Sabtu, 9 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Manifesto 'mee segera' pembangkang hanya janji palsu - Syed Ali

Posted: 09 Apr 2011 02:06 AM PDT

PENGUNDI di Sarawak diingatkan supaya tidak terpedaya dengan 'gula-gula politik' yang ditaburkan pembangkang menjelang pilihan raya dewan undangan negeri berkenaan tidak lama lagi.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Chears, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, pembangkang sanggup menaburkan 1001 macam janji manis termasuk bulan dan bintang bagi membolehkan mereka menguasai negeri tersebut.

Beliau mendakwa, janji yang tidak mungkin akan ditunaikan itu sudah pun dimuatkan di dalam manifetso pembangkang yang bertajuk 'Jom Ubah Sarawak'.

"Saya harap pengundi di Sarawak yang sudah matang berpolitik tidak akan menggadaikan prinsip dan masa depan anak cucu mereka," tegasnya.

Katanya, hari ini sesiapa sahaja boleh dengan lantang memperjuangkan ideologi politik tetapi kepentingan generasi akan datang perlu dipertahankan.

"Saya bimbang generasi akan datang terutama di Sarawak akan menjadi mangsa kerakusan politik pembangkang," tegasnya lagi.

Syed Ali juga menyifatkan cadangan penubuhan 'Dana Pembangunan Kemiskinan RM1 bilion' yang terkandung dalam manifesto pembangkang sebagai perancangan 'mee segera.'

Beliau berkata, sejumlah 1 bilion yang ditawarkan pembangakang terlalu amat kecil jika dibandingkan beratus bilion ringgit yang telah dan akan dibelanjakan oleh kerajaan BN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.

"Ini membuktikan pembangkang tidak serius untuk membela rakyat, mereka sekadar main-main dan berniat memperlekehkan pengundi Sarawak," tegasnya lagi.

Katanya, ini juga menunjukkan pembangkang tidak mempunyai 'blue-print' politik jangka panjang untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya terutama di negeri berkenaan.

Katanya, ini perbezaan yang amat ketara dengan BN yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman walaupun bukan musim pilihan raya.

Beliau mempersolkan pembangkang apa yang hendak diubah di negeri berkenaan sedangkan rakyatnya hidup aman makmur menerusi kestabilan politik dan ekonomi di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang sebenarnya tidak berupaya untuk mengubah lanskap politik di Sarawak kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja," ujarnya.

Menurut beliau, pengundi Sarawak khususnya dan rakyat negara ini amnya tidak berdepan dengan masalah dalam meneruskan kehidupan harian mereka di bawah BN.

Ini terbukti katanya, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pendekatan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' semakin diterima oleh rakyat pelbagai kaum.


Tiada ulasan:

Pengikut