar.


"Jika dendak dibandingkan moral Anwar dengan Haji Abdul Hadi, ibarat jauh bumi dengan langit. Hadi seorang tokoh agama yang setakat ini tidak tercemar dengan skandal moral yang mengaibkan," tegasnya.


Katanya, Anwar juga dilihat sudah tidak lagi berfungsi sebagai Wakil Rakyat Permatang Pauh kerana masanya banyak dihabiskan untuk melepaskan diri daripada pertuduhan liwat.


"Keadaan bertambah teruk apabila beliau dikatakan kerap keluar negara dan memburuk-burukkan imej kerajaan dan pemimpin UMNO," tegasnya.


Syed Ali mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengesahkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang miskipun telah diarahkan untuk membela diri dalam perbicaraan liwat II.


"Kami tidak akan menggantikan ketua pembangkang selagi beliau tetap adalah MP," kata Guan Eng, selepas merasmikan Festival Georgetown di Kuala Lumpur hari ini dan kenyataan tersebut disiarkan oleh portal berita malaysiakini.


Mengulas lanjut kenyataan tersebut, Syed Ali berkata DAP memang mahukan Anwar kerana mereka banyak 'menyimpan' rahsia periabdi pemimpin PKR itu.


Lagipun kata beliau, DAP lebih senang menjadikan Anwar sebagai kuda tunggangan berbanding dengan pemimpin PAS.


"Untuk memecahbelahkan orang Melayu di negara ini, DAP akan memperalatkan Anwar dan beliau (Anwar) sememangnya sanggup berbuat demikian asalkan matlamat politiknya tercapai," tegasnya.


Anwar dan PKR mengalami tamparan hebat Isnin lalu apabila hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohamed Diah memerintahkan beliau membela diri kerana berpendapat Mohd Saiful adalah saksi yang "berkata benar dan berwibawa".

Tiada ulasan:

Pengikut