Selasa, 17 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


ALFATIHAH, SUAMI ORKID ABDULLAH PULA MENINGGAL DUNIA

Posted: 17 May 2011 02:37 AM PDT

SUAMI allahyarham Datin Orkid Abdullah, Datuk Mokhtar Omar, 70, meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira pukul 6.45 pagi ini (Selasa).

Pemergian allahyarham selepas empat hari isteri beliau, Orkid yang juga penyanyi veteran tanahair meninggal dunia, iaitu pada 13 Mei lalu.

Allahyarham Mokhtar adalah bekas AJK UMNO Bahagian Cheras merangkap bekas ketua UMNO Cawangan Seri Indah.

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang.

Jenazah beliau di bawa ke tanah perkuburan Islam Datuk Keramat untuk dikebumikan.
Turut mengiringi jenazah daripada hospital ke kawasan perkuburan ialah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, bekas Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamad dan Datuk Rahim Baba.

Sementara itu, Syed Ali menyifatkan allahyarham sepanjang hayatnya adalah seorang pemimpin politik yang sederhana dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada orang dibawahnya.

"Semasa beliau bersama kami dalam jawatankuasa UMNO Bahagian Cheras, sikapnya yang peramah dan tidak meninggi diri sentiasa disenangi oleh rakan-rakan," ujarnya.

Sambil mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham, Syed Ali berkata walaupun ianya merupakan satu kehilangan kepada sahabat dan rakan-rakan, tetapi tetap redha dengan pemergiannya.

"Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat keatas rohnya," katanya.

Seluruh kepimpinan empat peringkat UMNO Bahagian Chears, kaikitangan pejabat UMNO Bahagian dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.




ALFATIHAH




Tiada ulasan:

Pengikut