Pengikut

Nuffnang

Rabu, 16 Mac 2011

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

sumber :-

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PRK DUN MERLIMAU DARI PERSPEKTIF LAIN (siri 1)

Posted: 15 Mar 2011 11:12 PM PDT

Prk Dun Merlimau telah beberapa minggu berlalu dan sepanjang tempoh selepas kematian Allahyarham YB Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan kita dapat melihat banyak peristiwa yang melibat bukan sahaja ahli, pemimpin umno dan Barisan Nasional tetapi pengundi pada keseluruhannya.
Apabila berlaku sahaja kematian yb dengan tiba-tiba berlaku perubahaan sikap kepada semua pengundi dan bakal-bakal calon serta penyokong calon di dalam parlimen Jasin berkemungkinan juga pilihanraya kecil yang terjadi di tempat-tempat lain. Perubahan sikap juga terjadi kepada pegawai dan kakitangan agensi kerajaan. Tiba-tiba mereka berubah sikap dan tingkah laku menjadi lebih emosi dan sebagai pengundi, mereka merasakan nilai undi mereka amat berharga menyebabkan berlakunya proses "permintaan dan penawaran" yang amat tinggi sehingga mereka lupa tugas asasi mereka adalah memilih wakil rakyat untuk membahaskan dasar-dasar yang akan di buat oleh kerajaan negeri bagi menjaga kepentingan rakyat.
Maka terjadilah peristiwa!, bukan untuk mencari undi baru tapi mengekang daripada undi lari dari menyokong Barisan Nasional. Perkara inilah yang perlu di berikan perhatian pucuk pimpinan BN untuk memastikan BN mengembali majoriti 2/3 dalam PRU akan datang. Tahniah buat YB Roslan Datuk Ahmad.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyokong PKR Mahu Anwar Serah DNA

Posted: 15 Mar 2011 05:10 PM PDT

uesday, March 15, 2011

Dari HarakahDaily : Penyokong PKR Mahu Anwar Serah DNA

Saya amat kesal dengan tindakan musuh-musuh Anwar Ibrahim yang mempolitikkan kes mahkamah yang sedang berlangsung. Beberapa demonstrasi telah dianjurkan di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh seolah-olah Anwar telah didapati bersalah oleh mahkamah. Walhal, mahkamah hanya menolak bahan-bahan bukti yang diperolehi secara tidak sah.

Sebagai seorang pendokong Reformasi tegar, saya yakin penuh Anwar ialah mangsa konspirasi politik. Pemimpin-pemimpin UMNO gentar dengan Anwar Ibrahim lalu terpaksa memfitnahkan beliau. Mereka berharap dengan menghumban Anwar ke penjara, gerakan Reformasi akan hilang taring.

Justeru itu, saya menyeru kepada Anwar untuk mengambil tindakan tegas supaya serangan-serangan musuh politik ini dapat ditangani. Anwar wajib menyerah sampel DNA untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Saya percaya langkah tegas Anwar ini akan membuat musuh-musuh politik beliau mati akal.

Saya berkongsi kebimbangan Anwar yang bahan DNA tersebut mungkin akan dimanipulasikan. Untuk mengelakkan kemungkinan tersebut, saya mencadangkan ujian dan profiling sampel DNA itu dibuat secara profesional dan telus. Jika perlu, Majlis Peguam, Persatuan Perubatan Malaysia dan pakar-pakar genetik antarabangsa yang dilantik oleh Anwar akan menyelia proses tersebut.

Objektif memberi DNA hanya untuk mengenalpasti sama ada DNA lelaki Y yang dijumpai pada tubuh Saiful Bukhari Azlan padan dengan DNA Anwar Ibrahim. Walaupun jika ditakdirkan DNA-DNA itu padan, Anwar masih mempunyai ruang untuk mempertikai bagaimana air mani beliau diletakkan pada tubuh Saiful.

Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin Anugerah Tuhan pasti prihatin yang serangan-serangan ini bukannya setakat peribadi beliau sahaja malah ditujukan kepada seluruh gerakan Reformasi. Bukan maruah Anwar Ibrahim sahaja yang tercabar tetapi kredibiliti semua Reformis juga tergugat. Anwar Ibrahim harus mengambil langkah berani dan bijak demi keutuhan gerakan Reformasi.


LAWAN TETAP LAWAN!!!

KEMPEN SERAH DNA 300 NGO BERKUMPUL HARI INI.

Posted: 15 Mar 2011 05:09 PM PDT

300 NGO berhimpun hari ini

Oleh THOMAS CHONG
utusanputrajaya@utusan.com.my

PUTRAJAYA 15 Mac – Gabungan NGO Malaysia (GNM) yang mewakili 300 pertubuhan akan mengadakan perhimpunan dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara sukarela.

Setiausaha gabungan itu, Mohd. Jurit Ramli berkata, perhimpunan yang akan diadakan di Hotel Grand Season di ibu negara esok itu bertujuan menegakkan keadilan untuk semua pihak yang terlibat dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

''Rakyat Malaysia ingin mendapatkan penjelasan daripada Anwar kenapa masih enggan menyerahkan sampel DNA sekiranya beliau tidak bersalah.

''NGO di Malaysia juga mahu memastikan keadilan ditegakkan untuk semua pihak terutamanya Mohd. Saiful Bukhari, insan kerdil dan tidak mampu berbuat apa-apa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Jurit berkata, keengganan Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau telah memberi contoh yang tidak baik kepada masyarakat dan mengganggu proses siasatan polis pada masa depan.

''Tindakan Anwar itu seakan-akan menampakkan bahawa semua orang yang disiasat polis tidak perlu menyerahkan sampel DNA pada masa depan.

''Keadaan pasti akan menjadi huru-hara apabila penjenayah lain turut mengikuti jejak langkah Anwar untuk tidak menyerahkan sampel DNA," katanya.

Menurutnya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu tidak perlu takut untuk menyerahkan sampel DNA sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah.

''Anwar sebagai seorang wakil rakyat harus menjadi contoh baik dan memberi kerjasama dalam proses siasatan sesuatu kes," katanya.

BALIK MESIR KERAJAAN NEGERI BELANJA RM476,000

Posted: 15 Mar 2011 05:06 PM PDT


Lagi 104 pelajar dapat tajaan balik ke Mesir

MELAKA 15 Mac - Seramai 104 daripada 322 pelajar kelahiran negeri ini yang mengikuti pengajian di Mesir mendapat tajaan tiket penerbangan balik ke negara itu hasil sumbangan kerajaan negeri semalami.

Penghantaran pulang pelajar terbabit adalah kumpulan kedua selepas seramai 111 pelajar telah kembali ke Mesir pada 5 Mac lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pihaknya melalui Yayasan Melaka menanggung kesemua tiket penerbangan penuntut terlibat melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM476,000.

Menurutnya, baki pelajar melibatkan seramai 107 orang akan mendapat tiket penerbangan masing-masing yang dijadual pada akhir bulan ini.

''Saya harap ibu bapa pelajar khususnya mereka yang kurang berkemampuan tidak risau dengan isu kewangan yang mungkin timbul kerana semua kita sudah selesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tiket penerbangan balik kepada kumpulan kedua seramai 104 pelajar kelahiran Melaka yang belajar di Mesir, di sini hari ini.

Selain itu katanya, penubuhan Ikatan Mahasiswa Mesir Melaka (Imam) di Mesir akan dianggotai pelajar kelahiran negeri bertujuan untuk menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar.

''Saya mahu jawatankuasa ini dipegang oleh pelajar untuk tempoh dua tahun kerana sebelum ini ia dikendalikan oleh bukan pelajar, keadaan ini tidak sesuai tetapi sekarang jawatankuasa baru Imam sudah dilantik baru," katanya.

Sementara itu, salah seorang pelajar yang mendapat tajaan tiket penerbangan balik ke Mesir, Nur Hafizah Abdul Rahman, 20, penuntut jurusan pengajian Bahasa Arab Universiti Al-Azhar berkata, dia amat berterima kasih atas bantuan tiket penerbangan itu.

''Sumbangan tiket penerbangan yang diberikan amat membantu mengurangkan beban kewangan yang terpaksa pelajar tanggung terutama mereka yang datang dari keluarga kurang mampu," katanya.

Bagi penuntut jurusan pengajian Syariah Universiti Al-Azhar, Iza Nabila Borhan, 20, keprihatinan dan kesudian kerajaan negeri menanggung RM2,000 kos tiket penerbangan banyak membantu meringankan beban masalah kewangan keluarga pelajar.

Pelajar tahun pertama itu berkata, dia amat berterima kasih di atas sumbangan tersebut dan berharap semua yang menerima bantuan itu akan menghargainya dengan sebaik mungkin.td>

TERKINI: Senarai nama 16 calon SNAP

Posted: 15 Mar 2011 05:04 PM PDT


Dibawah adalah senarai 16 calon parti SNAP yang telah diumumkan oleh presiden SNAP Edwin Dundang.

Menurut Edwin, SNAP akan bertanding di 40 kawasan DUN pada pilihan raya negeri Sarawak, manakala nama 24 lagi calon akan diumumkan kemudian.

1. Stephen Sigar - N. 1 Opar

2. Frankie Jurem Nyumboi - N. 2 Tasik Biru

3. Richard @ Peter M. Munai - N. 16 Bengoh

4. Slyvester Belayong - N. 19 Kedup

5. Abang Othman Abang Hj Gom - N. 23 Lingga

6. Dan Giang - N. 25 Balai Ringgin

7. Joe Unggang - N. 31 Layar

8. Dayrell W. Entrie - N. 32 Bukit Saban

9. Anthony Liman Sujang - N. 34 Krian

10. Tedong Gunda @ Jamal Abdullah - N. 41 Pakan

11. Augustine Liom - N. 44 Machan

12. George Lagong - N. 56 Baleh

13. John Bampa - N. 57 Belaga

14. Johari Bujang - N. 62 Lambir

15. Edwin Dundang Bugak - N. 66 Marudi

16. Kebing Wan - N. 67 Telang Usan

Sebenarnya pengumuman SNAP telah menjawab keangkuhan PKR dan Baru Bian yang berlagak seperti "tuan besar" kepada parti tempatan Sarawak. SNAP tidak perlu menunggu persetujuan PKR untuk menamakan calon mereka.

ROAD TO PUTRAJAYA

Posted: 15 Mar 2011 04:54 PM PDT


Put your stuff here

TUNDA LAGI

Posted: 15 Mar 2011 04:52 PM PDT


Adik Karpal meninggal, kes Anwar tangguh

KUALA LUMPUR 15 Mac - Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan sehingga 21 Mac ini berikutan kematian adik lelaki kepada peguam bela utama Ketua Pembangkang itu, Karpal Singh.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan setelah seorang lagi peguam bela yang mewakili Anwar, Sankara Nair memaklumkan tentang kematian ahli keluarga Karpal itu, Balwinder Singh kira-kira pukul 11 malam tadi di Pulau Pinang.

Menurut Nair, Karpal tidak dapat hadir ke mahkamah sehingga Isnin depan kerana sebagai anak lelaki sulung dalam keluarganya, peguam berkenaan diperlukan untuk menghadiri upacara keagamaan dan pengebumian mayat adiknya itu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan pula menyatakan bahawa dalam keadaan sedemikian, adalah sukar untuk beliau membantah penangguhan selain mengucapkan takziah kepada Karpal sekeluarga.

Balwinder, 58, yang bekerja sebagai jurubahasa mahkamah di Pulau Pinang meninggal dunia akibat kegagalan fungsi organ badan.

Mahkamah hari ini sepatutnya mendengar hujah balas Karpal berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk mendapatkan perintah supaya mahkamah menggunakan kuasanya bagi mengarahkan Anwar memberikan sampel bagi tujuan analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Sampel Anwar dikehendaki untuk dibandingkan dengan profil DNA 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut.

Selain itu, pasukan pendakwaan memohon Hakim Mohamad Zabidin menyemak semula keputusannya dalam bicara dalam perbicaraan (TWT) pada 8 Mac lalu yang tidak menerima masuk tiga bahan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Tiga bahan bukti yang tidak diterima masuk itu ialah sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008 yang menempatkan Anwar semalaman.

Hakim terbabit memutuskan demikian selepas mendapati barang-barang kes berkenaan yang diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA Anwar, telah diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Prosiding TWT diadakan ekoran bantahan barisan pembelaan terhadap barang-barang kes itu semasa ahli kimia, Nor Aidora Saedon dalam keterangannya menyatakan bahawa ujian analisis DNA terhadap ketiga-tiga barang itu menunjukkan kehadiran profil DNA 'Lelaki Y'.

Anwar, 64, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

DEMONTRASI DNA : ANU WAR TAK LAYAK DESAK....

Posted: 15 Mar 2011 04:44 PM PDT



Anwar tak layak desak rakyat hentikan demonstrasi

SHAH ALAM 15 Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mendesak mahkamah mengambil tindakan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di seluruh negara bagi mendesaknya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini Anwar adalah individu yang paling lantang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara untuk rakyat di negara ini.

"Bukankah budaya demonstrasi ini diamalkan oleh Anwar sejak beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan perbicaraan liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Anwar juga memohon supaya dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dikenakan tindakan mahkamah kerana menyiarkan laporan tentang demonstrasi itu.

Sementara itu, Hamidzun berkata, sikap berat sebelah yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan yang beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang di negara ini.

"Apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau dengan angkuhnya memarahi rakyat yang bangkit menentangnya," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah Hamidzun, GAPS bersedia untuk menganjurkan demonstrasi berskala besar untuk terus mendesak Anwar supaya beliau tunduk kepada proses perundangan negara.

0 ulasan:

Pimpinan

Sayap Parti

Bahagian