Apo Kono Eh Jang! |
Sendiri cetak, sendiri edar, sendiri kutip dan salahkan UMNO.. Posted: 18 May 2011 05:43 PM PDT Hari ini puak-puak Pakatan di Selayang telah menyerahkan sebanyak 6,532 keping salinan VCD Lucah Anwar Ibrahim ke Balai Polis. Mereka juga membuat satu laporan Polis terhadap penyebaran tersebut yang mereka dakwa dilakukan oleh pihak UMNO dan jugak kerajaan. VCD tersebut dikatakan telah diedarkan semasa majlis Solat Hajat di Stadium Selayang baru-baru ini. Ia diletakkan pada cermin kereta dan juga pada motorsikal orang ramai dikawasan tempat parking majlis tersebut. Risalah serta VCD itu juga mereka dakwa ditaburkan ditepi dan juga bahu jalan Stadium. Didalam satu sidang media selepas itu di Pejabat PAS, YDP PAS Selayang iaitu Zaini Abdul Talib mendakwa penyebaran VCD lucah Anwar ini mendapat restu dari pihak Polis. Dia juga mempersoalkan kredibiliti pihak Polis yang ada di kawasan majlis tersebut kerana kononnya membiarkan perbuatan pihak yang menyebarkan VCD itu kepada orang ramai. Ini katanya adalah satu lagi taktik keji dari UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Malah, mereka juga telah menuduh pihak pembangkang di Selangor sudah terdesak untuk melumpuhkan sokongan orang ramai kepada Pakatan dengan menaburkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Didalam hal penyebaran VCD lucah Anwar ini, terdapat beberapa keraguan didalam kenyataan puak-puak PAS yang mebuat laporan Polis. Sejak bila pula Polis ditugaskan untuk menjaga parking dikawasan majlis atau ceramah yang di anjurkan oleh mereka? Bukankah selama ini parking dan lalulintas dikawal oleh Unit Amal PAS sendiri? Jadi mengapa pula Polis yang hendak disalahkan? Polis bukannya balaci Pakatan yang boleh diperkudakan untuk menjaga kawasan ceramah mereka. Dan gaji Polis bukannya dibayar oleh puak-puak Pakatan ini semua. Jika Unit Amal PAS yang bertanggung jawab menjaga parking dan lalulintas disekitar Stadium berkenaan, mungkin mereka sendiri yang mengedarkan VCD tersebut dan kemudiannya menuduh UMNO yang melakukannya. Ini tak mustahil kerana Pakatan memang sanggup melakukan apa saja untuk memburukkan UMNO. Lagi pun, takkanlah petugas-petugas Unit Amal PAS tak dapat mengesan siapa yang mengedarkan VCD tersebut kerana jumlahnya bukan sedikit yang diedarkan. Kalau 6532 keping VCD berserta dengan risalah, ianya mesti bukan dilakukan secara bersendirian. Mustahil kalau petugas-petugas PAS tak menyedari hal ini. Sebab itulah dikatakan bahawa dalang sebenar didalam pengedaran VCD tersebut adalah dikalangan orang Pakatan sendiri. Ini kerana, hanya mereka sahaja yang ada dikawasan parking tersebut. Ini sebenarnya merupakan satu lagi taktik kotor puak-puak Pakatan untuk menarik sokongan masyarakat kepada mereka dengan menyalahkan UMNO. Mereka sendiri yang cetak, mereka sendiri yang sebar, dan mereka sendiri yang kutip semula bagi dan menuduh UMNO supaya rakyat benci kepada UMNO dan kerajaan. Hanya inilah yang mereka mampu lakukan setelah mereka tak mampu menepis pendedahan yang dilakukan terhadap Ketua Umum mereka. Orang yang tak siuman sahaja yang akan mempercayai taktik kotor puak-puak Pakatan ini. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan