Jumaat, 25 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Syed Ali kecam Saifuddin lempar fitnah terhadap Mahathir & Najib dalam isu video seks

Posted: 25 Mar 2011 07:56 AM PDT

PKR semakin terdesak apabila menuduh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab dalam skandal video seks yang dikatakan membabitkan seorang ketua pembangkang.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tuduhan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution menerusi portal berita pro-pembangkang - The Malaysian Insider bahawa Dr.Mahathir dan Najib terbabit adalah karut dan fitnah semata-mata.

"Bagaimana dia boleh menuduh Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri bertanggungjawab dalam video seks untuk menjatuhkan Anwar? sedangkan UMNO langsung tiada kaitan dalam isu tersebut.

Beliau menjelaskan, Anwar bukannya seorang tokoh politik yang hebat yang perlu ditakuti UMNO sehingga terpaksa melakukan perbuatan tersebut.

Ini katanya, membuktikan pemimpin PKR semakin panas dan cuba mengelirukan rakyat kononnya segala yang berlaku adalah hasil konspirasi UMNO.


"Memang mereka yang mengakui terbabit dalam pendedahan video seks tersebut adalah merupakan bekas pemimpin UMNO, tetapi itu tidak bermakna Najib dan Dr. Mahathir terbabit," tegasnya.

Syed Ali tidak fikir bagaimana Dr. Mahathir sanggup berbuat demikian sedangkan beliau kini bukan lagi Perdana Menteri dan seorang negarawan dihormati rakyat.

Selain itu katanya, tuduhan terhadap Najib juga adalah sebahagian daripada strategi jahat PKR menjelang PRU dengan mensasarkan serangan peribadi kepada pemimpin UMNO.

"Kalau dia boleh mnuduh UMNO terbabit, maka kita juga boleh menuduh sebenarnya pihak pembangkang sengaja merekacipta video seks berkenaan untuk memberitahu dunia bahawa Anwar telah dizalimi," tegasnya.

Beliau mempersoalkan kenapakah tidak sampai tempoh 24 jam pendedahan video seks itu secara tergesa-gesa pula Anwar mengadakan sidang media tergempar menegaskan bukan beliau lelaki yang digambarkan dalam aksi lucah itu.

Katanya, pendedahan awal kepada wartawan terpilih tidak menyatakan identiti lelaki berkenaan, dikenalpasti sebagain seorang pemimpin utama sebuah parti pembangkang.

"Saya hairan kenapa Saifuddin tidak menjelaskan kepada rakyat mengapa secara tiba-tba pula Anwar membuat penafian sedangkan orang ramai tidak tahu siapa lelaki berkenaan," tegasnya.

Sehubungan itu kata beliau, apabila Saifuddin menuduh Najib dan Dr. Mahathir sebagai perancang untuk menjatuhkan Anwar, bermakna beliau seperti mengesahkan bahawa Anwar kemungkinan terbabit dalam video seks tersebut.

"Mengapa dia kaitkan Dr. Mahathir dan Najib ? mengapa dia tuduh kes liwat kali pertama Anwar adalah konspirasi jahat Dr,. Mahathir dan Najib pula merancang dalam kes Saiful Bukhari," tegasnya sambil menyifatkan Saifuddin terpaksa membersihkan air muka Anwar yang kini kelemasan.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa jalan terbaik untuk Anwar membersihkan dirinya adalah dengan bersumpah lafaz nama Tuhan, sepertimana yang turut dinyatakan oleh para ulama.

"Memang seseorang itu boleh berlindung kepada proses perundangan, tetapi dalam masa yang sama seorang Islam itu cara terbaik untuk membersihkan harga diri adalah dengan bersumpah nama Tuhan dan bersaksikan kita suci al-quran," tegasnya.

Mengenai tuduhan Saifuddin bahawa Dr. Mahathir dan Najib sebagai penyubur budaya fitnah di negara ini, Syed Ali berkata Saifuddin sengaja memutarbelitkan fakta.

Sebaliknya Syed Ali berkata, pelopor budaya rasuah dan menyogok wang berleluasa di dalam UMNO dimulakan oleh Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

"Oleh sebab itu, apabila Anwar dipecat daripada UMNO, beliau mempelopori pula budaya politik keganasan dengan berarak di jalan raya manakala penggerak reformasi menggunakan duit yang disangsikan sumbernya," ujarnya.

Katanya lagi, banyak rakan-rakan karib Anwar termasuk Saifuddin yang telah mendapat habuan semasa Anwar berkuasa ada yang terpaksa meninggalkan negara ini apabila aktiviti mereka disisasat pihakberkuasa.

Tambah beliau lagi, Saiffudin juga sepatutnya mengumumkan sebanyak mana aset dan kekayaan yang telah dikumpulkan oleh Anwar semasa memegang jawatan Menteri Kewangan sepertimana yang didesak oleh rakyat.








Posted: 25 Mar 2011 07:49 AM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut