Razlan's |
Pemuda UMNO Seputeh Desak Menteri Kabinet ..... Posted: 19 May 2011 12:51 AM PDT Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mendesak Menteri Kabinet berani untuk membawa perubahan kepada ekonomi orang Melayu bagi memastikan orang Melayu tidak akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Ketua Pemuda UMNO Seputeh, Mohd Razlan berkata, para Menteri Kabinet seharusnya menjalankan Revolusi Ekonomi Orang Melayu agar kek ekonomi dapat diagihkan dengan adil. "Apabila YAB Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Razak menyatakan yang beliau akan memberi lesen kepada orang Melayu pada ucapan di Perhimpunan Agong UMNO tahun lepas, para menteri kabinet seharusnya lebih berani untuk merealisasikannya. Ada banyak peluang yang belum di diceburi oleh orang-orang Melayu atau diberi peluang kerana perniagaan ini di monopoli oleh orang-orang lain," ujarnya dalam Ucapan Dasar Ketua Pemuda Dalam Mesyuarat Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh Justeru itu, Para Menteri Kabinet seharusnya lebih berani dan lebih peka dengan permintaan YAB Presiden parti untuk merealisasikan agenda ini. "Kita dah lakukan apabila mewujudkan Peniaga Bumiputera yang menguasai perniagaan kereta, dan ini mesti diteruskan dengan banyak lagi peluang-peluang yang harus diberikan," tambahnya lagi. Dalam masa yang sama Pemuda UMNO Bahagian Seputeh juga telah menyarankan nama Universiti Tun Mahathir dan Biasiswa Tun Mahathir sepena cadangan dari Mukhriz yang mahu mewujudkan Biasiswa dan Unibersiti/Kolej UMNO. |
Pemuda UMNO mesti lantang - Mukhriz semasa Peramian Pemuda UMNO Seputeh Posted: 19 May 2011 12:45 AM PDT Pergerakan Pemuda Umno perlu bertindak seperti badan bukan kerajaan (NGO) dan bersuara lantang dalam sebarang isu atau permasalahan demi kepentingan rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mukhriz Mahathir.Beliau berkata biarpun apa yang disuarakan itu akan kedengaran seperti mengkritik kerajaan, namun ia lebih baik daripada kerajaan terpaksa melakukan apa-apa perubahan akibat didesak oleh pembangkang. "Lebih baik kita usulkan, kita yang duduk di bawah kita lebih tahu. Jangan segan-segan. Kita mesti bertindak sebagai NGO. Bersuara lantang. Sejak bila kita segan-segan?," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh di sini, malam Sabtu ini. Turut hadir Ketua Pergerakan Umno Seputeh, Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff dan Ketua Pemuda Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafi. Mukhriz berkata, walaupun Umno merupakan parti terbesar dalam Barisan Nasional namun Pemuda tidak seharusnya bertindak seolah-olah mereka sebahagian daripada kerajaan. "Ada yang kata masalah yang timbul boleh selesai sebab kita kerajaan…tak payah usaha pun tak apa. Kalau itu yang berlaku memang betullah kata pembangkang bahawa Umno akan ditalkinkan tidak lama lagi," jelasnya. Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata politik bersifat perkauman seperti yang diamalkan oleh DAP harus dihentikan segera kerana ia boleh membawa kepada kehancuran negara. "Kita negara yang berbilang kaum, perlu ada sifat toleransi dan rela berkorban. "DAP kata mereka berjuang untuk semua bangsa tapi realitinya mereka hanya didominasi oleh satu kaum sahaja dan kita tak boleh biarkan mereka mentadbir negara," tegas beliau. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan