Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak |
Selamat Menyambut Hari Keputeraan ke 83. Posted: 19 Apr 2011 03:47 AM PDT Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini menyeru rakyat agar mengamalkan budaya politik yang berteraskan kesederhanaan dan mengutamakan perpaduan demi menjamin serta mempertahankan sistem kerajaan berasaskan amalan demokrasi. Titah baginda, rakyat harus mengelak daripada menjadikan isu sensitif yang menyentuh kaum dan agama sebagai modal politik untuk mendapat pengaruh. "Tidak akan berlaku stabiliti politik tanpa perpaduan warga. Tidak akan dapat disuburkan ekonomi negara tanpa stabiliti politik. Banyak negara berakhir dengan anarki, pertumpahan darah, pembunuhan dan kemusnahan apabila isu kaum dan agama dipilih untuk disensasikan," titah baginda. Sultan Azlan bertitah demikian pada istiadat mengadap sembah setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena sambutan ulang tahun ke-83 keputeraan baginda di Istana Iskandariah di sini. Baginda juga menasihatkan rakyat agar mencari jalan penyelesaian yang membawa situasi "menang-menang" kepada semua pihak agar tidak timbul pertelingkahan berterusan. DAULAT TUAKU! Warna-warni politik Torashah |
You are subscribed to email updates from UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan