Jumaat, 6 Mei 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Demontrasi PKR di Masjid Negara gagal ; bukti warga kota bosan dengan isu Anwar - Syed Ali

Posted: 06 May 2011 06:42 AM PDT

DEMONTRASI anjuran pembangkang di perkarangan Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini ternyata gagal, sebaliknya menimbulkan kemarahan jemaah apabila pergerakkan mereka keluar daripada masjid terhalang.


Mengulas hal tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, demontrasi yang dianjurkan penyokong PKR itu bertujuan untuk menunjukkan kepada umum bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah dalam isu video seks.


"Tetapi malangnya perhimpunan mereka tidak mendapat sambutan daripada orang ramai yang kelihatan bosan dengan isu Anwar," katanya.


Menurut beliau rakyat kini sudah dapat menilai sejauhmana kejujuran Anwar.


"Ini menunjukkan rakyat terutama warga kota sudah tidak lagi berminat untuk membabitkan diri dalam isu Anwar. Mereka dah meluat dengan cerita Anwar," tegasnya.


Oleh sebab itu katanya, perhimpunan haram anjuran pembangkang di Masjid Negara petang ini yang kebanyakkanya disertai penyokong PKR tidak mendapat sambutan.


"Saya difahamkan mereka terpaksa memujuk para jemaah untuk bersama mereka, perbuatan tersebut amat memalukan," ujarnya.


Bagaimanapun kata Syed Ali, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai apabila laluan mereka terganggu oleh perhimpunan tersebut.


Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana penyokong pembangkang masih lagi menggunakan persekitaran masjid untuk mengadakan perhimpunan haram sambil mengeluarkan kata-kata kesat sepertimana berlaku di sebuah masjid di Sentul baru-baru ini.


Perhimpunan yang hanya disertai sekitar 40 orang itu kemudiannya berarak ke Pusat Islam untuk menyerahkan memo bantahan berhubung isu Anwar dalam video seks yang didakwa menjadi mangsa fitnah.


Dalam hal ini, Syed Ali menyarankan penyokong PKR supaya menghentikan perbuatan tersebut kerana perlakuan Anwar semakin diketahui umum.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau mahukan pihak polis mendedahkan segera identiti lelaki terbabit dalamn video seks itu yang dikatakan mirip salah seorang pemimpin pembangkang.


"Selagi rakyat tidak mendapat kepastian siapa lelaki berkenaan, selagi itulah akan timbul pelbagai persepsi pro dan kontranya," tegas beliau.


Mengenai ceramah politik Anwar sejak-sejak akhir ini yang mendakwa UMNO bertanggungjawab melakukan konspirasi menjatuhkan beliau menerusi video seks, Syed Ali berkata sesiapa sahaja berhak membela dirinya apabila dikaitkan dengan sesuatu isu.


"Tetapi apabila dia menuduh UMNO, ini merupakan fitnah liar dalam usaha beliau untuk membersihkan dirinya yang sudah terpalit dengan isu moral," jelasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut