Isnin, 16 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


KESAL POLIS BIARKAN PENYOKONG PKR BUAT KECOH, ANWAR KENA BELA DIRI

Posted: 15 May 2011 08:49 PM PDT

BERITA TERKINI : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung kes liwat membabitkan Anwar terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari di peringkat bela diri.


DATUK Wira Syed Ali Alhabshee kecewa dengan tindakan polis membiarkan penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kekecohan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

"Pihak polis sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut kerana perbuatan itu seperti menghina kemuliaan mahkamah," tegasnya.

Beliau berpendapat, polis awal-awal lagi boleh menghalang perhimpunan tersebut dan tidak membiarkan penyokong Anwar mengadakan reformsi.


"Kalau bukan polis siapa lagi ? takkan kita (ahli-ahli UMNO) kena turun ke mahkamah dan halang mereka, takkkan kita kena bergaduh dengan mereka sedangkan ini isu peribadi Anwar," tegasnya.


Justeru katanya, jika Anwar benar-benar 'anak jantan' dia tidak perlu memaksa penyokongnya berhimpun di mahkamah kerana inginkan sokongan.


"Mereka tidak layak untuk kata mahkamah tidak adil, kerana kes liwat tersebut telah tertangguh berbulan-bulan lamanya sehingga rakyat pun naik bosan," tegasnya.


Beliau berkata, mahkamah bukan tempat untuk melepaskan rasa geram dan mengadakan perhimpunan haram.

Situasi seperti itu kata Syed Ali, akan menimbulkan tanggapan umum bahawa mahkamah tidak ubah seperti sarkas dan orang ramai bebas melakukan sesuka hati mereka.

Beliau kecewa dengan tindakan kira-kira 200 orang penyokong Anwar membuat kekecohan tersebut.


Syed Ali sekali lagi mempersoalkan kenapa pihak polis hanya menyaksikan perbuatan mereka tanpa sebarang tindakan undang-undang kerana jelas menghina institusi mahkamah.


"200 orang itu bukan mewakili suara rakyat, mereka diarah hadir oleh Anwar yang sedang ketakutan. Mereka tidak profesional,"tegasnya.


Menurutnya, dalam sesuatu kes jenayah keputusan hanya ditentukan oleh mahkamah bukannya oleh tindakan berhimpun atau melakukan kacau-bilau, berbeza dengan parti yang diputuskan oleh ahli.


"Ini menunjukkan mereka menjadi penyokong buta-tuli kepada Anwar, tidak ada kewarasan akal dalam tindakan," jelasnya.


Katanya, tingkah-laku penyokong Anwar seperti manusia tidak bertamadun dan tidak mempercayai kepada sistem perundangan negara.

"Sepatutnya mereka menyerahkan kes Anwar kepada barisan peguam yang mereka lantik, bukannya membuat bising dan menggangu ketenteraman awam," jelasnya.

Beliau berkata, mereka sepatutnya mengadakan solat hajat dan berserah kepada takdir Allah dengan mempercayai qadha dan qadhor-Nya.


"Mereka bayar peguam dengan harga yang tinggi, mengadakan solat hajat, maka sepatutnya mereka berserah kepada Allah S.W.T.

Syed Ali berkata, penyokong PKR juga perlu menerima apa jua keputusan pengadilan kerana mahkamah adalah tonggak kemulian undang-undang.

Tambahnya lagi, kes tersebut adalah masalah peribadi Anwar dan tidak ada kena-mengena dengan pihak lain.


Oleh sebab itu tegas Syed Ali, Anwar tidak sewajarnya mengheret penyokongnya turut terbabit dalam kes peribadinya dengan Mohd. Saiful Bukhari.


"Mereka sepatutnya mempercayai kepada kemuliaan undang-undang, mahkamah tidak boleh menipu kerana seluruh dunia akan mengetahuinya," ujarnya.


Lagipun kata beliau, Anwar kena berpegang kepada ' berani buat berani tanggung' dan tidak perlu takut jika yakin benar-benar tidak meliwat Mohd. Saiful.


Kes perbicaraan Anwar disambung semula hari ini (16 Mei).

Berikut adalah kronologi yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setakat pukul 11 pagi ini, sepertimana dilaporkan oleh portal berita Agendadaily.Com.

Setakat jam 8 pagi sekitar 200 orang berkumpul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menunggu pengumuman kes Anwar dijangka bermula pada puku 9 pagi.Biasanya sunyi saja.

8.40pg - Dalam kamar mahkamah penuh termasuk wartawan luar negara.Di pekarangan pula penyokong-penyokong Anwar melakukan kekecohan dengan melaungkan reformasi dan lagu keadilan.

Anwar tiba 8.45 pagi.Antara kelihatan Datuk Seri Wan Azizah Ismail,Azmin Ali, Tian Chua,Datuk Chua Jui Meng, Datuk Mahfuz Omar dan lain-lain.

Pagi tadi ada daripada penyokong pembangkang yang mengadakan solat hajat di Masjid Wilayah.

9.55 pagi - macam sarkas - penyokong-penyokong Anwar berbaris buat laluan masuk ke bangunan mahkamah dan sorak orangramai yang terpaksa ikut laluan itu.

10.20pagi -dari kenyataan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam mahkamah setakat ini menjelang sampai rumusan kes nampaknya Anwar boleh KANTOI.

10.35 pagi - antara point menarik hakim kata keterangan pakar-pakar yang mendapati penetrasi berlaku adalah konsisten.Saiful Bukhari Azlan adalah saksi yang credible.

10.50 pagi- Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah umum Anwar KENA BELA DIRI.

Waspada taktik PR gunakan sentimen agama dan perkauman

Posted: 15 May 2011 08:01 PM PDT


















"WASPADA taktik halus Pakatan Rakyat (PR) untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat dengan menggunakan isu agama dan perkauman," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau mendakwa, PR menggunakan taktik tersebut setelah mereka berjaya lakukannya pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.

"Walaupun mereka tewas di Sarawak, tetapi dengan mempolitikkan isu rasis, jumlah pengundi bukan Melayu menyokong parti pembangkang semakin meningkat," katanya.

Oleh sebab itu tegas beliau, pembangkang sengaja mengeksploitasikan pelbagai isu termasuk sentimen kaum dan agama untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kepada masyarakat Cina, DAP ingin menonjolkan dirinya sebagai juara kaum dan PAS pula menggunakan agama untuk mengelirukan pemikiran umat Islam," tegasnya.

Manakala PKR pula kata Syed Ali, sekadar parti serpihan yang cuba menjadi jaguh dengan menjaja isu Anwar kononnya mangsa fitnah.

"Ini semua persepsi karut yang cuba ditanam pembangkang dengan harapan rakyat menyebelahi mereka," tambahnya.

Sehubungan itu katanya, tindakan menggunakan sentimen rasis di Sarawak dan agama di Semenanjung adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

"Jika sentimen itu tidak ditangani segera, ia boleh mengancam kestabilan negara," ujarnya lagi.

Beliau kesal kerana PR terutama PAS sanggup menggadaikan masa depan rakyat terutama orang Melayu kerana kepentingan politik.

Menurut Syed Ali lagi, pemimpin PR ingin mewujudkan kebencian antara kaum dan agama agar negara huru-hara seperti apa yang berlaku di Mesir dan Libya.

"Mereka mengharapkan berlaku kacau-bilau dalam negara dan kerajaan yang ada hari ini tumbang. Inilah muslihat jahat pembangkang," tegasnya.

Beliau berkata, jika berlaku huru-hara maka pemimpin utama PR akan dapat melepaskan tengkoknya dari mahkamah dan juga pelbagai skandal serta penyelewengan sedia ada.

"Kita tahu ada pemimpin pembangkang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, oleh sebab itu mereka mengharapkan supaya berlaku kacau-bilau dalam negara," katanya.

Pada masa yang sama, Syed Ali melahirkan rasa bimbang tindakan pembangkang boleh membawa negara kearah krisis politik, perkauman, agama dan ekonomi yang akan hanya menguntungkan pihak penganjur atau negara jiran.

" Kita telah melihat bagaimana Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berjaya mendapat keuntungan politik dengan memutarbelitkan agama," katanya.

Beliau berkata, pelbagai fatwa agama yang dikeluarkan pemimpin PAS termasuk Nik Aziz telah memecahbelahkan undi kaum Melayu.

"Inilah yang mereka inginkan walaupun perbuatan tersebut hanya menguntungkan politik bukan Melayu," jelasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut