Rabu, 13 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PEMBANGKANG TERUS PELOPORI BUDAYA POLITIK BOHONG

Posted: 12 Apr 2011 09:36 PM PDT

Oleh SYED ALI ALHABSHEE
PAKATAN pembangkang nampaknya semakin rancak mencetuskan pelbagai isu politik yang dicampuradukkan dengan bahan-bahan fitnah, dakyah palsu dan tohmohan karut, yang kesemuanya pada saya langsung tidak membawa sebarang keuntungan kepada rakyat.

Walaupun dalam teori politik mencetuskan sesuatu isu itu dilihat sebagai salah satu daripada propaganda yang wajar dimainkan untuk menampakkan parti itu tidak lesu, tetapi membiakkan unsur-unsur fitnah dan adu-domba dalam sosia-budaya dan lanskap politik negara ini adalah amat tidak sesuai sekali.

Bagaimanapun, pembangkang tidak mengambilkira faktor tersebut sebaliknya semakin ghairah membudayakan politik bohong dan fitnah.

Mereka terus berbohong dengan apa sahaja isu asalkan memberi keuntungan kepada mereka. Contoh pembohongan paling besar dan sehingga kini menjadi bahan ketawa orang ramai ialah peristiwa 16 September kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menawan Putrajaya. Bukan setakat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan amat jijik, malah seluruh dunia turut dibohongi oleh Anwar.

Yang sedihnya, walaupun sejijik dan seburuk mana pun penipuan yang dilakukan oleh Anwar, tetapi masih ada juga segelintir mereka yang 'mengaminkan' perbuatan Anwar itu termasuklah pemimpin pembangkang yang diangkat gelaran sebagai tok guru dan ulama.

16 September; bermulanya siri pembohongan paling besar dalam sejarah politik dunia

Begitu juga yang berlaku semasa kempen beberapa pilihan raya kecil termasuk pilihan raya negeri Sarawak sekarang ini, pihak pembangkang masih juga tidak tahu malu; berjanji dengan bermacam-macam harapan palsu, berbohong dengan sejuta angan-angan tetapi tidak pernah ditunaikan.

Rakyat sepatutnya sudah boleh berfikir, mengapa pemimpin pembangkang terlalu seronok berbohong dan menipu mereka dengan janji-janji politik palsu dan hampas.

Inilah aliran politik masa kini yang sedang dibawa oleh parti-parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan presiden boneka, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang masih tidak segan-silu menjadi 'keldai politik' suaminya, Anwar yang dilantik sebagai penasihat parti.

Anwar yang nafas politiknya semakin berada di penghujung jalan terpaksa memperkudakan PKR semampu boleh bagi memulihkan imej moralnya yang semakin teruk tercalar, bermula dengan perlakuakn jijik dalam kes liwat kali kedua dengan Mohd. Saiful Bukhari yang masih dalam proses perbicaraan dan kini dikaitkan pula dengan isu video seks lucah yang dikatakan membabitkan seorang pelacur asing warganegara China.

Bagi mengalih perhatian rakyat daripada terus membicarakan kelemahan dan kepincangan mereka, pakatan pembangkang mula rancak menabur fitnah kononnya isu video seks itu kospirasi dilakukan pihak tertentu terutama UMNO untuk menjatuhkan Anwar.

Sekali lagi mereka berbohong kepada rakyat. Hebat sangat kah Anwar ? Bagi saya, yang berbohong dan bermain sandiwara adalah pembangkang. Kalau benar mereka jujur, bercakaplah perkara yang benar, bukannya melemparkan tuduhan tidak berasas dan main ikut sedap mulut sahaja. Mereka perlu berhujah dengan fakta, bukannya cerita dongeng dan palsu.

Pembangkang mula racun pemikiran pelajar IPT

Justeru itu, saya merayu kepada generasi muda hari ini terutama mereka yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta supaya berhati-hati dengan gerakan pembohongan yang sedang disusun secara terancang oleh pihak pembangkang untuk menanam rasa benci mereka kepada kerajaan. Perbuatan itu sememangnya amat tidak bertanggungjawab.

Pembangkang tidak seharusnya meracuni kelompok mahasiswa dengan fitnah dan dakyah yang boleh menjejaskan tumpuan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Sebaliknya mereka perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah banyak membantu mereka sehingga berpeluang mendapat pendidikan ke tahap yang lebih tinggi.

Pada hemat saya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sewajarnya meningkatkan pemantauan mereka terhadap aktiviti pembangkang yang dilihat telah memainkan isu sentimen perkauman dan agama dengan tujuan untuk meraih sokongan kaum tertentu.

Malah KDN juga perlu melihat secara serius bagaimana pihak pembangkang secara tidak langsung telah menghasut rakyat menerusi pelbagai kaedah dan cara, supaya membenci kerajaan dan memusuhi UMNO, parti yang selama ini menjadi naungan umat Melayu di negara ini.

Kita tidak mahu, apabila sudah berlaku sesuatu insiden baru, barulah pihak berkuasa mula bertindak. Ini semua sudah terlambat dan nasi sudah pun menjadi bubur.

Kita perlu insaf bahawa sudah ada gerakan yang dilakukan pembangkang untuk menghancurkan ketuanan Melayu, hak orang Melayu dan kedudukan institusi raja-raja Melayu.

Jika gejala ini tidak bendung sejak daripada mulanya, saya amat bimbang akhirnya orang Melayu seumpama 'melukut di tepi gantang', sepertimana yang sudahpun berlaku di Singapura.

Sebagai contohnya, sepanjang kempen pilihan raya negeri Sarawak, pembangkang dilaporkan begitu rancak menabur pelbagai fitnah, menyemarakkan isu berbau perkauman yang kesemuanya bertujuan untuk menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan politik.

Sebenarnya, saya amat bimbang dan takut, jika hari ini pihak berkuasa terutama KDN tidak serius membendung gejala bohong dan fitnah yang dimainkan oleh pembangkang, maka bibit-bibit yang boleh membawa kepada kehancuran bangsa akan berlaku lambat-launnya.

Oleh sebab itu, bagi saya tidak ada salahnya kalau kita sediakan payung sebelum hujan !.

Tiada ulasan:

Pengikut