Rabu, 6 April 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


PAS anggap rakyat Sarawak tak berwibawa.

Posted: 06 Apr 2011 06:05 AM PDT

Selesai sudah sesi penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak hari ini. Pertandingan menyaksikan semua 71 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Sarawak bertanding tanpa ada satu pun yang menang percuma.

Sebelum ini ada juga terdengar desas – desus dan khabar angin mengatakan terdapat beberapa kawasan yang menang tanpa bertanding. Khabar angin tersebut turut melibatkan kawasan DUN N.15 – Muara Tuang, Kota Samarahan.

Ianya disebabkan kekeliruan penyandang DUN tersebut, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud yang dikatakan gagal menyerahkan penyata perbelanjaan Pilihanraya yang lalu dalam sesi penamaan calon pagi tadi. Namun, kemelut itu selesai selepas penyata tersebut diserahkan kemudian.

Datuk Seri Mohamad Ali ini dicabar oleh seorang calon PAS bagi merebut kerusi DUN Muara Tuang ini. Wakil PAS ialah seorang wanita yang bernama Noraini Binti Hamzah, juga merupakan isteri kepada seorang bekas askar yang bertugas sebagai Pemandu di Unimas, Kuching Sarawak.

Dengar kata, Noraini ni hanya seorang suri rumah sahaja sepenuh masa. Namun yang menjadi persoalan dikalangan rakyat kawasan Muara Tuang ketika ditemui tengahari tadi mempersoalkan asal – usul beliau.

Jika dilihat pada nombor kad pengenalan beliau, jelas terpapar kod negeri yang mencurigakan. Dalam nombor kad pengenalan beliau jelas menunjukkan beliau berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim iaitu 03.

Ini bermakna beliau bukan berasal dari Negeri Sarawak yang memiliki nombor kod 13. Kekeliruan ini menimbulkan persepsi dikalangan masyarakat tempatan kerana ianya merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sarawak secara tidak lansung.

Apa yang dipertikaikan ialah, adakah PAS merasakan bahawa rakyat Negeri Sarawak dikawasan Muara Tuang ini tidak layak untuk menjadi wakil mereka? Apa keistimewaannya seorang warga Negeri Kelantan untuk jadi wakil kepada rakyat Sarawak di Muara Tuang ini?

Mereka juga turut mempersoalkan, bagaimana seorang rakyat yang bukan berasal dari Sarawak mahu memperjuangkan hak – hak mereka seperti yang digembar – gemburkan oleh puak – puak pembangkang selama ini?

Inilah diantara retorik dan dakyah pembohongan yang dibawa oleh puak – puak PAS ini ke Negeri Sarawak. Mereka secara tidak lansung mahu 'Meng'Kelantan'kan' rakyat Sarawak agar menjadi jumud dan hanya akur kepada 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am semata – mata.

Rakyat Sarawak ini tidaklah sebodoh yang disangka oleh puak – puak PAS ini sebenarnya. Mereka bukan mudah hendak diperbodoh – bodohkan dengan begitu sahaja. Jangan ingat mereka tidak tahu 'permainan' PAS dan puak – puak Pakatan Pembangkang ini di Sarawak!!!

PAS Patut Diharam Buka Sekolah

Posted: 05 Apr 2011 11:26 PM PDT

Toleransi tinggi kerajaan BN yang tidak mahu mempolitikkan bidang pendidikkan sehinggakan parti politik seperti PAS dibenar membuka sekolah pendidikkan awal dan rendah, nampaknya perlu dihentikan.

Kisah seorang pelajar yang mati pada Sabtu setelah koma 3 hari akibat dipukul seorang ustaz di sebuah sekolah kendalian PAS, sepatutnya menjadi pembuka jalan kepada usaha menutup sekolah-sekolah kendalian PAS.

Selain menjadi tempat menanam kebencian kepada kepimpinan negara, ustaz dan ustazah yang mengajar disana juga majoriti darinya tidak mempunyai kelayakan asas untuk mengajar. Tolak Cikgu Normala la.

Disamping nak menjana keuntungan untuk parti PAS.

Kalau yang lelaki cukup pakai ketayap dan boleh baca ayat-ayat al-Quran sikit dah boleh dipanggil ustaz manakala yang perempuan, cukup dengan tudung labuh, dah boleh dipanggil ustazah.

Yang paling penting mesti pemuja Nik Aziz, soal kelayakan lain tidak perlu.

Peliknya masih ada segelintir ibu bapa (dalam kes ini ibu bapa angkat) yang sanggup menggadai masa depan anak-anak ini dengan menghantar mereka ke sekolah yang diragui kelayakkanya untuk mengajar.

Pihak mana yang beri tauliah, pihak mana yang beri kebenaran? Ini yang pihak kerajaan perlu pantau. Sekarang tiada pemantauan dari pihak berkuasa menyebabkan perkara-perkara buruk berlaku sehingga meragut nyawa.

PAS dan keganasan bukanlah suatu yang baru. Memali, Jenalik semuanya ada berkaitan dengan PAS, belum lagi disebut keganasan jalanan seperti dapat dilihat dalam demonstrasi haram yang diisertai mereka.

Dan keganasan terbaru oleh guru sekolah kelolaan PAS ini sepatutnya bukan suatu yang mengejutkan.

Kita ada banyak sekolah-sekolah agama lain yang lebih teratur dari segi operasi dan kelayakan guru-guru mengajar, contohnya sekolah kendalian ABIM.

Tak ada sekolah kendalian PAS pun tak apa.

Kita gesa kementerian atau jabatan berkaitan mengambil tindakan pro aktif dengan menutup semua sekolah kendalian PAS dari terus beroperasi di negara ini.

Kalau rasa tindakan menutup itu keterlaluan, ketatkan pemantauan atau kebenaran beroperasi ditarik balik.

Tap rasanya elok tutup je.

Wan Azizah Juga Perlu Tukar Cermin Mata

Posted: 05 Apr 2011 06:51 PM PDT

Kami para penyokong UMNO amat-amat memahami kenapa Wan Azizah beria-ia menafikan bahawa imej lelaki bertuala dalam video yang tersebar semalam adalah suaminya – Anwar Ibrahim.

Walaupun KESEMUA orang yang melihat video tersebut yakin imej itu adalah suaminya, cuma ada isu perut, punggung, gerak geri dan sebagainyalah, tapi tiada siapa nafikan itu adalah Anwar.

Kalau ini benar, bukan maruah suaminya sahaja yang dalam bahaya, maruah dirinya, anak-anaknya dan cucu-cucunya, kesemuanya dalam keadaan tidak berapa nak cerah sekarang hasil penyebaran video tersebut.

Maka itu penafian itu tidak langsung mengejutkan kami.

Lagipun memang semua dalam PKR mempunyai denial syndrome ini, tak pedulilah berapa terang dan jelas sekalipun bukti yang ditunjukkan dimata mereka dan sebagai Presiden PKR, sudah tentulah Wan Azizah tidak ketinggalan mengalami sindrom yang sama.

Sebagai isteri, tentu lebih banyak yang Azizah boleh sebut mengenai tubuh badan suaminya seperti yang kelihatan dalam video tersebut tapi dalam kenyataan yang diberikan semalam, Wan Azizah hanya menyebut perkara-perkara umum saja seperti dibawah:-

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Soalnya, kenapa umum sangat?

Bukankah lebih baik Wan Azizah menggunakan peluang ini untuk menunjuk sesuatu yang hanya seorang isteri saja yang tahu ada pada tubuh badan suaminya? Kalau Johari Abdul yang bukan isteri pun boleh menerangkan punggong Anwar ada isi atau tidak ada isi, kenapa Wan Azizah tidak boleh mengenal pasti sesuatu yang unik pada tuboh badan suaminya (setakat yang tersebar semalam).

Nak tahu lebih lanjut, tonton video penuh yang ada pada polis, tapi Wan Azizah takut berdosa pulak ya (atau tak sanggup).

Memandangkan alasan penafian Wan Azizah begitu umum sedangkan semua yang melihat pun yakin individu bertuala dalam video tersebut ialah Anwar, maka kita yakinlah bahawa memang lelaki itu ialah Anwar.

Bila Wan Azizah tuduh UMNO/BN sebagai dalang tanpa ada bukti untuk menyokong dakwaannya itu, lagilah kita yakin.

Tiada ulasan:

Pengikut