Pengikut

Nuffnang

Khamis, 5 Mei 2011

umno bahagian cheras

sumber :-

umno bahagian cheras


Syed Ali : Tunai dulu janji manifesto PRU ke-12 sebelum tubuh tabung bencana RM50juta

Posted: 04 May 2011 10:41 PM PDT

PKR Selangor perlu terlebih dahulu kotakan segala janji yang dibuat pada PRU ke -12 sebelum menubuhkan Tabung Warisan Bencana Alam Negeri Selangor dengan dana sebanyak RM50 juta.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, banyak harapan yang dinyatakan dalam Manifesto 'Barisan Alternatif' PRU ke-12 masih belum ditunaikan.

Beliau berkata, selama tiga tahun PKR memerintah Selangor banyak lagi janji belum terlaksana, seperti penyediaan rumah mampu milik kepada golongan muda.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya labih bertanggungjawab mengotakan segala janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya yang lalu.

Beliau menempelak Khalid sebagai boneka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri Selangor yang hanya mengutamakan agenda politik.

"Jangan gula-gulakan rakyat dengan janji palsu. Sudah tiga tahun memerintah Selangor, tetapi PKR masih juga gagal membawa perubahan besar kepada kesejahteraan rakyat," tegasnya.

Penubuhan tabung berkenaan katanya, mungkin pada dasarnya memberi manfaat kepada rakyat tetapi sikap kepimpinan PKR yang lebih banyak berbohong dikhuatiri matlamatnya hanya sekerat jalan.

Katanya, kerajaan PKR Selangor sebenarnya gagal melakukan perubahan yang dijajikan sejajar dengan kandungan manifesto tersebut.

"Saya melihat PKR Selangor menghabiskan banyak masa dengan berpolitik daripada melaksanakan pembangunan fizikal dan modal insan untuk kepentingan rakyat," ujarnya.

Syed Ali berkata, PKR Selangor dengan dokongan DAP hanya mengutamakan kepentingan penguasaan kuasa politik mereka daripada membawa kebajikan kepada rakyat negeri tersebut.

Beliau mengulas kenyataan Khalid Ibrahim yang mengumumkan kerajaan negeri akan menubuhkan Tabung Warisan Bencana Negeri Selangor dengan dana sebanyak RM50juta.

Cadangan penubuhannya akan dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor penggal kedua tahun 2011 yang akan bermula 11 Julai ini, untuk diluluskan.

Menurut Syed Ali lagi, cadangan dikemukakan oleh Khalid itu dilihat sebagai agenda politik bertujuan menarik perhatian rakyat negeri itu yang semakin hilang sokongan kepada PKR.

"Banyak janji yang dibohongi kepada rakyat Selangor, dan kini sekali lagi beliau umumkan perkara yang sama," katanya.

Antara janji-janji manis PKR yang terkandung dalam manifesto Barisan Alternatif dibawah skop Sosial dan Kebajikan Rakyat ialah ;

*Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
*Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah.
*Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim.
*Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka.
*Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti.

Manakala dalam aspek Urustadbir Berwibawa pula ;

*Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah.
*Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri
*Menghentikan projek-projek membazir dan rugi
*Memastikan ketelusan pentadbiran negeri
*Menghentikan campurtangan politik dana perniagaan
*Melarang ahli-ahli EXCO terlibat dalam perniagaan.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian