Ahad, 10 April 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Hutang tak bayar tapi angan-angan nak jadi YB..

Posted: 10 Apr 2011 12:01 AM PDT

Noraini Hamzah yang merupakan calon PAS di Dun Muara Tuang pada Pilihanraya Negeri kali ini, bukanlah anak tempatan. Sebaliknya dia berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan orang Sarawak. Walaupun Noraini sudah lama menetap di Sarawak, tapi itu tak melupuskan status asal Kelantannya.

Penulis difahamkan, selain dari tidak mempunyai taraf pendidikan yang sesuai untuk menjadi calon Pilihanraya, Noraini juga mempunyai hutang tertunggak yang masih belum diselesaikan di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Biarpun peringatan demi peringatan yang diberikan oleh Pihak peminjam, tapi Noraini masih belum melunaskan hutang tertunggaknya.

Persoalan yang ada sekarang ialah, bagaimana Noraini membayar wang cagaran untuk bertanding pada Pilihanraya kali ini? Adakah PAS membayar bagi pihak Noraini ataupun dia meminjam lagi untuk masuk bertanding?

Noraini hanya berniaga kuih muih secara kecil-kecilan di kawasan Muara Tuang. Dan wang yang dipinjam oleh calon PAS ini katanya mahu digunakan untuk membesarkan perniagaannya. Mungkin perniagaanya tak untung maka dia tak dapat membayar kembali wang yang dipinjam.

Penulis diberitahu, pinjaman tersebut perlulah dibayar setiap minggu dan dibuat secara berkumpulan. Setiap orang dalam kumpulan itu akn mengumpulkan wang tersebut dan diserahkan kepada pihak yang memberi pinjaman.

Dan sekiranya sesiapa diantara orang dalam kumpulan tersebut tak membayar pada tarikh yang dijanjikan, orang lain dalam kumpulan itu terpaksa menanggung jumlah bayaran yang tertangguh itu. Ini akan menyusahkan ahli dalam kumpulan tersebut selain membebankan mereka dengan pembayaran berganda.

Jadi, calon PAS ini dikatakan sering mengabaikan bayaran pinjaman apabila sampai tarikh yang ditetapkan. Jelas sekali yang dia mengambil ringan tentang pinjaman yang dibuatnya itu. Patutkah dia membiarkan rakan-rakan kumpulannya membayar bagi pinjaman yang dia buat sendiri?

Macam mana calon PAS ini nak menjadi wakil rakyat kalau hutang sendiri pun tak mampu dia nak membayarnya? Tambah lagi dengan perangai ambil mudah yang telah ditunjukkan, mesti ia akan menyusahkan rakyat sahaja nanti.

Penulis berpendapat, sepatutnya calon PAS ini menlangsaikan segala hutangnya dulu sebelum berangan-angan nak jadi YB. Jangan nanti dia asyik mementingkan hal sendiri sedangkan masalah rakyat dibiarkan begitu saja.

Lain kali PAS patut selidik dulu calon mereka untuk dijadikan calon Pilihanraya. Kalau beginilah calon PAS di Muara Tuang, jangan kan kata rakyat Sarawak, pengundi di Semenanjung pun tak mahu memangkah beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut