Rabu, 27 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Anwar adalah ‘Lelaki Y’ : Doa pembangkang dimakbulkan Tuhan

Posted: 26 Apr 2011 11:00 PM PDT

PEMIMPIN pembangkang dan umat Islam di negara ini harus menerima ketentuan Illahi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan sebagai 'Lelaki Y' dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan solat hajat di salah sebuah stadium di Selangor memohon Allah S.W.T. berikan petunjuk dalam kes liwat Anwar.

"Sekarang Allah S.W.T. seperti telah makbulkan doa mereka dengan memberi petunjuk bahawa 'Lelaki Y '' adalah Anwar, maka terimalah dengan redha keputusan tersebut," ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau mencabar pemimpin PAS yang memimpin solat hajat tersebut supaya menyatakan pendirian mereka dalam isu berkenaan.

"Saya mahu pemimpin PAS berterus terang apakah mereka bersedia menerima ketentuan Illahi apabila Anwar didakwa sebagai 'Lelaki Y' dalam isu meliwat," tegasnya.

Justeru tegas Syed Ali, jika pemimpin pembangkang terutama PAS masih menafikan kesahihan tersebut bermakna mereka telah menentang ketentuan Allah SWT.

"Mereka yang mengadakan solat hajat dan sekarang doa mereka dimakbulkan dengan Anwar sebagai 'Lelaki Y', maka terimalah hakikatnya," tegas beliau.

Penasihat Umum PKR itu dibicarakan selepas didakwa meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Isnin lalu, pihak pendakwaan dalam hujahnya menamakan Anwar sebagai pemilik DNA 'Lelaki Y' yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful.

Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 16 Mei ini, keputusan sama ada Ketua Pembangkang itu akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Menuut Syed Ali lagi, penyokong pembangkang agak sukar untuk menerima kenyataan tersebut kerana terpedaya dengan Anwar yang bijak 'mempotraitkan' dirinya sebagai orang alim.

"Secara logiknya, orang sukar untuk mempercayai Anwar berkelakuan tidak senonoh kerana beliau sering menjadi imam, baca khutbah dan berceramah mengenai agama," katanya.

Tetapi jelas beliau, itulah sebenarnya 'wajah' Anwar yang cukup bijak berselindung disebalik agama dalam usaha untuk menagih belas kasihan orang ramai.

Mengenai hasrat PAS untuk mengkaji semula kedudukannya dalam PR berikutan pendedahan polis bahawa lelaki dalam video seks mirip pemimpin pembangkang, Syed Ali berkata :

"Pemimpin politik yang waras tidak sanggup untuk bersubahat dengan pelaku seks apatah lagi membabitkan pelacur asing,".

Oleh sebab itu jelas beliau, PAS perlu membuktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak akan bersubahat dengan pelaku yang dikaitkan dengan video seks.

Mengenai perang dingin antara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam isu pemimpin pembangkang terbabit dalam video seks, beliau berkata Azmin akan melakukan apa sahaja untuk melindungi Anwar.

"Azmin adalah budak suruhan Anwar, mahu tak mahu beliau terpaksa mempertahankan Anwar walaupun perbuatan itu ditentang oleh sekutu mereka dalam PR," katanya.

Perkembangan tersebut tambah beliau, membuktikan PR sedang berada diambang perpecahan dan PAS pula kemungkinan akan keluar daripada pakatan tersebut.

Tiada ulasan:

Pengikut