Selasa, 8 Mac 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


BN tidak rugi pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan keluar parti

Posted: 08 Mar 2011 06:17 AM PST

TINDAKAN pemimpin pusat parti Gerakan, Dr. Hsu Dar Ren bertindak keluar daripada parti itu berkuatkuasa hari ini (Selasa) tidak menjadi kerugian besar kepada Barsian Nasional (BN), kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, beliau bukanlah pemimpin utama Gerakan disamping langsung tidak mempunyai pengaruh serta pengikut terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

"Jadi, kita tidak berasakan satu kerugian besar bila dia bertindak keluar daripada Gerakan dan turut meletakkan jawatan sebagai pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan," uajrnya.

Bagaimanapun beliau menyelar Dr. Hsu yang menyalahkan UMNO punca beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Gerakan.

Dr. Hsu dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Malaysiakini hari ini menunding jari kepada UMNO yang menurutnya mendominasikan kuasa politik dalam BN.

Dalam hal ini kata Syed Ali, tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali dan beliau berbuat demikian kerana ingin mencarin populariti.

Katanya, UMNO sentiasa menghormati kepentingan rakan komponen dalam BN berasaskan kepada perkongsian kuasa yang dipersetujui bersama.
"Kadangkala UMNO terpaksa mengalah terhadap sesuatu isu demi kepentingan BN, tetapi kita tidak pernah melatah dan menyalahkan pihak lain," tegasnya.

Beliau mendedahkan bahawa Dr. Hsu yang juga Ketua Gerakan Cheras sebenarnya tidak dikenali ramai terutama dalam kawasan Parlimen Cheras kerana beliau tidak pernah turun padang.
Beliau memberitahu, Dr. Hsu juga selama menjadi Ketua Gerakan Cheras tidak pernah membabitkan diri dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh BN Cheras,
"Malah beliau juga tidak pernah menganjurkan sebarang program Gerakan di peringkat bahagian," katanya.

"Siapa Dr. Hsu ? selama berada dalam Gerakan orang ramai termasuk kaum Cina sendiri tidak mengenali beliau disebabkan tidak pernah mengambil tahu masalah masyarakat setempat," jelasnya lagi.

Sehubungan itu beliau berpendapat BN Wilayah Persekutuan tidak perlu merasakan satu kehilangan beasr dengan tindakan Dr.Hsu keluar daripada Gerakan.

Dalam pada itu, Syed Ali mengingatkan pemimpin komponen supaya tidak membuat tuduhan melulu terhadap UMNO apabila timbul sesuatu isu yang membabitkan kepentingan parti mereka.

"Kita ada saluran dan apa jua masalah dan ketidakpuashatian perlulah dibawa berbincang, bukannya menyalahkan pihak lain," katanya.

GOLONGAN LIBERAL PAS SEMAKIN MELUAT KEPADA NIK AZIZ

Posted: 07 Mar 2011 07:47 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya belajar untuk menerima realiti bahawa parti itu tidak selama-lamanya mendapat sokongan orang Melayu.

Ini kerana orang Melayu dan umat Islam amnya sudah sedar betapa perjuangan PAS selama ini sebenarnya tidak jujur, hanya berselindung disebalik 'membangun bersama Islam' untuk meneruskan agenda politik mereka.

Pada hemat saya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan liabiliti kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR), maka begitu jugalah Nik Aziz yang sejak akhir-akhir ini menjadi duri dalam daging kepada PAS.

Pemimpin muda Pas yang berfahaman liberal sememangnya sudah meluat dan bosan dengan telatah 'orang tua' seperti Nik Aziz yang berada dalam kategori 'nyanyuk' kerana tidak boleh ditegur dan pantang menerima pandangan orang lain

Golongan kiri dalam PAS sebenarnya sudah tidak lagi menghormati pendirian Nik Aziz yang banyak bersalut dengan emosi kebencian dan bersifat dendam kepada UMNO.

Mereka yang berfahaman liberal lebih bersifat terbuka dan boleh berbicara mengenai perpaduan umat Melayu tanpa batasan politik, sedangkan Nik Aziz yang sudah 'nyanyuk' itu menentang sekeras-keranya kerana merasakan gelaran 'tok guru' kepada beliau akan tergugat.

Oleh sebab itu, tidak menghairankan apabila Nik Aziz dengan sifat angkuhnya menuduh kemenangan BN / UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kerdau dan Merlimau Ahad lalu kerana amalkan taktik kotor.

Nik Aziz sukar terima ketentuan Illahi

Nik Aziz yang mengaku tidak menghalalkan kemenangan tersebut mendakwa BN telah menggunakan agensi kerajaan termasuk media arus perdana untuk berkempen.

Inilah sikap anggkuh Nik Aziz. Enggan menerima hakikat bahawa sokongan orang Melayu kepada parti itu sebenarnya sudah terhakis dan salah satu penyebabnya pengundi meluat dengan cerita retorik Menteri Besar Kelantan itu.

Berbeza dengan Pengarah Pilihan Raya PAS di Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang secara terbuka mengakui punca kekalahannya disebabkan jentera kempen yang lemah.

Begitu juag dengan dua lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang menjelaskan kekalahan itu tidak memberi kesan kepada parti dan beberapa pendekatan baru perlu dicari sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang kemungkinan akan diadakan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, saya beranggapan pandangan Mahfuz dan Salahuddin lebih waras berbanding dengan Nik Aziz. Mereka tidak dirasuk oleh sifat kebencian dan egoistik melulu.

Sepatutnya, Nik Aziz yang sudah 'nyanyuk' itu bermuhasabah diri, mencari di mana punca yang menyebabkan orang Melayu semakin bosan dan benci kepada PAS yang dilihat begitu terserlah dengan permainan sandiwara politik.

Sebagai orang yang mendabik dada dengan gelaran 'tok guru' sepatutnya bersyukur dengan qadha dan qadhor Tuhan terhadap apa jua keputusan di Merlimau dan Kerdau.


Menteri Besar Kelantan itu perlu sedar bahawa telatah politiknya selama ini telah menimbulkan rasa benci orang Melayu terutama umat Islam.

Beliau juga yang bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan umat Islam apabila sewenang-wenangnya memainkan isu syurga dan neraka.

Malah pengikut dan penyokong PAS terutama di peringkat akar umbi juga sebenarnya sudah menolak kepimpinan Nik Aziz, tetapi takut untuk dizahirkan secara terbuka demi menjaga kredibiliti parti yang mereka sokong.

Penyokong PAS akar umbi tolak kepimpinan Nik Aziz

Pemimpin dan tokoh-tokoh agama di negara ini juga kecewa dengan keangkuhan Nik Aziz yang bila-bila masa dan di mana sahaja boleh mengeluarkan hukum untuk mengkafirkan sesama umat Islam terutama mereka yang menyokong UMNO.

Malah amat keterlaluan apabila Nik Aziz yang sudah 'nyanyuk' itu terlalu ghairah membuat perbandingkan dirinya dengan Rasulullah S.W.A. yang seperti cuba memberi gambaran bahawa beliau adalah manusia terpilih yang boleh mengeluarkan apa sahaja fatwa.

Dalam pada itu, saya juga tertarik dengan keputusan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan baru-baru ini yang memutuskan segala bentuk perjudian diharamkan manakala aktiviti penjualan arak akan dikawal dan lesen untuk premis perjudian tidak dikeluarkan lagi.

Keputusan itu ternyata telah mendapat bantahan daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Ketua Pemuda Sosialisnya, Anthony Loke yang mendakwa boleh menjejaskan sokongan orang Cina terhadap PAS.

Isu tersebut sama seperti yang pernah berlaku di Selangor, sebuah negeri yang ditadbir oleh PR tetapi kuasa penuhnya berada dalam genggaman DAP yang menyaksikan Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim sekadar 'patung bernyawa'.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali pernah dikecam hebat oleh pemimpin PR terutama DAP di Selangor gara-gara menentang penjualan arak secara bebas dan terbuka di negeri berkenaan.

Justeru itu, saya tidak fikir Nik Aziz sanggup bertegang leher dengan Karpal Singh kerana sejarah sudah membuktikan bahawa PAS adalah sebuah parti 'bacul' apabila terpaksa tunduk kepada Karpal Singh yang pernah menegaskan :

"langkah mayat saya dulu jika PAS ingin tubuhkan sebuah negara Islam".

Di mana pendirian PAS yang sebelum itu begitu lantang mencanangkan akan melaksanakan Hukum Hudud dan pembentukan sebuah negara Islam setelah digertak oleh DAP ?

Golongan sekular PAS jadikan Turki sebagai asas singkirkan pemimpin feudal

Iktibar daripada itu jelas membuktikan bahawa pendirian Nik Aziz dalam banyak perkara yang melibatkan kepentingan umat Islam adalah seperti sifat 'sesumpah' yang boleh berubah mengikut keadaan dan musim.

Sudah berapa kali saya tegaskan bahawa Nik Aziz bukanlah seorang ulama yang konsisten dan berpendirian tegas. Ini kerana apabila berada di dalam kelompok orang Melayu, beliau akan mempertahankan perjuangan berdasarkan al-quraan dan hadis.

Tetapi apabila berada di dalam kandang DAP (Cina), dia dengan bangganya akan berkata bahawa PAS sentiasa bertolak ansur dan tidak mementingkan bangsa atau keturunan.

Inilah pendekatan Nik Aziz yang bakal melenyapkan ketuanan Melayu dan raja-raja Melayu di negara ini.

Dalam hal ini, gelombang kebangkitan rasa marah dan kecewa golongan liberal dalam PAS seperti sukar dibendung lagi.

Golongan muda yang berfahaman sekular mula sedar betapa Nik Aziz bukanlah ulama muktabar yang perlu diagungkan-agungkan lagi.

Inilah kebangkitan protes penyokong dan pengikut PAS terhadap Nik Aziz dengan menjadikan reformasi politik di Turki dan beberapa negara di Timur Tengah sebagai aspirasi untuk mereka menyingkirkan golongan feudal dalam PAS.

Para pemimpin PAS terutama Nik Aziz cuba menyembunyikan keresahan tersebut daripada diketahui rakyat kerana khuatir, kebangkitan golongan liberal berfahaman sekular dalam PAS akan menyebabkan beliau turut tersungkur.

Tiada ulasan:

Pengikut