Isnin, 9 Mei 2011

Hamidah Osman

Hamidah Osman


Islam Agama Rasmi Persekutuan Malaysia

Posted: 09 May 2011 12:33 AM PDT




Hormati Status Agama Islam

1. Selama lebih 50 tahun negara kita merdeka, yang ada dalam fikiran kita ialah Islam agama rasmi Persekutuan Malaysia. Tidak ada masalah timbul selama ini kecuali isu-isu antara kaum dan agama setempat yang akhirnya berjaya diselesaikan.

2. Cadangan agama Kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri daripada golongan agama itu memang sukar untuk diterima.

3. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya bertenang. Gesaan ini diharap dapat membuka fikiran semua kaum untuk memikirkan apa yang terbaik untuk kesejahteraan negara ini.

4. Status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia sudah baik dan tidak pernah pun penganut agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain disekat daripada mengamalkannya.

5. Semua kaum sepakat menerima peruntukan dalam Perlembagaan itu yang bersifat sederhana, termasuk mengiktiraf hak kebebasan rakyat untuk menganut dan mengamalkan agama lain

6. Soal agama adalah amat sensitif apatah lagi kesempatan yang diambil daripada sikap tolak ansur dan kelonggaran di dalam Perlembagaan mengenai isu agama.

7. Apa yang Kak Midah harapkan ialah semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Kak Midah
Sg Rapat

Tiada ulasan:

Pengikut