Khamis, 17 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


‘ Sampel DNA akan jawab tuduhan konspirasi jatuhkan Anwar – Syed Ali

Posted: 16 Mar 2011 09:28 PM PDT



DESAKAN pelbagai pihak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksribonukleik (DNA) bukan bermotif politik sebaliknya bagi membuktikan dakwaan beliau tidak terbabit dalam kes liwat adalah benar, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, selama ini Ketua Umum PKR itu menuduh kes liwatnya adalah sebahagian daripada konspirasi UMNO untuk membunuh kerjaya politknya.

"Jika beliau bebas membuat tuduhan bahawa kes liwatnya bermotifkan politik, serahkanlah sampel DNA bagi membuktikan kebenarannya," tegas beliau.

Menurutnya, kebenaran hanya akan terjawab apabila sampel DNA diserahkan kepada pihak pendakwa dan Anwar tidak perlu terlalu takut jika yakin dirinya tidak pernah terbabit dalam aktiviti moral yang menjijikkan.

"Bagaimana beliau ingin menjadi seorang Perdana Menteri jika dalam isu ini pun masih berdolak-dalik, berbohong dan cuba menyembunyikan diri daripada kebenaran," ujarnya.

Nik Aziz sepatutnya nasihatkan Anwar

Oleh sebab itu katanya, dakwaan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin bahawa desakan pelbagai pihak supaya Anwar menyerahkan sampel DNA bermotif politik, hanya bertujuan untuk menutup rasa malu Anwar.

"Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, apakah Anwar dan Shamsul tidak ada sedikit pun perasaan malu kerana terpaksa berhempas pulas untuk menutup kebenaran disebalik sampel DNA tersebut," soal beliau.

Katanya, sudah menjadi 'tugas' Shamsul untuk mengaitkan UMNO terhadap apa jua isu yang menyentuh kepentingan politik Anwar.

Sepatutnya kata Syed Ali, Shamsul menasihati Anwar supaya menyerahkan sampel DNA itu bagi membuktikan dirinya bersih, telus dan bertanggungfjawab.

"Persepsi orang ramai adalah kenapa Anwar takut sangat untuk serahkan sampel DNA, biasanya seseorang itu takut kerana bersalah," tambahnya.

Dalam hubungan ini, beliau mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihati Anwar supaya memenuhi desakan orang ramai bagi menamatkan isu DNA tersebut.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang kononnya dianggap sebagai 'tok guru', Nik Aziz harus membuat teguran manakala Anwar pula perlu mematuhinya.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, jika Anwar sekadar menyifatkan Nik Aziz sebagai 'tok guru murahan' sudah tentu beliau tidak akan mendengar sebarang nasihat atau pandangan Menteri Besar Kelantan itu.

Tiada ulasan:

Pengikut