Pengikut

Nuffnang

Sabtu, 26 Mac 2011

umno bahagian cheras

sumber :-

umno bahagian cheras


Percaturan politik pembangkang hancurkan generasi akan datang - Syed Ali

Posted: 26 Mar 2011 02:32 AM PDT
















DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, generasi akan datang dikhuatiri akan menjadi bangsa yang lemah dan tidak mampu lagi mempertahankan keutuhan negara bangsa akibat percaturan politik pakatan pembangkang.

Akibat daripada itu katanya, generasi akan datang terutamanya membabitkan umat Melayu akan terumbang-ambing dengan kuasa politik yang sudah terhakis disamping berterusan dijerut oleh kekangan ekonomi.

"Inilah yang dibimbangi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang melihat masa depan generasi akan datang harus diperkukuhkan dengan nilai-nilai jati diri, mempunyai sifat keberanian dan bertanggungjawab mempertahankan maruah agama serta bangsa," tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, pertelagahan politik sesama bangsa Melayu berpunca daripada sikap satu puak yang sanggup menghalalkan cara dan mempertaruhkan kepentingan rakyat demi untuk memuaskan nafsu politik peribadi.

"Inilah puak yang tidak boleh menerima hakikat, dibelit oleh rasa dendam kesumat terhadap UMNO dan begitu kemaruk untuk berkuasa sehingga sanggup menggadaikan masa depan genarasi akan datang," tegasnya.

Sehubungan itu kata Syed Ali, ingatan Perdana Menteri supaya rakyat jangan memperjudikan masa depan generasi akan datang harus diberikan perhatian serius.

"Najib melihat kepentingan masa depan rakyat negara ini harus diutamakan dan dijadikan agenda penting dalam perjuangan parti, "tegasnya.

Sambil menyokong penuh saranan Najib itu, Syed Ali menjelaskan masa depan serta survival parti hanya bertambah kukuh dengan disokong oleh generasi Melayu yang bertanggungajawb.

Serentak itu beliau menyelar pakatan pembangkang yang menjadikan fitnah, isu perkauman dan agama untuk menarik sokongan rakyat.


Satu puak yang sanggup khianati masa depan Melayu dan negara kerana nafsu politik serakah untuk jadi PM

Katanya, pembangkang sanggup menggadaikan hak ketuanan Melayu, bertopengkan agama untuk memecahbelahkan perpaduan umat dan sengaja membangkitkan sentimen perkauman dalam usaha mereka untuk menghacurkan kestabilan politik di negara ini.

"Majoriti rakyat negara ini sebenarnya sudah menolak permainan politik pakatan pembangkang yang tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada keseluruhan rakyat pelbagai kaum," ujarnya.

Lagipun tegas beliau, perjuangan pembangkang sudah tidak pernah konsisten, tidak ada halatuju untuk membela nasib dan masa depan rakyat, sekadar berjuang untuk memuaskan nafsu politik seorang individu yang terlalu gilakan jawatan Perdana Menteri," tegasnya lagi.

Beliau mendedahkan bagaimana pakatan pembangkang sejak kebelakangan ini semakin aggresif menggunakan pelbagai bentuk propaganda termasuk menerusi media baru seperti portal berita, facebook dan sebagainya untuk menabur fitnah memburukkan kerajaan dan pemimpin UMNO.

Menurutnya lagi, kemuncak kemarahan dan kekecewaan pembangkang ialah apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dilihat menjadi halangan besar kepada pakatan pembangkang.

Oleh sebab itu katanya, pakatan pembangkang mula menyebarkan pelbagai cerita fitnah, dakyah karut dan persespsi jahat untuk memburukkan kepimpinan Najib termasuk serangan berbentuk peribadi.

"Inilah kerja pembangkang dan rakyat tidak seharusnya terpedaya dan berasa seronok dengan segala macam janji dan pembohongan yang ditaburkan oleh pembangkang terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," tegasnya.









0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian