BIAR POLIS DAN KEHAKIMAN JALANKAN TUGAS MEREKA. Posted: 08 Apr 2011 07:05 AM PDT Kastam berhelah, DAP nak menyalah Lihat betapa tinggi dokumen yang diperolehi. Bayangkan satu hilai itu komisyen sekotak rokok, berapa banyak jumlah terkumpul?
Sebentar tadi, satu sidang akhbar telah dipanggil oleh Pekasa, Cuepecs, Ketua-Ketua Union Kastam Diraja Malaysia, dan lain-lain.
Pihak Kastam membangkitkan untuk bertemu dengan Ketua SPRM. Kononnya mahu bertemu KP SPRM untuk dapatkan keterangan dan jaminan supaya Pegawai yang disoalsiasat tidak dipukul.
Ketua Pengarah KDRM juga nak jumpa PM untuk dapatkan keterangan mengenai isu kematian baru-baru ini. Ketua Pengarah mahu nama si mati dibersihkn dari tuduhan bunuh diri.
Pelik ... macam mana dia mahu mendahului siasatan polis? Kenapa perlu seorang penjawat kerajaan perlu buat sidang akhbar dan dedahkan apa yang mahu dibincangkan dan dituntut?
Cuepecs pun turut serta mahu bertemu dengan KP SPRM pada 12hb jam 3 ptg. Nampak sangat Kastam mahu berhelah. Macam orang tutup kesalahan.
Terdapat juga percubaan dapipada pihak forwarding agent yang cuba menggagalkan usaha SPRM di dalam menjalankan siasatan kes rasuah. Bukankah ini boleh menyelamatkan yang kerajaan berbillion ringgit?
Dengan menggunakan isu kematian pegawai kastam bagi mengalihkan pandangan masyarakat kepada isu kematian pula. Mereka telah sekian lama menipu kerajaan daripada segi pungutan cukai dan mahu rakyat melupakan isu pokok yang sebenarnya.
Mereka sekarang menggunakan pakatan pembangkang dan mempolitikkan isu kematian ini. Masyarakat harus pandai membeza isu kematian dgn isu rasuah dan juga aktiviti haram pihak forwarding agent ini.
Dari maklumat yang diterima selama ini, Forwarding agent yang yang membantu DAP dengan kewangan. Jadi tidak hairan dap begitu bersungguh sungguh mahu mempolitikkan isu kematian ini.
Pada hari ini juga, Pegawai SPRM Mohd Azwan bin Ramli telah membuat laporan polis di IPD PUTRAJAYA.
Azwan mendakwa pada april 7hb, China Press Online telah menyiarkan kenyataan Nga Kor Ming, ahli Parlimen Taiping dari DAP bahawa mengikut statistik 10 tahun, seramai 1,839 orang telah mati semasa dalam tahanan SPRM. Pengadu mendakwa wujud unsur2 fitnah terhadap SPRM.
Kenyataan ini satu pembohongan dan boleh jejaskan kredibiliti SPRM. DAP terus nak menyalah kerana mereka lebih pentingkan politik dari sebenarnya mahu bersihkan negara dari rasuah. |
|
DAP TAK TUNAI JANJI DI PENANG? Posted: 08 Apr 2011 06:59 AM PDT Penduduk Flat Padang Tembak tagih janji
Khabar Dari Georgetown
JUMAAT minggu lalu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng meninjau Flat Padang Tembak di Air Itam. Mungkin disebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan lawatan di situ pada keesokan harinya, maka beliau bergegas berkunjung ke flat yang dihuni kira-kira 20,000 penduduk pelbagai kaum.
Dalam lawatannya, Guan Eng melahirkan kesediaan untuk membantu mengecat flat yang dibina pada 1969 itu. Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut tidak dapat dilakukan berikutan penduduk masih berhutang tunggakan sewa dan penyenggaraan sebanyak RM1.6 juta.
Justeru, beliau mengesyorkan kos mengecat dan naik taraf yang dianggarkan RM2.7 juta dibiayai kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak 80 peratus manakala selebihnya ditanggung oleh penduduk.
Namun, bagi Liew Yeow Hooi, 42, tawaran itu diibaratkannya hanyalah 'wayang' Guan Eng. Sudah tiga tahun penduduk tunggu pembangkang tunai janji mahu cat kediaman mereka.
"Semasa dia datang pertama kali ke sini dua tahun lalu, dia janji macam-macam. Nak atasi tekanan air rendah, baiki pendawaian, sampah-sarap tapi satu pun tak ditunaikan. Janganlah buat 'show' (pertunjukan) lagi. Kita rakyat bukan bodoh. Kalau betul ada hati nak tolong, biayai semua kos," katanya ketika ditemui.
Lantas, dia mendedahkan perkara sebenar yang menyebabkannya cukup berang apabila Guan Eng membuat tawaran tersebut. Masih segar dalam ingatan, detik pertemuannya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya, empat tahun lalu. Ketika itu dia menjadi Penyelaras Pusat Khidmat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Flat Padang Tembak. Pada pertemuan tersebut, Anwar beria-ia mahu dia membantu PKR merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN).
"Dia beritahu kalau PKR memerintah, Pulau Pinang boleh maju, boleh beri keadilan kepada semua kaum. Dia kata bukan macam BN yang hanya beri tumpuan kepada kepentingan orang Melayu," jelasnya.
Terpedaya dengan kata-kata 'manis' Anwar, Yeow Hooi bertungkus-lumus membantu jentera pilihan raya parti tanpa mengira penat lelah bagi mencapai cita-cita itu.
Pada 11 Disember 2007, Anwar datang untuk berkempen bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 2008. Dalam ceramahnya, Anwar berjanji sekiranya pembangkang berjaya menawan Pulau Pinang, sebagai ganjaran kepada penduduk yang mengundi, kesemua sembilan blok di situ akan dicat dengan percuma dalam tempoh sebulan. Ternyata penduduk yang mendengar amat gembira kerana kali terakhir flat berkenaan dicat adalah pada 1995.
Mungkin termakan dengan janji-janji Anwar, ramai mengundi pembangkang pada PRU 12 , menyaksikan Pulau Pinang yang diterajui Gerakan tumbang. Di kawasan tersebut, calon DAP, Liew Ching Tong memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera manakala Jason Ong Khan Lee dari PKR menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga.
Sebulan selepas kerajaan DAP Pulau Pinang mentadbir, Yeow Hooi berjumpa kedua-dua mereka untuk menuntut janji mengecat flat tersebut. "Ching Tong kata, ini bukan janji DAP, ini janji PKR. Jason Ong pula beritahu, pi (pergi) tanya Anwar, dia yang buat janji," katanya yang kini menjadi Ketua Pemuda Pusat Parti Cinta Malaysia (PCM).
Saban hari penduduk flat bertanyakan bila kediaman mereka akan dicat baru. Apa yang telah berlaku kepada penghuni flat berkenaan elok dijadikan pengajaran, jangan lagi pisang berbuah dua kali.
Penulis ialah Ketua Biro Utusan
di Pulau Pinang |
|
Pengundi Sarawak Jangan Kena Temberang Seperti Rakyat Selangor Posted: 08 Apr 2011 06:57 AM PDT Pengundi Sarawak Jangan Kena Temberang Seperti Rakyat Selangor Date 08/04/2011 20:03 Author UMNO Online Hits 13 Print Pdf RSS SHAH ALAM, 8 April ? ?Rakyat khususnya pengundi Sarawak jangan kena temberang seperti rakyat Selangor?, demikian pesanan dan harapan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus ketika mengulas janji manifesto pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak pada 16 April ini. Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berkata pengundi di Sarawak perlu mengambil [...]
SHAH ALAM, 8 April ? ?Rakyat khususnya pengundi Sarawak jangan kena temberang seperti rakyat Selangor?, demikian pesanan dan harapan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus ketika mengulas janji manifesto pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak pada 16 April ini.
Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang berkata pengundi di Sarawak perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Selangor kerana banyak janji pakatan pembangkang yang sehingga kini gagal ditunaikan.
Pada pilihanraya umum lalu pakatan pembangkang menjanjikan pelbagai elaun kepada rakyat khususunya di negeri Selangor dari bayi hinggalah ke warga emas.
Antara janji tersebut ialah untuk memberi bantuan bulanan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nursery, RM50 sebulan seorang bagi anak pendidikan pra-sekolah, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas kepada suri rumah sepenuh masa, bonus RM6000 setiap keluarga yang berpendapatan RM6000 ke bawah, turunkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan pelbagai janji lagi.
"Ini semua janji kosong yang sehingga kini belum lagi ditunaikan. Sekarang pakatan pembangkang nak jual temberang dan janji kosong kepada rakyat Sarawak.
"Kita harap rakyat Sarawak ambil ikitibar di negeri Selangor, jangan mudah digula-gulkan dengan janji kosong pembangkang. Mereka datang ke sana (Sarawak) penuh dengan tipu helah. Kita tidak mahu rakyat Sarawak tertipu", katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Pakatan pembangkang yang melancarkan manifesto bagi pilihanraya negeri Sarawak hari ini antara lain menjanjikan bantuan RM200 untuk setiap anak-anak masuk darjah satu, pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun, menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), mengembalikan semula tanah adat Orang Asal dan lain-lain lagi.
Shukor seterusnya berkata janji pakatan pembangkang dalam manifesto itu adalah janji sebelum berkuasa.
"Tapi lepas dapat kuasa lain pula jadinya, macam-macam alasan diberi. Malah di Selangor bukan saja banyak janji tak ditunaikan tetapi soal pendidikan pun dipolitikkan seperti menghalang mewujudkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Hulu Selangor.
"Mereka juga gagal tadbir Universiti Selangor kerana pelajar di universiti berkenaan merosot secara drastik sejak tiga tahun lalu akibat mainan politik yang melampau", ujarnya.
Justeru beliau amat berharap rakyat Sarawak mengajar pembangkang kali ini yang tidak pernah serik membohongi rakyat menerusi janji-janji palsu yang ditaburkan. |
|
PENIPUAN kerajaan Dap di Pulau Pinang ? Posted: 08 Apr 2011 06:54 AM PDT ADAKAH RAKYAT SARAWAK AKAN DIPIJAK BEGINI ? Mari lihat kes PENIPUAN kerajaan Dap di Pulau Pinang satu persatu.
Hakikatnya; - keadaan `surplus' dalam laporan perbelanjaan mengurus kerajaan negeri BUKAN perkara baru, malah telah berlaku sejak 6 tahun yang lalu, membuktikan kecekapan tadbir urus kerajaan BN ketika itu
- `silap mata' penurunan pungutan hasil prEmium tanah-tukar syarat 2008, dari RM 35.92 juta kepada hanya RM 19.23 juta dalam penyata kewangan 2009
- `silap mata' penurunan kutipan cukai tanah 2008, dari RM 93.04 kepada Tuggakan Cukai Tanah yang bernilai hanya RM 7.24 juta
- `silap mata' peningkatan belanja mengurus RM 283.15 juta pada tahun 2008 kepada RM 331.2 juta dalam penyata tahun 2009.
Ini bukan PENIPUAN pertama. Guan Eng juga pernah bermain `silap mata' sebelum ini.
Dahulu Guan Eng pernah ditangkap menipu umat Islam apabila cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan Pakatan Pembangkang aka PENIPU RAKYAT (PR) mengadakan sumbangan yang lebih besar untuk Hal Ehwal Islam. Nyatanya, itu hanya penipuan dan silap mata `accounting' seperti yang dinyatakan oleh tulisan ini 'Peruntukan Hal Ehwal Islam - Pembohongan Guan Eng didedahkan'.
Guan Eng mendakwa kononnya kerajaan PR memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun 2009. Hakikatnya, seperti yang didedahkan oleh Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid, jumlah sebenar yang diperuntukkan cuma RM11 juta, iaitu lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi oleh kerajaan BN pada tahun 2008 (klik).
DAP penuh PENIPUAN. Lihat bagaimana seorang lagi pemimpin DapMENIPU dalam video klip di bawah. Ini kejadian selepas kerajaan Dap dengan bongkak dan zalim menganiaya pengusaha restoran di Pulau Pinang.
|
|
MASYARAKAT CINA BERSAMA PM Posted: 08 Apr 2011 06:38 AM PDT PM dekati masyarakat Cina
KUCHING 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa kira-kira 40 minit bersama masyarakat berketurunan Cina di Padungan di sini.
Jalan Padungan merupakan destinasi pertama kunjungan mesra Perdana Menteri yang berjalan sejauh satu kilometer (km) menyusuri deretan kedai untuk bertemu para peniaga.
Mengiringi beliau ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof.
Beliau kemudiannya menziarahi penghuni Flat Belaga, Simi Ayur, 55, yang lumpuh separuh badan.
Agenda beliau diteruskan dengan kunjungan mesra ke atas penjaja di Pusat Makanan Song Kheng Hai sebelum bersarapan bersama calon BN Padungan, Sim Kiang Chiok.
Sewaktu berada di pusat penjaja berkenaan, beliau turut disapa oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berada di situ untuk berkempen.
Sementara itu, seorang peniaga, Sin Chua Huat, 62, memuji kunjungan Perdana Menteri itu yang disifatkannya sebagai mesra rakyat.
Katanya, pendekatan sedemikian perlu diteruskan bagi membolehkan rakyat menyalurkan maklumat berkaitan masalah yang dihadapi mereka secara langsung.
Sentimen pengundi Cina
Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my
Peniaga di Pasar Sentral Sibu sibuk melayani pelanggan masing-masing ketika kempen parti politik sudah bermula sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10. - Bernama
Trio Utusan Malaysia tiba di Sibu dari Mukah, lewat petang semalam. Sibu antara bandar Cina yang dihuni etnik Foochow yang dianggap pada pilihan raya kecil sebelum ini menjadi penyumbang kepada kekalahan calon Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun bukan Sibu menjadi perhatian kami buat masa ini meskipun ia menjadi kubu kuat DAP. Tumpuan kami sebenarnya ialah Miri, tempat bertandingnya Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, 75.
Sejak kebelakangan ini khususnya selepas pilihan raya umum lepas, kedudukan SUPP dalam BN Sarawak sebagai parti yang benar-benar mewakili pengundi Cina agak goyah. Ini ditambah dengan sentimen DAP yang sentiasa memainkan isu-isu kecinaan termasuk isu kepimpinan terlalu lama beberapa pemimpin utama negeri termasuk Hong Nam.
Parti pimpinan Hong Nam yang mewakili kaum Cina di Sarawak dikatakan 'kurang menyengat' berbanding dengan DAP yang diuar-uarkan pula lantang bersuara mewakili 'majoriti' kaum itu. Sehinggakan suatu ketika, isu pengunduran Hong Nam yang dikatakan mahu berbuat demikian pada 2008 dimomokkan begitu sahaja oleh DAP di kalangan orang Cina.
Namun, seperti mana tegarnya kewibawaan para pemimpin Sarawak, demikianlah Hong Nam yang tidak mahu mengalah dengan sikap chauvinis DAP dalam memainkan sentimen di negeri itu. Awal bulan ini, Hong Nam mengingatkan 'pihak berkenaan' ketika bercakap tentang Miri yang turut digelar 'George Town' (Bandar George mengambil sempena sumbangan dan jasanya memajukan Miri).
Kata Hong Nam: "Miri tempat kelahiran saya, saya akan mempertahankannya sehingga saya mati. Dan kalau saya mati, saya akan bangkit dari kubur dan menghantui sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat keharmonian Miri."
Hong Nam yang baru sahaja mengejutkan orang ramai termasuk pemberita dengan pengesahannya berkahwin dengan Datuk Lorna Enan Muloon beberapa hari lepas setelah merahsiakannya selama bertahun-tahun untuk menjaga perasaan anak-anak dan anggota keluarga yang lain, akan mempertahankan kerusi DUN Piasau. Beliau ditentang oleh calon muka baru dari DAP, Ling Sie Kiong, 28.
Hong Nam yang menyandang kerusi berkenaan selama enam penggal merupakan Presiden SUPP sejak 1997 dan telah berkecimpung dalam dunia politik selama lebih 30 tahun. Sementara Sie Kong pula merupakan peguam muda berkelulusan undang-undang dari Universiti Sheffield, England.
Anak muda ini, sebaik sahaja selesai menyerahkan borang pencalonan kelmarin berkata: "Saya akan menentang 'gergasi politik'. Ada banyak isu, kita (DAP) akan bawa isu setiap hari melalui sidang media, risalah dan juga ceramah politik kita."
Peranan SUPP pada pilihan raya negeri ke-10 ini penting untuk membantu BN Sarawak mengekalkan rekod bersih selepas kehilangan lapan kerusi pada Pilihan Raya Negeri 2006. Tumpuan BN sepanjang kempen pilihan raya ini ialah mahu merampas kembali kerusi Pending, Padungan, Batu Lintang, Kidurong, Meradong, Kota Sentosa, Bukit Assek dan Ngemah, selain mengetepikan saingan pembangkang di beberapa kerusi yang bakal menyaksikan persaingan sengit. Antaranya di Lingga, Engkilili, Bawang Assan, Ba'kelalan dan Telang Usan.
Dari segi SUPP sendiri, parti itu bertanding di 19 kerusi termasuk 15 kerusi yang majoritinya pengundi Cina. Ironinya, isu yang diberi perhatian oleh pengundi Cina khususnya di kawasan bandar ialah lebih kepada politik baru yang melihat kepada soal tadbir urus. Ini berkisar sama ada kerajaan 'boleh diyakini' dalam mengutamakan soal kepimpinan dan pentadbiran yang cekap , amanah, berakauntabiliti serta bebas daripada salah guna kuasa dan rasuah.
Isu yang sering diuar-uarkan oleh DAP yang dipercayai akan mewarnai kempen pilihan raya mereka kali ini ialah isu pemimpin yang terlalu lama memerintah. Sentimen mereka ialah 'good BN, good Taib' (kalau undi BN, undi Abdul Taib).
Dari segi ekonomi pula, pengundi Cina dikatakan bertumpu kepada soal kekayaan ekonomi, agihannya dan dasar-dasar ekonomi serta pembabitan orang Cina dalam sektor awam.
Selain itu, DAP dan pakatan pembangkang memainkan sentimen siri pertelagahan dalam SUPP serta mempersoalkan 'usia veteran' rata-rata pemimpinnya yang berusia 60 hingga 70 tahun.
"Dikatakan majoriti pengundi Cina tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang tidak benar dan mengutamakan kestabilan dan ketelusan.
"Soal peningkatan kadar jenayah juga menjadi isu, namun di bawah pentadbiran sekarang, kadar jenayah telah turun secara drastik," kata seorang pemimpin negeri kepada Utusan Malaysia semalam.
Selain itu, pengundi Cina juga dikatakan dihambat dengan isu pajakan tanah terlalu pendek iaitu 60 tahun dan isu tanah mengikut Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak. Malah mereka juga dikatakan peka dengan pendekatan 'semak dan imbang' (check and balance) serta tidak mahu sesuatu parti itu dilihat terlalu kuat sehingga kononnya dikhuatiri wujud salah guna kuasa di kemudian hari.
Begitu pun, jika diambil kira 'kesempurnaan' yang dituntut oleh pengundi Cina di Sarawak, segala-galanya mungkin dikira 'perlu sempurna' sehingga tidak memungkinkan kesilapan kecil manusia. Ketika kaum dan etnik lain di Sarawak turut memiliki pendirian dan pandangan tersendiri tentang parti pilihan mereka terutama BN, kaum lain pula sewajarnya menghulurkan kesepakatan dan timbang rasa untuk bersama-sama memacu kemajuan Sarawak.
Apatah lagi dengan manifesto BN yang baru dilancarkan di Kampung Bandung, Sibu semalam oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang komited untuk meneruskan usaha BN mahu menekankan tadbir urus yang baik, kalau pun dikatakan itulah tuntutan pengundi Cina. Disebut dalam manifesto itu bagaimana pengurusan kewangan yang baik oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib telah diiktiraf dan diperakui oleh Ketua Audit Negara untuk lapan tahun berturut-turut sehingga sekarang.
Malah, aliran pelaburan antarabangsa terus ke Sarawak meningkat setiap tahun. Pada 2009, ia mencapai RM5.7 bilion berbanding RM1.7 bilion pada 1990. Dengan impak pelaksanaan Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang sedang berjalan sekarang, kesan pelaburan antarabangsa ini untuk 2010 hingga 2020 dijangka mencecah RM147.5 bilion.
Cuma yang sepatutnya harus dibimbangi oleh pengundi Cina ialah jika mereka menolak SUPP, yang merupakan komponen BN, maka agak sukar wadah kaum Cina dibangkitkan dalam Kabinet negeri seterusnya ke peringkat Pusat. Suara pengundi Cina perlu diterjemahkan menerusi SUPP yang kini berada utuh di sebelah Kerajaan Pusat |
|
PEMBANGKANG DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN LAPUK ? Posted: 08 Apr 2011 06:29 AM PDT Manifesto pembangkang ditempelak
SAMARAHAN 7 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menempelak manifesto pembangkang yang mahu kepimpinan Sarawak diubah sedangkan kepimpinan parti itu juga masih tidak berubah.
Mohd. Shafie berkata, pemimpin utama DAP dan Pas masih tidak berubah sehingga kini walaupun ada pemimpinnya telah berada di jawatan tertinggi melebihi 20 tahun seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
"Mana proses peremajaan DAP dan Pas di mana Karpal Singh masih lagi (menjadi Pengerusi DAP) dan Nik Abdul Aziz Nik Mat juga masih lagi (menjadi Mursyidul Am Pas)?
"Mereka tuntut orang lain supaya meletak jawatan sedangkan mereka sendiri tak letak pun. Ini cakap tak serupa bikin!" katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Kampung Jaie dekat Sadong Jaya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai manifesto pembangkang yang mula diedarkan hari ini |
|
AYUH BN TERUSKAN KEMPEN........ Posted: 08 Apr 2011 06:27 AM PDT BN lancar manifesto pilihan raya
| Abdul Taib Mahmud (tengah) menunjukkan Manifesto Barisan Nasional 2011 di Dewan Persatuan Melanau, Sibu semalam. Dari kiri, Awang Bemee Awang Ali Basah, Fatimah Abdullah, James Jemut Masing, Wong Soon Koh dan Dr Annuar Rapaee. |
SIBU 7 April - Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifestonya untuk pilihan raya negeri Sarawak ke-10 dengan tekad terus menjamin masa depan rakyat bersama kepimpinan parti pemerintah tersebut. Menyempurnakannya di Kampung Bandung di sini, Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, manifesto yang ringkas itu membuktikan kerajaan BN mempunyai rekod-rekod baik pada masa lalu dalam memperjuangkan kehidupan rakyat sehingga berjaya pada hari ini. Kata beliau, segala jentera kerajaan digerakkan dengan baik selama ini untuk mengubah wajah Sarawak sebagai sebuah negeri yang maju. ''Sebelum membuat keputusan pada hari pengundian, saya berharap anda (pengundi) mendapat iktibar apabila mengimbas kembali setiap pencapaian dan usaha bersama kita selama ini untuk membangunkan Sarawak. "Kita mahu menjadi maju setaraf seperti Singapura, Jepun, Eropah dan Amerika, maka inilah tujuan kita di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. ''Datuk Seri Najib mahu memastikan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dicapai. Maka peliharalah bentuk kepimpinan sedia ada supaya Sarawak dapat melaksanakan pembangunannya secara terancang," kata beliau dalam ucapannya. Abdul Taib turut mengingatkan rakyat, parti pembangkang tidak ada keupayaan untuk membentuk kerajaan yang baik dan fakta itu diperkukuhkan lagi dengan senario sebelum pilihan raya yang sudah menampakkan pertelagahan sesama sendiri dalam memilih calon. ''Pakatan pembangkang bergaduh sesama sendiri, bahkan sudah berminggu-minggu mereka mengaturkan soal calon dan akhbar-akhbar menyiarkan mereka bergaduh besar mengenai pemilihan calon sehinggakan Snap tidak lagi mahu bersama dalam barisan pembangkang. ''Selain itu, kita boleh nampak calon-calon yang dipilih untuk bertanding oleh pembangkang, jelas sekali menunjukkan kualitinya tidak disesuaikan dengan apa yang dilaung-laungkan iaitu melaksanakan pemerintahan yang boleh menunaikan janji dan menjalankan program membantu rakyat," ujar beliau. Kata Abdul Taib: "Tiada pembangunan dapat dilaksanakan tanpa wawasan untuk maju kerana ia ibarat belayar ke laut tanpa sebarang peta." |
|
PEMBANGKANG HANYA MINAT KUASA.... Posted: 08 Apr 2011 06:25 AM PDT Pembangkang tidak minat
KUALA LUMPUR 7 April - Para pemimpin kanan pembangkang tidak pernah berminat untuk mencari kebenaran kerana apa yang penting bagi mereka adalah untuk berkuasa.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor berkata, kebenaran bagi pemimpin kanan pembangkang seperti Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh hanya merumitkan kepentingan politik mereka.
Malah, kata beliau, keempat-empat pemimpin itu juga terlalu menyanjung tinggi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga meletakkan beliau pada kedudukan mengatasi undang-undang.
''Bagi mereka, jawatan Ketua Pembangkang adalah jawatan yang kebal daripada undang-undang negara.
''Anwar boleh berbuat apa sahaja dan sudah pasti empat sekawan ini akan mempertahankan salah laku Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ezam menambah, sekiranya salah laku Anwar yang didedahkan itu tidak mempunyai bukti, empat pemimpin itu dengan cepat akan menuduh bahawa ia adalah fitnah.
Sebaliknya jika ada bukti pula kata beliau, tuduhan itu akan dikatakan sebagai satu konspirasi. |
|
AIR OH AIR DI KELANTAN Posted: 08 Apr 2011 06:23 AM PDT 200 penduduk berpiket bantah kegagalan AKSB bekal air
| SEBAHAGIAN penduduk yang diwakili anggota pertubuhan bukan kerajaan berpiket secara aman di hadapan pejabat AKSB di Pasir Puteh, Kelantan, semalam. |
PASIR PUTEH 7 April - Lebih 200 penduduk termasuk anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpiket secara aman di hadapan pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di sini hari ini bagi membantah kegagalan syarikat berkenaan membekalkan air mencukupi kepada 11,500 pengguna di daerah ini. Kumpulan itu yang diketuai Pengerusi Kelab Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Pasir Puteh, Mohd. Rusli Jusuh mengadakan perhimpunan selama setengah jam bermula pukul 9 pagi sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Jabatan Operasi Perkhidmatan Pelanggan AKSB, Che Asri Awang. Memorandum bantahan itu ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama pada majlis penyerahan memorandum bantahan itu ialah bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Che Min Che Ahmad. Mohd. Rusli ketika ditemui pemberita berkata, memorandum itu antara lain turut membantah caj AKSB yang tinggi tetapi tidak setimpal dengan perkhidmatan disediakan. Beliau mendakwa, sebahagian besar caj yang dikenakan adalah berdasarkan bayaran tekanan angin menerusi pili, bukannya penggunaan bekalan air. "Ekoran kegagalan ini, penduduk Pasir Puteh mendesak Kerajaan Pas Kelantan dan AKSB menyerahkan pengurusan air di Kelantan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. "Langkah sedemikian adalah satu penyelesaian terbaik. AKSB sebelum ini gagal berfungsi dengan baik sehingga membebankan pengguna termasuk pelajar, peniaga kecil dan orang ramai yang menganggap air adalah keperluan utama," katanya. Sementara itu, Che Asri dalam sidang akhbarnya memohon maaf bagi pihak AKSB kepada penduduk terbabit dan meminta pengguna berjimat cermat menggunakan air. Menurutnya, bekalan air terputus disebabkan paras air Sungai Rasau yang menjadi punca utama bekalan loji rawatan air di Wakaf Bunut surut secara mendadak sehingga loji berkenaan gagal berfungsi dengan sempurna. |
|
JAWAPAN KEPADA USUL LGE..... Posted: 08 Apr 2011 06:13 AM PDT Abu Kassim tak perlu letak jawatan
KUALA LUMPUR 7 April - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed tidak perlu meletak jawatan malah operasi 3B yang sedang dijalankan agensi itu juga akan diteruskan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, peletakan jawatan Abu Kassim tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.
"Kenapa perlu beliau letak jawatan? Apa yang berlaku tidak langsung dijangka dan ia bukan kehendak SPRM.
"Saya tidak setuju dengan desakan itu. Apa yang penting kita tunggu hasil siasatan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Ahmad Sarbani ialah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada pukul 1 petang, 1 April lepas di Pejabat Kastam, Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.
Mohamed Nazri berkata, kes tersebut masih dalam siasatan polis dan sebarang tindakan hanya boleh diambil selepas siasatan selesai.
Beliau menegaskan, Operasi 3B akan diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara walaupun beberapa pihak dikatakan akan berdemonstrasi berhubung perkara itu.
Menurut Mohamed Nazri, kerajaan tiada masalah untuk mencari kebenaran berhubung punca kematian pegawai kastam itu dengan menubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya terdapat keperluan.
"Walau berlaku piket atau protes oleh siapa sekali pun, siasatan tetap diteruskan. Kita tidak hirau kerana apa yang penting adalah kehilangan wang akibat perbuatan sesetengah kakitangan Kastam. Kakitangan yang betul, baguslah tetapi mana yang tidak betul, tindakan akan tetap diambil.
"Kerajaan tidak abaikan kes kematian ini kerana kita juga mahukan kebenaran. Jika ada suruhanjaya diraja dalam kes Teoh Beng Hock, mengapa tidak dalam kes ini? Saya rasa tiada masalah kerana ia melibatkan kepentingan umum dan saya akan bawa perkara ini ke pengetahuan Kabinet esok," katanya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan kerja dua pegawainya yang meninggalkan penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed seorang diri, sebelum dia ditemui mati di tingkat satu bangunan SPRM di Jalan Cochrane semalam.
NONEMenurut kenyataan SPRM hari ini, dua pegawai SPRM itu ditahan kerja untuk tujuan siasatan kerana dikatakan melanggar engkar perintah berhubung pengendalian saksi atau pelanggan di premis SPRM.
Ia ekoran mereka dikatakan gagal berada bersama saksi/pelanggan sepanjang masa ketika saksi/pelanggan berada dalam premis SPRM.
Proses tahan kerja itu, kata SPRM, adalah bagi membantu melicinkan siasatan dan ditahan kerja sehingga siasatan dalaman selesai dijalankan.
Menurut kenyataan itu lagi, tindakan menahan kerja itu dibuat di bawah Peraturan 43 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tataertib) (Pindaan) 2002, untuk penyiasatan.
Apabila selesai, hasil siasatan dalaman itu akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan SPRM.
Terma rujukan jawatankuasa aduan itu adalah untuk memantau pengendalian oleh suruhanjaya akan aduan mengenai salahlaku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai-pegawai suruhanjaya.
Ia juga untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dalam tatacara kerja suruhanjaya yang mungkin menimbulkan aduan dan jika difikirkannya sesuai untuk membuat apa-apa syor tentang tatacara kerja suruhanjaya sebagaimana yang difikirkan patut.
Semalam, kira-kira pukul 10.15 pagi, Ahmad Sarbani, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.
Sebelum itu, Ahmad Sarbani yang datang sendiri ke pejabat itu telah diiringi seorang pegawai untuk bertemu pegawai penyiasat namun pegawai tersebut telah meninggalkan mangsa dan keluar sebentar bagi mendapatkan pegawai penyiasat.
Namun dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati mangsa tiada dalam bilik berkaitan dan setelah mencari di kawasan itu, terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat berkenaan. |
|
8 pegawai Imigresen didakwa Posted: 08 Apr 2011 06:10 AM PDT 8 pegawai Imigresen didakwa
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 7 April - Lapan pegawai Jabatan Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 83 tuduhan menerima rasuah daripada pemandu feri dan orang perantara membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM122,140 dalam tempoh antara April dan September tahun lalu.
Kesemua tertuduh yang merupakan penguat kuasa di Bahagian Perkapalan, Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang didakwa memperoleh wang suapan itu yang dimasukkan ke dalam akaun mereka atau individu lain sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang warga Indonesia ke negara ini tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.
Md. Shahrizal Che Dan, 26, Mohd. Khairul Haqimie Kamarudin, 26, Ahmad Zahed Abd. Alim, 28, Azmir Mahadi, 28, Mohd. Hafiz Zakaria, 27, Nor Shahazlina Sulaiman, 25, Mohamad Huzzail Ahmad, 31, dan Mohamad Izuwanshah Samsuri, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca secara berasingan.
Md. Shahrizal menghadapi 31 pertuduhan memperoleh wang tunai berjumlah RM51,760 melalui 31 transaksi di beberapa buah cawangan Public Bank, manakala Nor Shahazlina didakwa menerima suapan sebanyak RM2,900 melalui akaun milik Abdul Razak Khaidir di Maybank Cawangan Pandamaran.
Sementara itu di mahkamah berasingan, Mohamad Izuwanshah didakwa atas 25 pertuduhan memperoleh wang tunai sebanyak RM31,690, manakala Mohamad Huzzail didakwa memperoleh suapan RM500 di hadapan sebuah rumah di Persiaran Seraya, Taman Palm Grove, Klang.
Di sebuah lagi mahkamah, Ahmad Zahed didakwa atas 12 pertuduhan memperoleh wang tunai sebanyak RM13,590, manakala Azmir Mahadi pula didakwa atas enam pertuduhan memperoleh RM5,710.
Mohd. Hafiz pula didakwa atas empat pertuduhan memperoleh suapan RM8,640 dan Mohd. Khairul Haqimie yang sedang menyambung pelajaran pula menghadapi tiga pertuduhan memperoleh RM7,350.
Tiga hakim iaitu Asmadi Hussain, M. Bakri Abd. Majid dan Mat Ghani Abdullah yang mendengar kes itu secara berasingan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin antara RM4,000 dan RM10,000.
Mat Ghani menetapkan esok untuk sebutan kes terhadap Ahmad Zahed, Azmir, Mohd. Hafiz dan Mohd. Khairul Haqimie bagi memutuskan sama ada mereka akan dibicara bersama atau sebaliknya, manakala dua hakim lain menetapkan sebutan kes pada 5 Mei dan 27 April ini.
Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.
Pada Ogos tahun lalu, sebuah akhbar melaporkan kes kakitangan Imigresen di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang menerima suapan sehingga RM60,000 sebulan sebagai habuan bagi memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram serta melepaskan warga asing dengan pasport yang mempunyai cop palsu atau tiada dokumen.
Tindakan tersebut menyebabkan pintu masuk negara melalui pelabuhan itu mudah dibolosi pendatang haram dari Indonesia. |
|
PM arah siasatan rapi kematian pegawai kanan kastam Posted: 08 Apr 2011 06:07 AM PDT PM arah siasatan rapi kematian pegawai kanan kastam
KUCHING 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan satu siasatan rapi yang telus serta profesional dalam kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56.
Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak akan melindungi apa-apa maklumat mengenai insiden itu kerana rakyat juga berhak mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku.
Katanya, pada masa ini biarlah kes itu disiasat oleh polis terlebih dahulu sebelum membuat keputusan adakah ia memerlukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja.
"Setakat ini apa yang saya diberitahu, dia (Ahmad Sarbani) datang (ke SPRM) secara sukarela untuk menukar kenyataannya yang dibuat sebelum ini, bukan SPRM yang panggil dia.
"Dalam masa SPRM memanggil pegawai penyiasat, beberapa minit sahaja kejadian itu berlaku," katanya.
Semalam, Ahmad Sarbani yang ditahan SPRM pada 1 April lalu sebelum dibebaskan keesokannya bagi membantu siasatan Operasi 3B, ditemui mati di pekarangan Ibu Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
Dalam Operasi 3B, seramai 62 pegawai kastam ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain.
Sementara itu, Najib berkata, kejadian itu mungkin menjejaskan kepercayaan masyarakat kepada SPRM namun harus diingat bahawa suruhanjaya itu bertindak untuk menyelamatkan wang negara.
Katanya, semua pihak tidak sepatutnya lupa bahawa penyelewengan yang berlaku adalah serius dan berlarutan bertahun-tahun lamanya malah kerajaan sendiri mahu membersihkan nama baik kastam.
"(Kerajaan) tiada apa-apa niat, ini sesuatu yang kita tidak sangka berlaku," katanya.
Najib juga tidak menolak kemungkinan kejadian itu akan mengganggu siasatan Operasi 3B namun ia akan diteruskan demi manfaat rakyat keseluruhannya. |
|
Semua urusan penting SPRM diselesaikan di aras bawah Posted: 08 Apr 2011 05:58 AM PDT Semua urusan penting SPRM diselesaikan di aras bawah 08/04/2011 8:38pm
PUTRAJAYA 8 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil langkah keselamatan maksimum dengan mengarahkan supaya semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan SPRM berkuat kuasa serta merta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, bagi urusan melibatkan pejabat SPRM yang tidak mempunyai aras bawah terutamanya pejabat SPRM di negeri-negeri, mereka yang terbabit perlu diawasi sepanjang masa oleh pegawai-pegawai SPRM.
"Semua urusan juga hendaklah diselesaikan di bawah pengawasan pegawai SPRM sepanjang masa kerana mengenai keselamatan ini, kalau kita biar seseorang itu bersendirian di pejabat SPRM, itu namanya tidak diawasi," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, SPRM juga telah mengarahkan supaya pengarah bahagian keselamatan untuk membuat pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan pejabat SPRM sama ada yang dimiliki sendiri, disewa atau bangunan guna sama bagi memastikan ciri-ciri keselamatan itu dipenuhi.
"Mengenai keselamatan pejabat-pejabat SPRM ini, kita sudah ada arahan Ketua Pesuruhjaya (KP) sejak dulu lagi yang masih berkuat kuasa.
"Mengikut arahan Ketua Pesuruhjaya, semua pengarah bahagian, pengarah SPRM negeri serta pegawai SPRM bahawa tetamu atau pelawat tidak dibenarkan masuk ke pejabat pegawai.
"Tempat pertemuan hanya terhad di ruang menunggu atau bilik tetamu sahaja," katanya. – Bernama |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan