MACAM MACAM RAGAM Posted: 29 Mar 2011 07:24 PM PDT
KES 2. VIDEO CLIP CHUA SOI LEK
KES 3. (PAS JUARA)
Posted on Ogos 19, 2010 by Pelapor Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari mencadangkan supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Khas bagi menyiasat aduan MAS terhadap terhadap Tajudin Ramli serta konco-konconya.
Foto - Harakah Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mencadangkan supaya Suruhnjaya menyiasat aduan MAS terhadap Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negara serta PDRM amnya dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial PDRM khasnya. "Suruhanjaya perlu menyiasat kecurangan SPRM didalam memaklumkan kepada PDRM akan aduan daripada MAS itu dan menyiasat siapa dalang-dalang yang melindungi Tajuddin Ramli dan konco-konconya," katanya dalam satu kenyataan bertulis di Parlimen hari ini selepas bertemu pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kenyataan penuh beliau adalah seperti berikut:-
Kenyataan Media YB Salahuddin Ayub Naib Presiden PAS/ Ahli Parlimen Kubang Kerian 19 Ogos 2010/ 9 Ramadhan 1431
KES 4 TEO BENG HOCK. (DAP JADI JUARA)
KES 5.
KES 6 VIDEO KLIP TERKINI.
Suruhanjaya Diraja siasat video seks...apa kata Nazri Aziz Menteri Dijabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Dewan Rakyat petang Selasa soal penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk siasat kes video seks hanya akan ditentukan selepas pihak polis selesaikan menjalankan siasatan keatasnya.Beliau kata demikian semasa jawab soalan Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju Wee Choo Keong yang mahu kerajaan tubuh segera suruhanjaya itu tanpa tunggu siasatan polis selesai.kata Nazri tidak timbul soal kerajaan takut atau tidak tetapi ini untuk menjaga intregriti siasatan polis.-29/3/2011
APA KATA RAKYAT:
Pertimbang Syor Rakyat Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Video Seks APA KATA KAWAN BAIK
KATA PRESIDEN PAS
APA KATA NIK AJIS.
APA KATA DAP ?
Kit Siang: Politics has sunk to gutter levelBy Melissa Chi March 29, 2011 Lim said the sex video scandal has been condemned by all right-thinking Malaysians. — File pic KUALA LUMPUR, March 29 — DAP parliamentary leader Lim Kit Siang today said the recent sex video scandal allegedly involving Datuk Seri Anwar Ibrahim showed that politics had hit rock bottom. Lim also attacked the government and the home minister for "defending" Datuk T, the trio behind the sex video expose. The Ipoh Timor MP pointed out that on Sunday the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak claimed success in its first annual report of the Government Transformation Programme (GTP) particularly in the six pillars or National Key Result Areas (NKRAs). "All these NKRAs, whether in fighting corruption or reducing crime, can be challenged but one NKRA which the Najib administration has indisputably achieved is the plunge of Malaysian politics to the lowest and dirtiest gutter level in the nation's history. "The lowest and dirtiest gutter politics was reached in the shameful and despicable Carcosa Seri Negara sex video tape screening scandal which has been condemned by all right-thinking Malaysians," he said. The video first made headlines on March 21 when an unidentified man, known only as "Datuk T", screened the clip to the media at the Carcosa Seri Negara hotel here. Anwar and Pakatan Rakyat (PR) lawmakers have since disputed the authenticity of the video clip, claiming it was a part of a conspiracy by Umno to topple the opposition leader ahead of the coming Sarawak polls. Two days later, PKR MP Datuk Johari Abdul unmasked "Datuk T" and revealed that Datuk Shazryl Eskay Abdullah and Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik were behind the recording. Johari said he had been invited by the duo to view the recording last Monday and was later enticed to defect to Umno. Immediately after Johari's revelation, Shazryl and Abdul Rahim convened a press conference of their own to admit that they were behind the clip. They also claimed that "Datuk T" referred to the word "Trio" and named themselves, as well as Johari's uncle, Datuk Shuib Lazim, who is also Perkasa treasurer and a former Umno senator, as a part of the threesome. Lim said he was shocked that Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz has come to the defence of the "criminals" when he said that the "Datuk T" trio responsible for the shameful and despicable Carcosa scandal can be protected under the Witness Protection Act and Whistleblower Act. "Even before the police have taken action against the 'Datuk T' trio under various laws of the country, the Barisan Nasional government has come to their defence and even granting them immunity and impunity for their crimes. "Under these circumstances, who can have confidence that current investigations into the Carcosa Seri Negara scandal will be fair, professional and in the full national interests. Even top police officials do not have such confidence," he said. Lim pointed out that the Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) had described the scandal as the "mother of all moral scandals" perpetrated by titled personalities and so-called leaders. The council yesterday demanded the government take "swift action" against those responsible for the sex video. Lim also said that the MCCBCHST declared that the Carcosa scandal does not inspire the younger generation to trust in the political process or to observe cultural, religious, social and moral norms. "I fully agree with Dr Paul Tan Che Ing, the Catholic bishop of the Malacca-Johor diocese and who is also president of the Catholic Bishops Conference, who has issued a very stern warning about the far-reaching implications of the Carcosa scandal," he said. According to Lim, Tan had said that if the authorities do not take action against those responsible when laws are flagrantly flouted, then they are engendering a situation where "fair is foul and foul is fair".
|
|
KUASA POLITIK MENENTUKAN SEGALANYA Posted: 29 Mar 2011 06:27 PM PDT Ketua Wira Perkasa letak jawatan Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL
Arman Azha Abu Hanifa mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Wira Perkasa untuk aktif dalam politik tetapi kekal sebagai ahli seumur hidup. Pada sidang media di Kuala Lumpur, Selasa, Arman juga menepis anggapan yang mengatakan dia meletak jawatan kerana kecewa. "Saya meletak jawatan bukan kerana kecewa tetapi atas prinsip untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Untuk melakukan apa-apa perubahan, kita perlukan kuasa politik. "Hanya dengan kuasa politik sahaja kita boleh memastikan kuasa, hak dan martabat Bumiputra di negara kita akan tercapai. Tanpa kuasa politik, walaupun kita desak, apa jua perjuangan kita tak akan tercapai," katanya. Diminta mengulas khabar angin yang mengatakan punca dia meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat projek besar, Arman menganggapnya sebagai fitnah. "Ini semua fitnah. Saya tidak pernah melobi apa apa projek dan tak terfikir tentang projek selama berjuang dengan Perkasa," katanya. Pada sidang media itu juga Arman memaklumkan menerima tawaran daripada parti kerajaan, pembangkang serta beberapa NGO. "Memang ada beberapa pihak datang menemui saya menawarkan jawatan dalam parti, tetapi saya belum bagi kata putus. Saya bukan memburu jawatan. Saya mahu menyertai parti yang memperjuangkan prinsip agama, bangsa dan negara. "Tetapi mana ada parti politik yang benar-benar memartabatkan agenda agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air? Sampai saat ini saya belum memberi kata putus. Saya kena lihat dulu parti mana yang benar-benar membawa prinsip seperti yang saya perjuangkan," katanya. Arman juga mengetepikan soalan sama ada dia mempunyai cita-cita menjadi wakil rakyat. "Buat masa ini saya tak terfikir nak jadi wakil rakyat. Bagi saya perjuangan bukan terletak pada jawatan. Jawatan tak penting. Hari ini saya buktikan. Kalau saya gila kedudukan, saya tidak akan letak jawatan," tambahnya. Menurut Arman dia telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menerusi faks dan SMS. Arman juga mengesahkan Ketua Wiranita, Raihan Sulaiman Palestine juga meletakkan jawatan serentak dengannya. Arman berkata keputusan meletak jawatan difikirkan sejak tiga bulan lalu dan keputusan muktamad hanya dibuat malam tadi (Isnin) setelah dia solat istiharah Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Petaling Jaya, berkata tidak takut dikenakan tindakan disiplin oleh parti kerana kelantangannya menyuarakan pendapat. "Jika saya dipanggil biro disiplin, saya reda, tetapi mereka harus menunjukkan sikap keterbukaan menegur dan sebagainya. Jika kita tidak boleh menegur dasar dan sebagainya, baik jangan buat parti politik. Baik buat pemerintahan diktator," katanya. – 29/03/11. |
|
Rayat Enggai “Antu Jembalang” Bejegau Ba Menua Tok Posted: 29 Mar 2011 06:24 PM PDT Rayat Enggai "Antu Jembalang" Bejegau Ba Menua Tok 0Share
Diatu semua bekalih ngagai Sarawak ti deka bepilih kena 16 April tok ila. Aku ari siko rayat Sarawak nemu nama utai ti nyadi ba menua aku enggau penatai bansa bukai ti datai kitu ya ke semina ngejai ke perintah.
Aku amat setuju enggau jako pemerintah tertinggi BN ti madah ka nembiak Sarawak patut nolak "antu jembalang" ti mayuh datai ari menua Semenanjung. Sida deka nyual ubat ti nadai mai penguntung agai rayat.
Antu jembalang enggau penjual ubat tok semina deka ngerusak ka penyerakup bansa ti udah bisi ba menua tok laban penyerakup semua bansa tok meh penting dalam neguh ke politik serta pengelikun menua enggau rayat.
Aku enggau rayat Sarawak ke bukai ba seluruh menua deka ke pengelikun awak ke terus mansang dalam timpuh ti ka datai. Kami terus ka nyadi ke menua kami menua ti mansang serimbai enggau menua mansang ti bukai.
Rayat Sarawak enda mudah dikemelik ka tajapan antu nya deka ngaga mayuh macam utai ti ngasuh rayat nyukung parti penyakal. Kepala Menteri udah meri bukti ari Gagasan 1 Malaysia , Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.
- SEPATING BUNGAI - Terjemahan
Rakyat Tak Mahu Hantu Jembalang Berkeliaran
Saudara Pengarang
Sekarang ini semua tumpuan beralih ke Sarawak yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri pada 16 April nanti. Sebagai rakyat Sarawak, saya tahu apa yang berlaku di negeri saya dan juga kelibat orang asing yang datang ke sini untuk memburuk-burukkan Kerajaan.
Saya sangat setuju kata-kata pemimpin tertinggi BN bahawa penduduk Sarawak perlu menolak "hantu dan jembalang" yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri ini. Mereka hanya mahu jual ubat apatah lagi ubatnya langsung tidak mujarab.
Hantu jembalang dan penjual ubat ini hanya mahu menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, sedangkan inilah asas terpenting kepada kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara.
Saya dan rakyat Sarawak lain malah di seluruh negara mahukan keamanan berterusan agar kami terus maju dan berkembang. Kita mahu terus berada dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia.
Rakyat Sarawak tidak mudah diperbodohkan biarpun hantu dan jembalang itu akan berbuat apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang. Perdana Menteri telah buktikan melalaui Gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. - SEKUNTUM BUNGA -
layari www.1Sarawak.com.my |
|
RASANYA RAKYAT TIDAK BOLEH DI PERBODOHKAN OLEH BUKU JANGGAL Posted: 29 Mar 2011 06:17 PM PDT Tak Perlu Tukar Kerajaan Hanya Kerana 'Gula-gula' Buku JinggaSumber rujukan PPUBJ : Mungkin penyokong tegar pembangkang boleh percaya buku janggal yang diperkenalkan oleh pembangkang sebab mereka sudah tutup pintu hati, pintu akal dan pintu mata mereka. Tapi kena ingatlah rakyat kini semakin dan bertambah sedar mengenai pembohongan ini. Satu kali kena 'tipu 'iaitu 16 Sept kini 'menipu' kali kedua pula? Apa kata survey?Oleh: Ropikah Ahmad
KUALA LUMPUR, 25 Mac – Penganalisis politik tanah air, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat melihat tindakan pakatan pembangkang yang mengutarakan buku jingga sebagai satu alat untuk dijadikan gula-gula politik bagi mendapatkan sokongan untuk menukar pentadbiran negara. Katanya, jika diamati secara keseluruhan kandungan buku tersebut hanyalah satu cubaan transformissional pakatan pembangkang untuk cuba mengubah status quo kerajaan sedia ada. "Dalam bahagian pertama, buku ini menyebut tentang perubahan yang dilihat dari sudut politik ialah daripada Barisan Nasional kepada pakatan pembangkang sedangkan jika difikirkan secara wajar, alasan-alasan yang diutarakan dan fakta yang diberikan dalam buku tersebut hanyalah bersifat marginal sahaja," katanya. Terangnya lagi, buku jingga yang diperkenalkan oleh PKR pada satu konvensyennya tahun lepas dianalisis melalui pembahagian kepada lima perkara iaitu perubahan pentadbiran, kononnya negara dalam keadaan krisis, keadilan sosial, program 100 hari dan juga hak agama Islam serta orang-orang Melayu. "Mereka menyebut bahawa negara sekarang sedang berdepan dengan krisis misalnya dalam sudut ekonomi, institusi pentadbiran negara, ketegangan kaum, pendidikan dan lain-lain lagi sedangkan apa yang digambarkan oleh mereka bukanlah memperlihatkan keadaan yang sebenar. "Kita lihat ekonomi negara terus berkembang biarpun berlaku kenaikan bagi sesetengah barangan keperluan yang tentunya ekoran daripada kenaikan harga pasaran dunia tetapi secara keseluruhannya kerajaan masih mampu mengawal selain memberikan subsidi ke atas barang-barang terbabit." Jelasnya lagi, pakatan pembangkang sengaja melihat kepada kepincangan yang terlalu kecil untuk dijadikan modal dan diperbesar-besarkan kononnya rakyat secara keseluruhannya menanggung beban ekoran daripada kerajaan yang zalim. "Jika mereka bercakap soal bebanan rakyat, maka bebanan yang bagaimana sedangkan rakyat negara ini secara keseluruhannya masih mampu bebelanja dengan baik meliputi barang keperluan dan memenuhi sesetengah kehendak. "Mereka mengutarakan kononnya berlaku ketegangan kaum sedangkan realitinya, berdasarkan kepada konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kita dapat melihat hubungan antara kaum semakin akrab dan tidak ada sebarang pergolakan berlaku," tegasnya. Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menegaskan juga bahawa keadilan sosial yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang hanyalah gambaran mereka sebagai cubaan untuk mengaburi rakyat agar menolak BN sebagai kerajaan. "Memang tidak dinafikan wujud kekurangan tetapi ia terlalu kecil jika dibandingkan dengan apa yang kita telah bina selama ini. Untuk apa kita mahu musnahkan sebuah kerajaan yang telah mantap sedangkan kita mempunyai peluang untuk membuat penambahbaikan," jelasnya. Tambahnya lagi, pakatan pembangkang ini cuba mewujudkan jurang antara masyarakat dalam cubaan mereka untuk meruntuhkan kerajaan BN. "Mereka menjanjikan kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak sekiranya berkuasa dengan gambaran seolah-olah kerajaan pusat mengawal sepenuhnya negeri-negeri terbabit. "Lebih bahaya lagi untuk jangka masa panjang ia akan mewujudkan hubungan yang negatif antara Semenanjung dengan dua negeri di Malaysia Timur tersebut." Selain itu, program 100 hari yang diuwar-uwarkan oleh pembangkang juga adalah sesuatu yang sangat tidak munasabah untuk diaplikasikan. "Dalam hal ini mereka menyebut berkaitan SPR, SPRM, PDRM dan macam-macam lagi seolah-olah badan-badan tersebut tidak berwibawa sedangkan tahap profesionalisme mereka sangat tinggi dan telah diuji dengan bermacam-macam insiden. "Janji-janji mereka hanya sedap didengar sedangkan realitinya ia akan gagal untuk dilaksana sebagaimana manifesto mereka dalam PRU 2008 apabila diberi mandat mentadbir tapi kemudiannya gagal melaksanakan apa yang telah diperkatakan." Tambahnya lagi, inikan pula kononnya pakatan pembangkang mahu mengutamakan agama Islam dan hak orang Melayu sedangkan melalui kerajaan BN semua perkara tersebut telah pun dimetrai melalui Perlembagaan Persekutuan. "Rakyat perlu berfikir dengan matang dan jangan terpengaruh semata-mata gula-gula sedemikian oleh pakatan pembangkang," katanya. - MediaUMNO |
|
PKR BOSAN DENGAN KERENAH DAN SYARAT SNAP Posted: 29 Mar 2011 05:58 PM PDT PKR tak mampu layan kerenah, syarat SNAP
Jika tuntutan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PAS hendak dipenuhi, hal ini bermakna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menambah 45 kerusi lagi. Keseluruhan kerusi yang diminta oleh semua parti terbabit ialah 116 sedangkan Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya mempunyai 71 kerusi.
Perundingan pengagihan kerusi menemui jalan buntu kerana masing-masing mendakwa mempunyai pengaruh dan kekuatan di kawasan yang dituntut. PKR berkeras mahu mencuba nasib di 52 kerusi, SNAP (40 kerusi), DAP (18 kerusi) dan PAS (enam kerusi).
Perbalahan antara PKR dan SNAP berkaitan pembahagian kerusi berlarutan apabila mereka membuat tuntutan bertindih di 23 kerusi
28 kerusi ialah majoriti Melayu-Melanau, 19 majoriti Iban, 15 majoriti Cina, enam kerusi Bidayuh dan tiga kerusi Orang Ulu. Dayak Sarawak terdiri daripada Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, manakala Orang Ulu pula terdiri daripada sekitar 25 etnik minoriti seperti Kelabit, Kayan, Kenyah, Kejaman, Penan, Bukitan dan Lahanan.
Dalam pilihan raya lalu, sebanyak 158 calon mencuba nasib. BN menampilkan 71 calon, DAP (12), SNAP (29), PKR (25), PAS (satu), dan Bebas (20). Sebelum ini, SNAP berhasrat untuk bertanding di 40 kerusi terutamanya di kawasan majoriti masyarakat Dayak, manakala DAP mahu 18 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu bertanding di 52 kerusi. MACAM NI BELUM DAPAT KUASA SUDAH BERGADUH...
2011/03/30 KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak tidak mampu lagi melayan kerenah Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang meletakkan pelbagai syarat dalam isu pembahagian kerusi untuk ditandingi dua parti itu.
Berikutan itu, mereka menyerahkan kepada pemimpin PKR pusat untuk mencari jalan penyelesaian dan pengumuman mengenai sebarang keputusan dijangka dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Grand Continental di sini, petang ini. Pengerusi PKR negeri, Baru Bian, mengakui beberapa siri perbincangan yang diadakan dengan SNAP mengenai pembahagian kerusi itu selama ini menemui jalan buntu.
"Sekarang saya serahkan kepada kebijaksanaan pemimpin pusat khususnya Tian Chua (Naib Presiden PKR) untuk meneruskan perbincangan dengan SNAP.
"Rundingan dengan SNAP memang masih terbuka, tetapi Ketua Umum (Anwar) akan mengadakan sidang media esok (hari ini) dan ada sesuatu yang penting beliau akan umumkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memperkenalkan Pusat Media PKR di Satok di sini semalam. Pusat media itu akan menjadi tempat persidangan media parti pembangkang pada jam 2 petang setiap hari sepanjang tempoh berkempen mulai 6 April ini. SNAP sebelum ini menegaskan mereka sebenarnya yang lebih layak untuk berkuasa di Sarawak dan mengumumkan untuk bertanding di 40 kerusi dengan 27 daripada calonnya sudah diumum setakat ini.
Malah, SNAP turut meletakkan syarat jika PKR berhasrat bertanding di kawasan majoriti masyarakat Dayak, mereka harus menggunakan lambang SNAP.
Baru berkata, berbeza dengan SNAP yang menganggap mereka sebagai parti pembangkang dominan di Sarawak, DAP pula lebih bertolak ansur dan isu pembahagian kerusi dengan parti itu sudah diselesaikan.
|
|
PEMBANGKANG TAKUT HILANG POPULARITI Posted: 29 Mar 2011 05:34 PM PDT
Baca dahulu laporan GTP - Muhyiddin
KUALA LANGAT 29 Mac - Parti pembangkang ditempelak kerana hanya pandai mengkritik secara sembrono usaha kerajaan menggerakkan perubahan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) tanpa meneliti hasil yang telah berjaya dicapai.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin meminta pemimpin pembangkang membaca dan mentelaah terlebih dahulu laporan GTP yang menekankan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebelum mengkritik kerajaan.
''Lim Kit Siang kata tidak nampak perubahan. Bacalah buku laporan GTP itu dahulu kerana soal transformasi bukan satu muslihat politik, tetapi ia adalah satu agenda demi kepentingan negara.
''Kadar jenayah di seluruh negara telah dapat diturunkan dan rakyat berasa selamat dan dari segi pendidikan misalnya kita telah memberi peluang 50,000 pelajar prasekolah dengan 1,000 kelas berjaya dibangunkan,'' katanya ketika berucap pada majlis Sarapan 1Malaysia di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang di sini hari ini.
'Kit Siang TAK baca laporan GTP' |
|
SELAMAT BERJUMPA PM KEPADA RAKAN DI PENANG Posted: 29 Mar 2011 05:28 PM PDT PM jumpa rakan online di P. Pinang
KUALA LUMPUR 29 Mac - Selepas bertemu dengan rakan online di Johor, Sabtu lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meneruskan sesi "Mari Berjumpa, Mari Berhubung" (MBMB) di Pulau Pinang, Sabtu ini.
"Seronok apabila dapat berjumpa rakan-rakan online Sabtu lepas di Johor. Tidak sabar untuk MBMB Penang Sabtu ini," katanya dalam laman Facebook beliau.
Program MBMB merupakan program terbaru yang digariskan oleh Perdana Menteri bagi membolehkan beliau bersemuka dan berinteraksi dengan rakan online.
Sebelum ini, Najib telah mengadakan sesi MBMB di tiga lokasi iaitu Seri Perdana, Putrajaya, Sarawak dan Johor. — BERNAMA |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan