Apo Kono Eh Jang! |
Video Seks: Kenapa Anwar ‘Belalai’ Ibrahim Banyak Sangat Taichi? Posted: 04 May 2011 05:10 AM PDT Orang pembangkang ni tak sedarkah kenapa yang si Anwar anugerah tuhan ni (belalai) asyik mengelak sana sini bila diminta membuktikan dirinya bukan lelaki dalam video seks yang telah tersebar luas? Dari desakan berbentuk keagamaan (sumpah), perundangan (saman) sehingga teknologi (poligraft), semuanya ditolak Anwar demi membuktikan bukan dirinya yang berada dalam video seks dengan pelacor China. Alasan-alasan yang diberikan pulak, semuanya masuk dalam kategori mengelirukan. Ambik ajelah contoh bila Anwar menjawab soal sumpah, apa yang dikatakan "kalau ikut cara melayu kita sumpah atas nama angin nama api nama jembalang, tapi kalau sumpah nama Allah dont politicise the issue"'? Apa yang kena mengena sumpah tu? Tang mana menjawab soalan kenapa dia taknak bersumpah? Inipun, penganut agama pembangkang boleh telan dan terima bulat bulat apa yang dikatakan Anwar walhal jelas sangat menyimpang dari isu yang nak disuruh dia membuat nilah (bersumpah nama Allah swt tidak melakukan zina dengan pelacur). Hebat Anwar tang sinilah, lain ditanya lain dijawab dan pengikut semua menerima saja tanpa mempersoalkan apa segala. Selain dari belalai ala-ala pelakon porn yang boleh menggagalkan nafsu makan kepada sesiapa yang melihatnya buat kali pertama. Tak cukup dengan itu, wartawan tanya pun ditolaknya mikrofon, disindirnya majikan kawan tu sebagai perkakas UMNO malah ada wartawan yang dipersoalkan agamanya. Walhal kawan tu baru nak cakap Datuk Eskay baru serah DNA dan dia bila lagi. Tak habis soalan dah ditolak mikrofon, tak cukup dengan itu dihinanya pulak. Macam ini ke jaguh, macam ini ka hero, macam inikah penyelamat Malaysia? Nampak hebat, nampak megah tapi kalah dengan soalan wartawan. Kalau penulislah yang jadi wartawan tersebut, nescaya bukan soalan-soalan 'beralas' yang akan penulis ajukan tapi soalan yang lebih straight to the point. Elok Anwar berdoa orang macam penulis tidak jadi wartawan, kalau tidak tentu dia naya. Silap-silap taknak jumpa wartawan langsung 1 tahun. Penulis suka nak bertanya kenapa Anwar banyak sangat taichi. Wartawan pun berani tanya Perdana Menteri sama ada terlibat dalam pembunuhan Altantunya atau tidak dan dijawab Perdana Menteri dengan tenang dan tidak gelabah. Tak macam Anwar, ada jenis jenis soalan saja yang boleh ditanya atau dia sendiri tanya, dia sendiri jawab. Lepas tu gebang besar yang Pakatan Rakyat akan beri lebih kebebasan media kalau berjaya memerintah. Sinipun kita dah nampak yang Anwar bukanlah pemimpin yang ada kredebiliti. Tak sentuh lagi menyuruk belakang bini. Dalam BN, bila DS Rais Yatim dituduh merogol amah warga Indonesia, bukan isteri beliau (Datin Maznah) yang menjawab bagi pihaknya, sebaliknya beliau sendiri. Nampak tu beza? |
Video Seks Anwar: Bukti DAP Tak Layak Pimpin Melayu Posted: 03 May 2011 05:33 PM PDT Di antara 3 parti komponen Pakatan Rakyat ini, DAP paling kurang bercakap mengenai kesalahan moral yang ditonjolkan Anwar Ibrahim dalam kes video lucahnya. Sebabnya cukup mudah, DAP parti perkauman cina, pedulik apa dia soal zina semua ni! Nampak sangat DAP tidak sensitif dengan hal ehwal orang Islam dan melayu. Mungkin dikalangan cina yang menjadi pengundi tegar DAP, soal berzina dan terakam dengannya bukanlah satu isu yang besar tapi DAP lupa dikalangan orang Islam yang membentuk kumpulan majoriti negara kita, ini adalah isu besar dan sensitif. Tambah pulak orang itu nak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu kita lihat yang paling awal mendesak supaya Datuk Eskay dan 2 yang lain ditangkap sebab menayangkan video tersebut kepada sekumpulan wartawan terpilih pun ialah DAP. Walhal bukanlah tujuan penayangan tersebut nak berseronok dengan filem lucah tapi nak menunjukkan kebenaran hitam pasal manusia anugerah tuhan ini. Kita dok cerita dari segi moral dan agama, DAP dok cakap pasal undang-undang menayang video lucah pulak. Soalnya sekarang macam mana DAP nak memerintah negara ini kalau soal yang menjadi asas di kalangan orang Islam pun DAP tak boleh nak kendalikan dengan baik. DAP dakwa dirinya multi racial, mampu berlaku adil kepada semua tapi nampak sangat tindakan DAP sekarang berlawanan dengan apa yang dia cakap. Di Pulau Pinang kita dah lihat bagaimana DAP kurang atau tidak sensitif dengan keperluan orang melayu. Pernah satu ketika Lim Guan Eng membahagi-bahagikan bantuan fakir miskin di dalam tokong, memang tak salah dari segi undang-undang tapi bagaimana dengan adab dan sensitiviti? Di Selangor, arak yang dirampas Jabatan Agama Islam mengikut saluran undang-undang yang sedia ada, diarah untuk dikembalikan semula kepada pemiliknya oleh Ronnie Liu – orang DAP merangkap kroni kanan Lim Guan Eng. Dan ada beberapa insiden membabitkan pemimpin DAP masuk sehingga ke tengah masjid dengan diragui kebersihannya, berkaitan raja-raja melayu dan sebagainya. Terbaru dalam soal video inilah. DAP gagal melihat isu video ini dari sudut sensitiviti orang Islam. Semasa kempen pilihanraya Tenang, DAP mengembar gemburkan kenyataan Presiden MCA mengenai keengganan Cikgu Normala (Calon PAS) bersalaman dengan pengundi lelaki nampak macam faham pasal Islam tapi hal yang lebih besar membabitkan zina ini DAP berpandangan lain pulak. Jika tidak dari segi agama, DAP perlu menyoal Anwar dari segi moral. Bagaimana orang yang moral rendah seperti ini nak diangkat menjadi Perdana Menteri. DAP tidak meletakkan calonnya dari kalangan pelacur dan gigolo bersebab, bukan suka-suka taknak letak. Apakah sebab itu, kalau bukan sebab moral yang tidak sesuai. Tapi bila isu video Anwar timbul, DAP kelihatan tidak peduli pun bakal Perdana Menteri ini kantoi dirakam menutuh!! Pemimpin BN berlainan, walaupun Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri terdiri dari orang Islam/melayu tapi soal sensitiviti antara agama yang pelbagai memang diambil berat. Contoh seperti dalam isu novel Interlok. Itu menjadikan hanya BN saja yang mampu berlaku adil kepada semua kaum bangsa dan agama di Malaysia. DAP mungkin boleh menjadi pemimpin kepada PAS (yang mana memang sekarang DAP memimpin PAS pun) tapi DAP tidak layak sama sekali untuk menjadi pemimpin orang melayu – golongan majoriti di Malaysia ini. Mesej penulis satu saja, DAP tidak layak memimpin orang melayu atas kegagalannya memahami budaya dan sensitiviti orang melayu/Islam di Malaysia seterusnya mampu mencetus keadaan yang tidak tenteram dalam negara kalau ditakdirkan puak-puak ini memerintah besok. Sama-samalah kita berdoa agar mimpi ngeri itu tidak berlaku. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan