Apo Kono Eh Jang! |
PRN Sarawak: Kahwin Pun Jadi Isu Politik? Posted: 06 Apr 2011 09:43 PM PDT Agaknya pembangkang ketandusan isu yang nak dibawa dalam pilihanraya Sarawak kali ini, ataupun nak menutup masalah sebenar yang melanda dikalangan komponen mereka, sehinggakan soal orang berkahwin pun menjadi isu politik. Sudahlah SNAP dan PKR tidak dapat bersatu hati dalam soal pembahagian kerusi, tolak ansur antara DAP dan PKR pula menyaksikan penyandang kerusi Pandungan dari PKR, Dominique Ng mengisytiharkan keluar parti sebagai protes kerana tidak dicalonkan semula. Macam mana nak perintah kerajaan kalau sesama komponen pun tak boleh nak selesaikan masalah sendiri? Bila dah ketandusan isu yang boleh diketengahkan, pembangkang mempersendakan perkahwinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan mempersoalkan status perkahwinan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pula. Masing-masing berkahwin dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi dan Datuk Lorna Enan Muloon. Apa yang masalah orang-orang ini kahwin? Dalam soal Ketua Menteri, apa yang jadi masalah kahwin dengan perempuan umur 30-an (atau late 20-an)? Hadi Awang satu ketika berkahwin dengan gadis umur 19 tahun sebagai isteri ketiga, siapa yang nak menjadikan isu? Masa itu kenapa tak panggil Hadi Awang lelaki tua tak sedar diri? Lantak dialah nak kahwin, bukan dia berzina dengan pelacur China macam si anu tu.. Begitu juga dengan Timbalan Ketua Menteri. Kalau dia nak merahsiakan status perkahwinannya atas alasan keluarga, itu adalah hak peribadinya. Perkahwinan adalah hak mutlak dirinya, siapa pihak pembangkang yang nak masuk campur dan menjadikan isu politik? Kalau dalam kes video panas ini boleh pulak cakap hal remeh tapi dalam masa yang sama, hal orang berkahwin secara sah dijadikan isu politik di Sarawak pulak. Tak remeh ke? Seperti mana kes pembunuhan Altantunya di Semenanjung, isu rasuah kononnya oleh Ketua Menteri ini juga adalah antara isu tanpa bukti tapi dicanang berkali-kali sehingga menimbulkan persepsi sama oleh sebahagian rakyat. Maka itu apa saja yang dibuat oleh Ketua Menteri (walaupun baik), akan diberi gambaran jahat bagi menyokong dakwaan tanpa asas mengenai rasuah tadi. Termasuklah dalam isu berkahwin ini tadi. Semua ini pada pendapat penulis adalah isu remeh yang tidak langsung berkaitan dengan soal perjalanan pilihanraya negeri Sarawak sekarang. Kalau yang terkena pada batang hidung pembangkang seperti isu video panas ini pandai pulak nak cakap soal dosa buat fitnah dan sebagainya. Tapi depa sendiri dok pertikai hal orang kahwin secara sah. Apa punya bankrap idea. |
Orang Sarawak pun tak kenal Presiden PAS… Posted: 06 Apr 2011 05:57 PM PDT Ketika penamaan calon bagi Dun Sadung Jaya, Abdul Hadi Awang telah dihalang masuk oleh pegawai-pegawai Polis yang berkawal di pintu masuk pusat penamaan. Walaupun ada penyokong PAS yang membantah, pihak Polis tetap dengan keputusan mereka. Hadi yang diiringi oleh penyokong-penyokong PAS yang berjumlah hampir 200 orang, kelihatan agak tergamam dengan kejadian tersebut. Mesti dia tak menyangka dia akan dihalang masuk bagi mengiringi calon PAS yang bertanding. Pihak Polis memberikan alasan Hadi dan para penyokong PAS harus menunggu semua wakil BN habis masuk terlebih dahulu, selepas itu barulah wakil dan penyokong PAS dibenarkan masuk. Ini yang membuatkan semua pengiring Hadi Awang naik angin. Rupa-rupanya, pegawai Polis terbabit tak kenal dengan Hadi Awang. Mereka tak tahu bahawa Pak Haji yang mereka tahan daripada memasuki pusat penamaan calon itu adalah Presiden PAS. Setelah bertegang leher dan dijelaskan oleh seorang ahli PAS yang mengaku sebagai seorang peguam bernama Khairuddin, barulah Hadi Awang dibenarkan masuk ke dalam. Itupun setelah pegawai Polis tersebut merujuk perkara itu kepada Orang Atasannya. Antara dialog tadi… Pegawai Polis: " maaf pak haji..saya tak boleh benarkan masuk.kena tunggu orang sebelah sana masuk dulu" Khairuddin : Ini bukan pak haji..ini tok guru kami..kenapa kami tak boleh masuk ? mana undang2 yang menyatakan kami tak boleh masuk? kami parti yang akan bertanding.." Pegawai Polis : "nanti saya masuk tanya di dalam.." Khairudin : "Saya lawyer ..saya tahu undang..: Polis : "Tak boleh ..tak boleh ..saya akan tanya di dalam..( sambil tangannya hendak menyentuh Tok Guru) Khairudin : (dengan suara keras)…" Jangan sentuh Presiden kami…" Setelah perkara ini dirujuk kepada Pegawai atasannya, Pegawai Polis tersebut membenarkan Hadi Awang masuk ke pusat penamaan calon. Ini menunjukkan bahawa bukan semua orang kenal dengan Presiden PAS. Lebih tepat lagi, PAS bukanlah parti popular di Sarawak hinggakan rakyat Sarawak sendiri tak kenal pada Presiden parti itu. Kalau Presiden sesebuah parti yang bertanding didalam Pilihanraya pun orang tak kenal, macam mana parti itu nak menang? |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan