Selasa, 5 April 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘Wan Azizah perlu terima takdir Tuhan ‘ – Syed Ali

Posted: 04 Apr 2011 10:22 PM PDT

DATIN Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu pasrah dan menerima hakikat berikutan penyebaran video seks yang tersebar menerusi youtube semalam, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, Presiden PKR itu juga sewajarnya menerima takdir Tuhan jika benar lelaki yang digambarkan menerusi aksi lucah tersebut adalah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apa lagi yang boleh kita katakan ? cuma bertaubatlah dan redha dengan ketentuan Illahi," tegasnya.

Bagaimanapun jelas beliau, Wan Azizah perlu bercakap benar dan tidak berselindung di sebalik agenda politik.

"Saya nasihatkan beliau supaya hentikanlah permainan politik, sebaliknya terima dengan tabah realiti disebalik pendedahan video seks tersebut," tegasnya.

Menurut beliau lagi, jika sahih lelaki yang digambarkan menerusi rakaman video berkenaan adalah Anwar maka Wan Azizah perlu redha menerima musibah di atas perlakuan moral suaminya.

"Sorok macamana pun akan diketahui oleh Allah S.W.T. juga dan pastinya mendapat pembalasan dengan apa yang dilakukan di atas muka bumi ini," katanya.

Sehubungan itu kata Syed Ali, Wan Azizah tidak seharusnya berterusan berselindung disebalik agenda politik dalam menghadapi isu video seks tersebut.

Katanya, adalah menjadi amalan kebiasaan pembangkang akan menuduh UMNO bertanggungjawab merancang konspirasi disebalik isu tersebut.

" Memang terlalu sukar bagi Wan Azizah menerima kebenaranya, tetapi itulah hakikat yang beliau harus pikul sebagai seorang ahli politik," tegasnya.

Dalam hubungan ini, beliau berharap Wan Azizah akan lebih tabah berdepan dengan realiti semasa berikutan pembongkaran video seks berkenaan.

Syed Ali mengulas penafian Wan Azizah menerusi portal berita malaysiakini.com bahawa lelaki dalam video seks yang sebahagiannya telah disiarkan oleh internet semalam adalah suami beliau, Anwar.

Wan Azizah turut berkata selepas beliau dan keluarganya menonton video tersebut jelas bukti kukuh bahawa tuduhan terbaru itu satu fitnah zalim dan palsu.

"Bukan Anwar Ibrahim dalam video itu. Jelas susuk tubuh lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar," Wan Azizah dipetik sebagai berkata.

Menurut Syed Ali lagi, Wan Azizah berhak untuk menafikan identiti lelaki tersebut tetapi kebenaran akhirnya akan terbongkar juga.

"Seperti saya katakan, terima lah hakikat dan jika itu benar, bertaubatlah segera," tegasnya.

Serentak itu, beliau menolak dakwaan pembangkang kononnya isu video seks itu merupakan fitnah politik paling jahat dilakukan terhadap Anwar.

Tiada ulasan:

Pengikut