Ahad, 17 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Tidak berterima kasih kepada kerajaan BN ; kaji balik peruntukan untuk kaum Cina - Syed Ali

Posted: 16 Apr 2011 08:55 PM PDT

KEPUTUSAN pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam jelas menampakkan kecenderungan besar pengundi Cina tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, walaupun BN menang mudah dengan penguasaan lebih 2/3 majoriti di dewan negeri tetapi mesejnya amat jelas pengundi Cina tidak memihak kepada kerajaan.

Katanya, keputusan itu menunjukkan sikap sebenar pengundi Cina yang hanya mengutamakan kepentingan material daripada kuasa politik.

Katanya, pengundi Cina telah menghantar isyarat yang cukup jelas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddinn Yassin bahawa mereka memihak parti-parti pembangkang.

"Mereka minta macam-macam daripada kerajaan, seperti sekolah Cina, tokong, persatuan serta pertubuhan Cina dan sebagainya, tetapi mereka tetap undi pembangkang. Inilah perangai mereka yang tidak tahu berterima kasih," tegasnya.

Perkembangan itu menurut beliau, membuktikan pengundi Cina hanya memperalatkan kerajaan BN untuk kepentingan mereka.

Serentak itu, Syed Ali mencadangkan peruntukan lebih berjuta-juta ringgit yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina di Sarawak perlu dikaji semula.

"Apa faedahnya kita salurkan sebanyak itu untuk mereka, lebih baik peruntukan tersebut diagihkan kepada masyarakat pribumi di Sarawak terutama di pedalaman seperi Iban, Kadazan dan kaum-kaum lain," tegasnya.

"Pengundi Cina seperti telah menghantar isyarat kepada kerajaan persekutuan menjelang PRU umum akan datang bahawa kecenderungan mereka memihak kepada pembangkang," tegasnya.

Perkembangan itu kata Syed Ali, jelas amat berbahaya dan jika tidak ditangani segera kemungkinan akan memberi impak besar kepada politik di Semenanjung.

Beliau turut mendakwa, bagaimana pengundi Cina terlalu biadap dan kurang ajar sepanjang kempen dan sebaik sahaja keputusan pilihan raya diumumkan, seolah-olah mereka menjadi 'raja' di negeri Sarawak.

Katanya,situasi itu boleh berlaku di semenanjung jika diambil kira keputusan pilihan raya di Sarawak semalam. Pada pilihan raya negeri tersebut, BN memanangi 55 kerusi dengan jumlah pengundi 372,379 orang, DAP menang 12 kerusi menerusi 134,847 undi, PKR 3 kerusi (117,10) dan Bebas 1 kerusi menerusi 41 calon dan berjaya memperolehi 29,064 undi.

Serentak itu, Syed Ali mahu Najib selaku Pengerusi BN supaya memberi perhatian serius terhadap perkembangan tersebut.

"Pada hemat saya, tidak ada gunanya kerajaan Persekutuan memberikan terlebih perhatian kepada masyarakat Cina kerana mereka tidak berminat untuk menyokong dasar-dasar kerajaan BN," ujarnya.

Beliau berkata, di Semenanjung sepatutnya kerajaan memberikan lebih peruntukkan untuk kaum Melayu, India dan lain-lain bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

"Golongan ini tahu berterima kasih kepada kerajaan dan mereka menyokong BN, tidak sepertimana kaum Cina, majoritinya memihak kepada DAP dan parti pembangkang yang lain," tegasnya.

Katanya, keputusan di Sarawak merupakan pengajaran berguna untuk BN melihat kepada persiapan menghadapi PRU yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Syed Ali mengingatkan pemimpin UMNO supaya jangan terlalu terikut-ikut dengan sandiwara dan tuntutan pemimpin Cina yang akhirnya orang Melayu akan diketepikan.

"Kita selalu bercakap soal bertolak ansur, tetapi mereka tidak menghormatinya sebaliknya bersubahat dengan DAP dan pembangkang yang lain untuk hapuskan UMNO," tegasnya.

"Kita kena jujur kepada bangsa Melayu, orang Cina cuba menggunakan kedudukan ekonomi dan politik untuk hapuskan kekuasaan kita, itu juga agenda besar DAP," tegasnya lagi.

Bagaimanapun jelas beliau, BN berterima kasih kepada seluruh rakyat Sarawak yang sekali lagi memberikan sokongan penuh walaupun begitu kecewa dengan sikap pengundi Cina yang tetap bersama DAP dan parti-parti pembangkang yang lain," tambahnya.

Tiada ulasan:

Pengikut