Khamis, 28 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Kemenangan Kuan Yew bukti usia bukan penghalang berkhidmat kepada rakyat – Syed Ali

Posted: 28 Apr 2011 12:06 AM PDT

KEMENANGAN tanpa bertanding Lee Kuan Yew yang kini berumur 87 tahun sebagai Ahli Parlimen Tanjong Pagar bukti faktor usia bukan penghalang meneruskan kepimpinan kepada rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan kejayaan bekas Perdana Menteri Singapura itu mempertahankan kawasan berkenaan sejak 56 tahun lalu juga membuktikan kematangan rakyatnya berpolitk.

Tanpa mengambil kira latarbelakang politik di republik berkenaan kata beliau, kemenangan Kuan Yew merupakan mesej pengalaman beliau masih diperlukan untuk diteladani generasi muda.

Beliau berkata, Kuan Yew adalah pengasas Singapura moden dan beliau terlalu lama memerintah republik itu dan pada realtiinya beliau sepatutnya sudah bersara.

Semalam, Menteri Mentor Singapura itu diumumkan menang tanpa bertanding kerusi parlimen Tanjong Pagar yang diwakilinya sejak tahun 1955.

Dengan kemenangan tersebut, Kuan Yew akan mewakili kawasan berkenaan sehingga lima tahun mulai sekarang pada usia 92 tahun.


Dalam hal ini kata Syed Ali lagi, pengundi di kawasan berkenaan masih lagi memerlukan penglaman beliau untuk memimpin mereka walaupun usia Kuan Yew agak lanjut.

"Ini juga secara langsung membuktikn rakyat Singapura masih menghormati Kuan Yew sebagai bekas Perdana Menteri," ujarnya.

"Inilah bezanya dengan sikap pemimpin Melayu yang selalunya memiliki sifat hasad dengki dan akan berusaha untuk menjatuhkan sesama sendiri jika dilihat agak lama memimpin parti atau kerajaan," tegasnya lagi.


Beliau mengakui sindrom itu turut berlaku dalam UMNO di mana akan ada pihak yang berasa tidak senang hati jika seseorang itu terlalu lama memegang jawatan.

Bagaimanapun tegas beliau, penyakit hasad dengki dan khianat itu turut berlaku dalam parti-parti pembangkang yang diketua oleh orang Melayu.

Sebagai contoh Syed Ali menyebut bagaimana berlaku terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila dikatakan ada pihak tertentu cuba menjatuhkan beliau sebelum bersara.

"Dr. Mahathir pernah diasak oleh pelbagai pihak supaya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan alasan terlalu lama berkuasa," ujarnya.

Yang sedihnya kata beliau, mereka yang berbuat demikian adalah orang UMNO dan pernah menikmati pelbagai kejayaan hasil daripada pemerintahan Dr. Mahathir.

Sehubungan itu, beliau mahu orang Melayu terutama genersi muda supaya sentiasa menghormati pemimpin terdahulu dengan menjadikannya sebagai teladan untuk berjaya.

"Sifat hasad dengki, khianat dan adu-domba perlu dihindari jika kita ingin beraya dan melihat parti terus kukuh," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut