Jumaat, 22 April 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Pas seru ahli-ahlinya menyerang UMNO.....

Posted: 21 Apr 2011 06:22 PM PDT

Pas seru ahli-ahlinya menyerang UMNO.....


Seorang bekas penyokong fanatik Pas, Rashid Wahab, hari ini tampil mendedahkan bahawa parti itu bukan sahaja memperalatkan agama bagi mengkafirkan ahli UMNO malah menyeru ahlinya supaya mengangkat senjata menentang UMNO.

Rashid yang 22 tahun mengabdikan diri kepada Pas berkata, kerana taksub dengan amanah Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau terpaksa meringkuk dalam penjara apabila ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak tiga kali.

"Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak tiga kali kerana membawa senjata.

"Kononnya berjuang untuk Islam tetapi saya bersyukur kerana akhirnya telah diberi hidayah daripada terus ditipu oleh Pas," katanya seperti dipetik dari portal, http://umno-online.com, hari ini.

Pendedahan itu sekali gus mengesahkan mengenai kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang dikaitkan dengan Pas, sehingga menyaksikan anak kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Adli dan puluhan ahli Pas ditahan di bawah ISA.

Menurutnya, kerana amanah Abdul Hadi itu juga, beliau dan rakan-rakannya bukan sahaja mengkafirkan ahli UMNO malah, tergamak mengkafirkan bapa sendiri hanya kerana insan yang membesarkan mereka itu tidak menyokong perjuangan Pas.

Pada masa sama, beliau juga mendedahkan bahawa pucuk pimpinan Pas tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya ia dijadikan perkakas dan modal politik bagi memancing sokongan orang Melayu.

Katanya, hakikat itu terbukti apabila para pemimpin Pas berdolak-dalik setiap kali ditanya mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam, sedangkan dahulu mereka berjanji sebaik sahaja memegang kuasa, Pas akan melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Apabila didesak mengenai kes hudud kenapa tidak dilaksanakan selepas menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah, jawapan yang diberi oleh pucuk pimpinan Pas adalah hudud ini hanya satu per dua ribu sahaja dalam Islam, maknanya mereka berbohong," jelasnya.

Dedah Rashid lagi, Pas juga pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa solat di masjid-masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak sah dan ahli parti itu diharamkan daripada beribadah di masjid terbabit kerana perjuangan nasional tidak selari dengan Islam.

Bagaimanapun jelas beliau, sebaik sahaja Pas berjaya menawan Terengganu pada 1999, segalanya berubah dan Abdul Hadi yang menjadi Menteri Besar pada ketika itu, membenarkan masjid yang dahulunya haram digunakan oleh ahli Pas bagi tujuan ibadah.

"Pas menggunakan agama. Dalam usrah dan ceramahnya, Pas sering mengelirukan pengikutnya dengan cerita-cerita keislaman pada zaman Rasulullah SAW. Jadi pengikut Pas terasa dengan menyokong Pas mereka berjuang untuk Islam tetapi mereka sebenarnya keliru.

"Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu parti dan yang mana satu agama. Selama menyertai Pas selama 22 tahun, sekarang barulah saya sedar, Pas dan Islam adalah berbeza. Islam itu adalah agama dan Pas hanyalah sebuah parti," terangnya.

Oleh: MOHD. ASRON MUSTAPHA

Anda mungkin juga meminati:

DULU LAIN, SEKARANG LAIN !

Posted: 21 Apr 2011 06:18 PM PDT

Saturday, January 8, 2011

PAS tidak macam dulu

SAYA adalah bekas muslimah Pas yang berjuang habis-habisan demi parti. Saya bersyukur kerana Allah SWT telah menyingkap hati saya yang terhijab. Saya dapati Pas hari ini telah berubah sama sekali. Orang bukan beragama Islam boleh masuk ke dalam surau dengan pakaian kebaya ketat tanpa tudung, berdiri memberi ucapan ketika semua yang hadir, iaitu kaum lelaki duduk di lantai melangut memandangnya.

Masya-Allah. Kami, muslimah Pas pun tak boleh sampai berhampiran mimbar. Apakah jemaah surau berkenaan bertanya kepada Teo Nie Ching, adakah dia datang bulan atau beritahu beliau, kalau nak masuk surau, kena bertudung?

Timbul lagi kegusaran saya apabila dia muncul di pekarangan masjid dengan baju ketat tanpa lengan, sedangkan kami dahulu tidak boleh bersenam bersama lelaki.

Sedih, Pas sudah banyak berubah. Dahulu, kami berkempen, undi orang kafir, jadi kafir. Selalu perkataan yang kami ucapkan, jika memilih pemimpin bukan Islam, 'Mati esok, si kafir itu akan sembahyangkan jenazah kita...' Itulah selalu yang kami jaja. Saya ingin bertanya kepada pembela Karpal Singh, apakah Karpal Singh akan mengimamkan sembahyang jenazahnya nanti?


YANG MENYESAL
Lembah Klang

TERCABAR ATAU SEDIA DI CABAR ?

Posted: 21 Apr 2011 05:55 PM PDT


HADI TERCABAR ATAU SEDIA DI CABAR ?Put your stuff here

Real julang Copa Del Rey

Posted: 21 Apr 2011 05:51 PM PDT

Real julang Copa Del Rey


JARINGAN tunggal Cristiano Ronaldo pada masa tambahan sudah cukup buat Real Madrid menjulang trofi Copa Del Rey pada perlawanan akhir menentang musuh ketat Barcelona di Estadio Mestalla, Valencia, awal pagi semalam.

Perlawanan dihiasi beberapa layangan kad kuning itu bagaimanapun dikuasai Barca, namun barisan serangan diketuai pemain terbaik dunia, Lionel Messi gagal memanfaatkan peluang terhidang di hadapan pintu gol.

Perlawanan itu boleh diibaratkan sebagai pertemuan tikus menentang singa kerana Real gagal menguasai dan sering kehilangan bola kepada pemain Barcelona.

Kemenangan Real itu hadir selepas mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 ke atas pasukan bimbingan Pep Guardiola pada pertemuan La Liga di Santiago Bernabeu, Sabtu lalu.

SIAPAKAH SEBENARNYA YANG LIABILITI DALAM PAS ?

Posted: 21 Apr 2011 05:50 PM PDT

Aset berharga, bukan liabiliti


ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah aset berharga parti itu dan juga Pakatan Rakyat (PR), malah kepimpinannya selaras dengan dasar dan perjuangan Pas. Jadi siapakah yang sebenarnya liabiliti.....?

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, sepanjang Abdul Hadi memimpin parti, beliau telah memperluaskan pengaruh Pas hingga berjaya memenangi banyak kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen dan berupaya mempertahan parti berdepan musuh politik.

"Pemuda Pas Kedah kesal dengan sebarang dakwaan kononnya Abdul Hadi adalah liabiliti kepada Pas, sedangkan sumbangan beliau pada parti amat besar dan harus dihargai semua pihak," katanya.

Ahmad mengulas kenyataan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari dalam Sinar Harian Selasa lalu, bahawa Abdul Hadi adalah liabiliti kepada Pas dan faktor kemusnahan rancangan 16 September PR untuk mengambil alih pemerintahan negara ini.

Menurutnya, Abdul Hadi diibaratkan seperti permata kepada gerakan Islam di Malaysia dan rangkaian gerakan Islam di seluruh dunia, dan sumbangannya tidak boleh dinafikan mana-mana pihak.

"Dalam konteks kepimpinannya dalam Pas, sepanjang masa beliau telah mengambil tindakan mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan parti selaras dengan kehendak hukum Islam dan perlembagaan Pas dan mematah sebarang cubaan merobek Pas dari luar dan dalam parti," katanya.

Menurutnya, ketika banyak parti politik ditolak rakyat, Pas bawah kepimpinan Abdul Hadi terus diterima dan berkembang hingga dicemburui kawan dan lawan.

"Liabiliti sebenar Pas ialah ahli dan setengah pemimpin yang tidak faham dasar perjuangan ikut selera sendiri dengan lebih patuh kepada pemimpin di luar parti. Mereka hanya menyertai Pas setelah parti menang banyak kerusi dalam pilihan raya dan dapat memerintah beberapa negeri," katanya.
  

Roti canai ikan pelaling

Posted: 21 Apr 2011 04:54 PM PDT

Roti canai ikan pelaling


SEORANG pekerja warung milik Rohaizat Mat Diah sibuk menyediakan roti canai ikan pelaling di Warung Izat di Merlimau, baru-baru ini.


JASIN 21 April – Roti canai merupakan sarapan pagi paling popular bagi masyarakat di negara ini baik di warung-warung tepi jalan sehinggalah ke hotel bertaraf lima bintang.
Antara 'keluarga' roti canai yang digemari termasuk roti sardin, roti telur, roti planta, roti bawang dan murtabak yang akan dicecah dengan kuah dal atau kari ayam.
Untuk menikmati hidangan itu pula, restoran mamak akan menjadi pilihan kerana roti canai sememangnya menjadi hidangan wajib di restoran tersebut di seluruh negara.
Namun, pernahkah di antara kita terbayang sekiranya roti canai dimakan selain bersama kuah dal atau kari? Bagaimana kalau menu itu dinamakan 'roti canai ikan pelaling'.
Roti canai ikan pelaling bukanlah sesuatu yang asing bagi penduduk sekitar pekan Merlimau di sini atau lebih tepat lagi di Warung Izat yang terletak berhampiran stesen teksi di pekan itu.
Bagi pemilik warung itu, Rohaizat Mat Diah, 47, dia mula menjual pelbagai jenis roti canai termasuk roti canai ikan pelaling yang juga dipanggil ikan kembung sejak 20 tahun lalu.
"Ketika itu saya menjual ikan ini bersama nasi lemak tetapi cuba mencipta kelainan dengan menambah ikan pelaling ini bersama roti canai sebagai lauk yang dibakar bersama hirisan nipis bawang besar.
"Sejak itu, saya lihat menu roti canai ikan pelaling ini begitu digemari bukan sahaja oleh penduduk setempat, bahkan ada yang datang dari Johor, Selangor dan Perak untuk merasai keenakannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini .
Menurut Rohaizat, bagi mengekalkan kesegaran ikan dan kualiti hidangan, dia memastikan setiap ekor ikan pelaling yang dibeli dipasar habis dijual pada hari yang sama.
Tambahnya, setiap hari dia boleh menjual sehingga 30 ekor ikan pelaling segar dari pukul 7.30 pagi sehingga warungnya ditutup pada pukul 11 pagi.
Selain menu tersebut katanya, warungnya itu juga menjual menu sarapan pagi yang lain seperti nasi lemak, mi, nasi, kuetiau dan bihun goreng.
"Tetapi saya bangga kerana telah menjadikan roti canai ikan pelaling sebagai antara hidangan unik dan sukar didapati di tempat lain. Ia mempunyai penggemar tersendiri walaupun cara penyediaannya ringkas," katanya.
Tambahnya, sekeping roti canai ikan pelaling yang dicicah bersama kuah dal, sambal atau kari dijual pada harga RM2.30 sepinggan.

Sentimen pengundi Cina dan propaganda DAP

Posted: 21 Apr 2011 04:51 PM PDT

Sentimen pengundi Cina dan propaganda DAP

Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my

BIARPUN keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 sudah diketahui hampir seminggu lalu, namun sehingga kini cakap-cakap mengenainya masih lagi kedengaran di mana-mana terutama perihal sokongan pengundi kaum Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) amnya dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) khususnya.

Pada pilihan raya negeri itu, sokongan pengundi Cina terhadap pembangkang (DAP) telah meningkat sekali ganda sekali gus menyaksikan sokongan terhadap calon SUPP merosot teruk apabila hanya memenangi dua daripada 19 kerusi yang ditandingi.

Ruhanie Ahmad (kuda-kepang.blogspot.com) berkata, tindakan pengundi Cina memilih pembangkang perlu disambut dengan ketegasan BN negeri dan Pusat dalam memberikan layanan mereka kepada masyarakat Cina Sarawak berasaskan status quo keputusan pilihan raya tersebut.

"Layanan mesra kepada masyarakat Cina Sarawak dalam semua bidang perniagaan yang membabitkan kerajaan negeri perlu dikaji semula. Kemesraan pula perlu diberikan kepada masyarakat pribumi (bumiputera) Sarawak yang selama ini mendakwa mereka jadi masyarakat kelas kedua.

"Kewujudan parasit dan oportunis dalam semua bentuk yang sebelum ini didakwa oleh segolongan rakyat Sarawak sebagai keterlaluan dan berlebih-lebihan juga perlu segera dihapuskan supaya kredibiliti kerajaan Sarawak meningkat, (dan) pribumi Sarawak benar-benar rasa terbela," katanya.

Kata beliau, dengan cara tersebut kerajaan negeri dan kaum pribumi Sarawak akan berjaya mewujudkan sinergi dan kerjasama bagi mengukuhkan lagi kuasa BN Sarawak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ibrahim Yahaya (duniatiger.blogspot.com) pula berkata, kaum Cina di Sarawak nyata telah mengabaikan ingatan Perdana Menteri bahawa setiap kaum itu tidak mungkin akan dapat memerintah secara bersendirian tanpa sokongan kaum lain dan perlunya perkongsian kuasa seperti mana yang diamalkan oleh BN.

"Jika Melayu dan bumiputera boleh berfikir rasional dan tidak berdasarkan semangat perkauman untuk memberi peluang kepada calon BN yang baik dan hebat, tidak ada sebab kaum Cina membuat sebaliknya.

"Penolakan calon Cina dari BN memperlihatkan bahawa strategi kempen agresif pembangkang membuahkan hasil, di samping kegagalan parti orang Cina di Sarawak untuk memahami denyut nadi mereka," kata beliau.

Justeru katanya, SUPP, MCA dan Gerakan perlu bekerja keras lagi bagi memastikan mereka layak mewakili kaum Cina dan bukannya DAP, parti cauvinis yang sentiasa memainkan sentimen perkauman sejak dahulu lagi.

Sementara itu blog UMNO Reform II (umno-reform2.com) berkata, walaupun politik di negara ini sedang merangka pembaharuan atau transformasi tetapi kematangan politik masih pada tahap yang rendah dan dengan jelas masih lagi berada dalam kerangka politik perkauman.

Katanya, melihat perkembangan DAP mengatur sokongan kaum Cina, jelas mereka masih berpaksikan kepada politik perkauman yang dimanipulasikan sebagai demokrasi total sedangkan BN atau UMNO masih terikat kepada perjuangan realiti untuk mengubah negara dengan kemajuan yang lebih pesat.

"Sehingga hari ini, dominan Cina dalam politik semakin terserlah. Kehadiran mereka sudah diterima dan mereka telah dikatakan sebagai pejuang kaum yang lebih signifikan daripada MCA. BN/UMNO perlu melihat serius perkara ini tetapi tidak mengambil langkah merasuah mereka untuk sokongan politik.

"Banyak petunjuk telah ada. Memberi mereka apa yang mereka mahu tidak menjamin sokongan. Toleransi Melayu masih di tahap tertinggi dan sanggup sekali lagi akur kepada kehendak," kata blog ini.

Katanya, dengan DAP yang semakin jelas membawa sentimen perkauman dan mendapat sokongan kaum Cina, maka BN perlu segera mencari formula bagi mengaut kembali sokongan khususnya orang Melayu bagi mengimbangi sokongan menyeluruh kaum Cina terhadap DAP.

Blog Malaysia Heaven (malaysiaheaven.blogspot.com) pula menyentuh pandangan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu dan menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan menyatakan bahawa kaum Cinalah yang paling kuat sentimen perkauman.

Katanya, akhbar-akhbar mereka sentiasa memainkan isu-isu perkauman tanpa mempedulikan sentimen kaum dengan alasan itu adalah kebebasan bersuara tetapi apabila akhbar Melayu mengkritik kaum mereka, mereka akan melenting dan menuduh orang Melayu mengamalkan sikap perkauman.

"Aku syorkan semua artikel yang disiarkan dalam akhbar Cina diterjemahkan di dalam bahasa Melayu dan disiarkan di semua akhbar Melayu setiap hari. Biar semua orang Melayu baca apa yang disiarkan oleh akhbar Cina.

"Selama mereka sangka orang Melayu tak tahu bahasa Cina, maka mereka boleh siarkan apa saja artikel yang menghina orang Melayu," katanya.

Kesedaran baru politik Cina

Posted: 21 Apr 2011 04:49 PM PDT

Kesedaran baru politik Cina

Oleh Zainuddin Maidin

JIKA MCA masih boleh dianggap mewakili majoriti kaum Cina di Malaysia maka kenyataan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini menyerlahkan lagi suatu kesedaran baru masyarakat Cina yang berasaskan kepada prinsip moral politik dan demokrasi berikutan pengasingan diri kaum Cina Sarawak daripada aliran majmuk negara ini.

DAP telah mencapai kejayaan besar dalam menjerumuskan masyarakat Cina Sarawak ke dalam aliran politik ini menerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. Keputusan itu yang diyakini akan melebarkan wabaknya ke Semenanjung mendorong Presiden MCA itu membuat kenyataan bahawa sekiranya keputusan pilihan raya akan datang memberikan keputusan yang memedihkan seperti Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 maka MCA akan mengkaji semula kedudukan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan dan negeri (The Star, 20 April 2011).

MCA hanya diwakili 15 wakil rakyat dalam Parlimen Malaysia sekarang berbanding dengan sebelum PRU 2008 sebanyak 31 orang. Kenyataan Soi Lek itu boleh dilihat dari dua sudut politik. Yang pertama adalah amaran awal secara halus kepada masyarakat Cina di Semenanjung jika mereka tidak memberikan sokongan memulihkan angka perwakilan MCA dalam kerajaan Barisan Nasional (BN). Keduanya, merupakan kesedaran terhadap wujudnya kebimbangan masyarakat Cina di Semenanjung terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 terhadap masa depan mereka dalam politik dan ekonomi negara.

Ini jelas daripada kenyataan Soi Lek bahawa DAP tidak senang dengan kenyataannya supaya SUPP menolak sebarang tawaran untuk menyertai Kabinet Sarawak. "Adakah ini merupakan perasaan bersalah dan bertanggungjawab di atas kemungkinan tidak akan adanya wakil orang Cina dalam kerajaan Sarawak?" tanya Soi Lek.

Sebenarnya senario yang sama telah berlaku apabila MCA kalah teruk dalam pilihan raya 1969 yang mendorong beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO selepas tragedi 13 Mei menuntut supaya kedudukan MCA dalam Kabinet dikaji semula (Utusan Malaysia, 6 Jun 1969).

Kenyataan itu dipelopori oleh Dr. Mahathir Mohamad ketika dihubungi di kliniknya di Alor Setar. Beliau membuat kenyataan keras supaya MCA disingkirkan tetapi telah diperlembutkan oleh Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri Melan Abdullah (Allahyarham) dengan menambah kenyataan dua orang lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO iaitu Tan Sri Syed Jaafar Albar dan Syed Nasir Ismail. Berita yang diterbitkan sebagai tajuk utama muka satu pada 6 Jun 1969 adalah "Tokoh-tokoh UMNO Sokong MCA Tak Sertai Kabinet" sebagai menyambut keputusan pucuk pimpinan MCA ketika itu untuk tidak menyertai Kabinet.

Ini adalah reaksi kepada desakan beberapa Dewan Perniagaan Cina dan lain-lain pertubuhan Cina yang meminta Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin supaya menimbangkan semula keputusan parti itu tidak mahu menyertai Kabinet. Syed Jaafar Albar berkata soal yang dihadapi bukan soal memberi kepercayaan kepada Tan Siew Sin sebagai pemimpin MCA tetapi masalah adakah orang Cina menyokong dasar kerajaan Perikatan.

Dr. Mahathir berkata sokongan pertubuhan-pertubuhan Cina kepada Tan Siew Sin tidak dapat dianggap sebagai sokongan orang Cina kerana badan-badan itu tidak mewakili hasrat orang Cina seluruhnya. "Kalau MCA hendak tahu sama ada ia disokong oleh orang Cina atau tidak maka ia terpaksa menunggu pilihan raya yang lambat lagi masanya dan kerana itu MCA tidak mustahak duduk dalam Kabinet," katanya.

Syed Nasir Ismail pula menuntut supaya keseluruhan hubungan antara UMNO, MCA dan MIC dikaji semula mengikut keadaan yang wujud selepas pilihan raya itu. Soal pokok kekalahan SUPP, parti Cina yang menyaingi DAP di Sarawak bukanlah kerana pengekalan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak tetapi kerana SUPP seperti juga MCA tidak dapat bermain dengan api perkauman, terkawal dengan etika dan prinsip-prinsip Perlembagaan dan kerjasama yang menjadi asas kepada penubuhan BN.

Sukar untuk MCA dan SUPP bersuara secara terbuka seperti DAP yang merupakan parti berakar umbi perkauman Cina yang merupakan kegagalan kerajaan Perikatan dan BN untuk mencabutnya dari awal secara tegas seperti yang dilakukan oleh kerajaan PAP Singapura.

Hakikat ini mestilah kita terima sekalipun kerajaan Singapura memulihkan pengajaran bahasa Mandarin tetapi ia tetap berasaskan pada dasar-dasar Singapura yang telah diterapkan supaya pengajaran bahasa itu tidak menjadi asas penyuburan semula cauvinis Cina berasaskan kepada kebudayaan Cina.

Bapa kemerdekaan Singapura yang melihat bahaya cauvinisme Cina telah melumpuhkannya dengan menutup sekolah-sekolah Cina dan pusat-pusat pengajian tinggi Cina di Singapura sejak dari awal kemerdekaannya menerusi penggunaan bahasa Inggeris. Tetapi di Malaysia, penerapan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tidak berlaku secara tegas sebaliknya menyuburkan fahaman perkauman Cina dan fahaman sempit di kalangan orang Melayu.

Sekalipun kenyataan Soi Lek itu telah sedikit sebanyak dapat menyejukkan perasaan orang Melayu yang melihat dengan kebimbangan cetusan polarisasi kaum di Sarawak yang dicerminkan oleh keputusan pilihan raya negeri yang ke-10 itu, tetapi kenyataan Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu (The Star 21 April 2011) telah memanaskan balik perasaan bukan sahaja bumiputera Sarawak tetapi juga orang Melayu di Semenanjung.

Ping Sieu telah menyuarakan apa yang disuarakan oleh DAP apabila beliau menuntut Abdul Taib meletak jawatan kerana katanya tidak mendapat sokongan daripada pelbagai kaum. Adakah kenyataan ini berasaskan fakta sebenar atau mengikut sentimen orang Cina yang tidak mahu menerima kepimpinan bumiputera di Sarawak? Wajarkah hanya kalah 16 kerusi daripada 71 kerusi kepada satu kaum setelah lebih 30 tahun berkuasa boleh dianggap sesuatu yang sangat teruk dan hilang kuasa kepimpinan masyarakat majmuk?

Dari awal lagi, saya percaya sekiranya Abdul Taib tidak memimpin Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 maka malapetaka pastinya akan menimpa BN Sarawak. Bagaimanapun masa yang terlalu lama yang diperlukan beliau untuk menguruskan peralihan kuasa kepimpinan di Sarawak mungkin wajar difikirkan semula oleh beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak demi kepentingan memperkukuhkan masa depan BN, khususnya di Sarawak.

Sesungguhnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA adalah tepat pada masanya bagi menyekat arus deras politik perkauman yang menggugat perasaan hingga ke Semenanjung. Kebimbangan dan persepsi orang Melayu terhadap sikap politik orang Cina untuk mencari jalan lain ke syurga semakin meningkat ekoran keputusan pilihan raya Sarawak itu.

Persepsi ini adalah benar jika berasaskan kepada suara akhbar-akhbar Cina. Umpamanya apa yang disuarakan oleh akhbar Sin Chew Daily, 18 April menerusi tulisan Goh Kien Nan yang mempersoalkan bagaimana MCA hendak menghadapi PRU akan datang berikutan fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara.

"Ini bukan sahaja tidak reda malah nampaknya begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara hingga PRU akan datang," katanya.

Tentunya sebagai rakan lama UMNO, Soi Lek juga dapat membaca persediaan orang Melayu untuk menghadapi kemungkinan kerakusan politik kaum Cina yang tidak mengenal batas sekiranya mereka tidak dapat mewaraskan pemikiran mereka dengan kesan Program Transformasi Ekonomi yang berlaku dan yang dapat dirasakan di bawah pimpinan Perdana Menteri. Soi Lek telah cuba membangkitkan kesedaran ini jika orang Cina mahu terus mengekalkan perkongsian ekonomi dan kuasa di negara ini

BAGAIMANA PANDANGAN AHLI PAS?

Posted: 21 Apr 2011 04:47 PM PDT

Pas semakin tersasar sejak bersekutu dengan PKR , DAP


ZAWAWI Othman (dua dari kanan) menerima borang keahlian UMNO daripada bekas ahli Pas, Che Man Deraman di Pasir Puteh, malam semalam.


PASIR PUTEH 21 April - Seramai 80 ahli Pas di sini bertindak keluar parti kerana mendakwa parti pembangkang itu semakin tersasar daripada perjuangan asal sejak bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Bekas Penghulu Pas Mukim Tualang Tinggi, Che Man Deraman berkata, prinsip perjuangan Pas kini menyimpang jauh dari konsep asal penubuhannya sehingga sanggup bersikap hipokrit menggunakan platform agama demi kepentingan politik.
"Perjuangan Pas sekarang semakin mengelirukan. Sebab itu sebelum tersesat jauh, saya kira keputusan yang saya ambil ini (menyertai UMNO) adalah tepat. Saya tidak mahu menjadi 'kuda kayu' tunggangan Pas buat selamanya.
"Diguna semasa perlu tetapi bila sampai masa tidak diperlukan, kita hanya jadi seperti kain buruk," dakwanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di sini, malam tadi.
Rakan seperjuangannya, M. Rosli Yusoff mendakwa, kegagalan Pas menyediakan pembangunan rohani dan jasmani kepada rakyat mendorongnya bertekad untuk keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO.
"Cakap berjuang atas dasar agama, tapi apa tuntutan agama ke atas seseorang pemimpin yang telah Pas berikan kepada rakyat? Saya tidak nampak kesannya pun. Rakyat miskin di kampung masih tidak terbela.
"Segala kemudahan dari segi prasarana pula UMNO yang buat. Inilah yang dikatakan Pas hipokrit dan sikap itu kini tidak melayakkan parti itu untuk terus menggunakan laungan takbir Allahuakbar," dakwanya.
Bekas aktivis Pas, Baharudin Che Mahmod pula mendakwa, visi dan misi perjuangan Pas kini jauh berbeza berbanding sebelum bergabung dalam pakatan pembangkang bersama-sama PKR dan DAP.
"Perjuangan parti itu kini jelas tidak menguntungkan orang Melayu yang semakin ketinggalan dalam arus kepesatan ekonomi negara.
"Selama 21 tahun (Pas memerintah Kelantan), tiada apa-apa perubahan pun yang dibawa oleh Pas kepada rakyat.
"Tapi kalau tengok kepada wakil-wakil rakyatnya bukan main lagi, mewah-mewah. Ini menyebabkan rakyat semakin tidak yakin dengan Pas," dakwanya.

DAP : WAJAR DISIASAT ?

Posted: 21 Apr 2011 04:45 PM PDT

NGO desak DAP disiasat

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF dan SALEHUDEN dan AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 21 April -Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor hari ini mendesak pihak berkuasa supaya segera menyiasat dakwaan penglibatan DAP dalam penyelewengan pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Desakan itu dibuat ekoran pendedahan peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock semalam.

Pengerusi Gabungan Antipenyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin mahu perkara tersebut disiasat kerana Beng Hock dikatakan memegang rahsia mengenai projek yang berkaitan parti berkenaan.

"Berikutan itu, Beng Hock mungkin diberi tekanan hebat oleh beberapa pemimpin DAP yang bimbang rahsia aktiviti penyelewengan mereka didedahkan kepada pihak berkuasa.

"Dalam hal ini saya berpendapat, Beng Hock menjadi mangsa keadaan kepada dakwaan salah guna kuasa yang didakwa diamalkan oleh pemimpin DAP," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock semalam diberitahu mengenai projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku diberikan kepada kontraktor bernama Lee Wye Wing sedangkan ia sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.

Muhammad Shafee mendakwa, Wye Wing menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh menjadi miliknya.

Beng Hock pula berperanan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, siasatan tersebut perlu dilakukan bagi memberi keadilan kepada Beng Hock dan keluarganya.

Ini kerana, kata beliau, kematian mendiang telah dipolitikkan oleh pembangkang dan setelah suruhanjaya siasatan ditubuhkan, bukti yang diperolehi banyak melibatkan mereka seolah-olah Beng Hock telah dijadikan mangsa.

MENGAPA NIK AZIZ PERTAHAN HADI ?

Posted: 21 Apr 2011 04:42 PM PDT

Oleh G Manimaran

Kritik Hadi: Siapa cucuk hidung Aziz Bari?

KUALA LUMPUR, 20 April — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai "langkah kurang tepat", Mursyidul Am PAS berkata, "pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT."Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin."Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.Laporan media semalam memetik penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.Nik Aziz menambah kata, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalanuntuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi."Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya keranamengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?"Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpintersebut melanggar syariat Allah SWT," kata beliau lagi.Nik Aziz juga berkata Aziz selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS."Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding pada pilihan raya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadarundi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihan raya."Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik," katanya. Nik Aziz pertahan Hadi, pemimpin PAS hanya ditukar jika langgar syariat Allah

Tiada ulasan:

Pengikut