Selasa, 5 April 2011

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


PELABUHAN KLANG AKAN DIPERTAHANKAN

Posted: 19 Jan 2011 04:24 AM PST

 
Jika BENAR apa yang didengar baik dari radio mahupun di tv yang mengatakan bahawa kerusi Dun Pelabuhan Klang KOSONG akibat kegagalan Yb Badrul menghadirkan diri ke Persidangan Dun selama 6 bulan..maka barisan PUcTD telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya PRK.Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.Menurut kata
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim sepatutnya memaklumkan kepada SPR terlebih dahulu sebelum mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN itu.
"Kita akan teliti dan lihat undang-undang di Negeri Selangor, juga Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat sebarang keputusan tentang (sama ada)berlaku kekosongan atau tidak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Abdul Aziz berkata SPR akan membuat kenyataan selanjutnya selepas menerima makluman rasmi daripada Teng.

Tiada ulasan:

Pengikut