Razlan's |
Posted: 28 Apr 2011 12:11 AM PDT Utusan Malaysia serupa dengan akhbar-akhbar yang lain, bertujuan menyebarkan berita kepada para pembacanya. Akhbar Utusan juga tidak lari dengan agenda untuk memberi kesedaran kepada pembacanya agar teguh berdiri sebagai satu bangsa yang utuh. Didalam memberi kesedaran tentang tingginya makna bersatu, hari ini Utusan telah di tuduh sebagai satu akhbar yang rasis, hanya kerana memberi perkhabaran tentang pentingnya Melayu harus bersatu. Kepentingan Melayu yang sering kali diduga dan diusik oleh bangsa lain sering diberitakan oleh akhbar Utusan. Perancangan dan agenda yang akan menghakis kepentingan Melayu juga sering kali dihidu oleh Utusan dan ruangan Editorial tidak akan teragak-agak untuk berkongsi perkara ini dengan pembaca. Berkemungkinan oleh sebab inilah ramai dikalangan pemimpin Cina tidak senang dengan pendedahan yang dilakukan oleh Utusan. Utusan dijadikan kambing hitam dan dianggap musuh oleh puak pelampau Cina. Bangsa Cina sering kali menulis artikel didalam ruangan Editorial di akhbar Cina untuk mendesak Kerajaan memenuhi kehendak mereka dan ada diantara artikelnya memberikan kata dua kepada kerajaan sekiranya permintaan ini tidak dipenuhi. Adakah orang Melayu sedar akan perkara ini? Adakah Melayu pernah berbuat apa tindakan didalam perkara ini? Jesteru itu, kenapa perlu DAP dan MCA bergabung untuk memboikot Utusan ? Ini merupakan peperangan terbuka yang dilancarkan terhadap akhbar Melayu dan orang Melayu seharusnya sedar dan bangkit dari lamunan ! Kita mahu ingatkan kepada semua yang suka mengusik kepentingan Melayu agar lebih berhati-hati. Api yang dinyalakan akan membara sekiranya kita tidak mengawalnya, dan jangan melihat hanya Melayu yang diluar ini, pikirkan juga Melayu yang ada di kem-kem askar! Utusan Malaysia merupakan akhbar untuk orang Melayu, dan akhbar ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri didalam perjuangan mempertahankan Tanah Melayu, jesteru itu cukuplah kamu memboikot di negeri-negeri pembangkang dan cukuplah kamu tidak memberi iklan kepada Utusan, tetapi jangan kamu hidupkan api ini untuk kita berperang secara terbuka. Semoga Malaysia dirahmati .... |
You are subscribed to email updates from Razlan's To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan