umno bahagian cheras |
Syed Ali cadangkan mereka yang pertikai kedudukan agama Islam dikenakan ISA Posted: 11 May 2011 11:23 PM PDT MEREKA yang cuba memprovokasikan agama lain perlu dijadikan agama rasmi selain Islam sepertimana yang sudah termaktub dalam perlembagaan, perlu dikenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, kerajaan perlu tegas menangani isu tersebut kerana jika dibiarkan akan mengundang keresahan antara penganut pelbagai agama di negara ini. "Jika kerajaan hanya sekadar memberi teguran atau ingatan, ianya dilihat tidak berkesan kecuali mereka yang terbabit dikenakan tindakan lebih tegas seperti ISA," ujarnya. Beliau berkata, isu agama sering dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dilihat boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan dikhuatiri akan menjejaskan keamanan negara. "Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila isu tersebut dieksploitasikan oleh parti-parti pembangkang yang cuba meraih sokongan," tambahnya. Katanya, isu agama dan perkauman sudah lama dijadikan modal politik oleh parti-parti pembangkang terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Beliau menegaskan, semua pihak harus menerima dan menghormati Islam sebagai agama rasmi sepertimana tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Sehubungan itu, Syed Ali menyarankan pelbagai pertubuhan agama yang ada di negara ini menghormati penegasan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Islam sebagai agama rasmi yang tidak boleh diubah dalam apa jua kedaan. "Semua penganut pelbagai agama di negara ini harus menghormati ingatan Perdana Menteri bagi menjaga keharmonian dan hubungan baik rakyat pelbagai kaum," ujarnya. Dalam pertemuan dengan para cendiakawan Islam di Putrajaya semalam, Najib menegaskan Perlembagaan amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain dalam apa jua keadaan. Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda. Perdana Menteri memberi ingatan tersebut ekoran mengenai satu pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang baru-baru ini yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Menurut Syed Ali lagi, mereka yang membawa agenda tersebut (kristian) secara jelas cuba memperlekehkan agama Islam dan sekaligus menghina kedudukan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama. "Kerajaan tidak sepatutnya berdiam diri atau sekadar memberi teguran kerana kejadian seumpama itu tidak mustahil akan berulang lagi," katanya. Mengulas lanjut saranan Perdana Menetri itu, beliau menegaskan pihak yang mempertikaikan kedudukan agama Islam itu sengaja berbuat demikian kerana mempunyai agenda tersendiri. "Saya tidak nampak mereka tidak memahami sejarah dan perlembagaan, tetapi sengaja membangkitkan isu tersebut untuk mendapat sokongan kaum atau penganut agama tertentu," katanya. Syed Ali tidak menolak kemungkinan mereka sengaja berbuat demikian kerana melihat orang Melayu dan umat Islam di negara ini sedang berpecah-belah kerana persengketaan politik. "Inilah akibatnya jika kita lemah dan tiada perpaduan, akhirnya bukan Islam cuba mengambil peluang tersebut untuk meminggirkan kedudukan orang Melayu," tegasnya. |
You are subscribed to email updates from UMNO BAHAGIAN CHERAS BLOGSPOT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan