Apo Kono Eh Jang! |
DAP sabotaj kempen BN di Miri Sarawak. Posted: 07 Apr 2011 07:37 PM PDT DAP telah mula menunjukkan belang mereka yang sebenar di Pilihanraya Sarawak ini. Walaupun kempen baru saja bermula, tapi ia sudah dicemari dengan permainan kotor yang dilakukan oleh mereka bagi mensabotaj pihak Barisan Nasional. Di Dun Pujut, Miri Sarawak, poster gergasi milik Barisan Nasional telah dirosakkan dengan amat sadis sekali. Calon Barisan Nasional bagi Dun Pujut, Andy Chia Chu Fatt amat kesal dengan kejadian merosakkan poster gergasinya yang dipasang di hadapan Bulatan Datuk Edward Jeli. Dun Pujut ini menyaksikan penyandang BN, Andy Chia Chu Fatt ditentang calon DAP Fong Pau Teck yang juga Pengerusi DAP Miri. DAP yang terdesak untuk merampas Sarawak dari kepimpinan BN mungkin terpaksa melakukan apa saja cara termasuklah melakukan taktik kotor sebegini. Tinjauan mendapati, selain dari poster gergasi calon BN dikoyakkan dan juga dicabut, bendera BN juga banyak dipotong talinya dan juga dijatuhkan. Ini bukti jelas bahawa DAP semakin takut kepada kempen BN yang ternyata berkesan menarik sokongan rakyat. Berikutan dengan kejadian ini, satu laporan Polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis daerah Miri oleh calon BN terhadap pihak yang mengkhianati kempen yang dijalankan. Kejadian ini nyata tak boleh dibiarkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk terutamanya kepada jentera petugas parti. Jika tak dibendung lebih awal, kemungkinan besar akan tercetus kekacauan akibat dari jentera-jentera petugas parti yang tak berpuas hati. Kejadian seperti ini bukanlah yang pertama kali berlaku. Pada pilihanraya negeri 2006, poster BN juga banyak dipotong seperti yang berlaku pada Piliharaya negeri kali ini. Semuanya terjadi dikawasan Dun Pujut, Miri Sarawak. Dengan kejadian yang berlaku ini, memang jelas menunjukkan inilah budaya politik DAP dan Pakatan yang diimport dari Semenanjung ke negeri Sarawak. Bukan saja DAP mahukan kuasa pemerintahan, tapi mereka juga menerapkan budaya samseng dan juga gengster kepada rakyat negeri ini. Bagaimanapun, calon BN Sarawak menunjukkan sifat matang beliau apabila menasihatkan penyokong BN-SUPP supaya tidak membalas perbuatan politik kotor pihak pembangkang. Calon BN itu membuat saranan supaya penyokongnya bersabar dan menyerahkan perkara ini kepada pihak Polis melakukan siasatan. Rakyat Sarawak perlu menimbang dengan teliti budaya yang cuba dibawa masuk oleh DAP ini. Perlu diingat, budaya DAP adalah budaya ganas dan keji untuk diterima oleh akal yang waras. |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan