Pengikut

Nuffnang

Khamis, 17 Mac 2011

DunSemarang

sumber :-

DunSemarang


Majkis Khataman Al Quran Anak-Anak Kg Seri Mendapat

Posted: 16 Mar 2011 04:17 AM PDT


Majlis Khatam Al Quran Anak-Anak
Kg Seri Mendapat Mk 7 Kali Ke 11.

16 March 2010 Jam 3.00 Petang.Masjid Kg Seri mendapat Mukim 7.
Dun Semarang. Ayer Hitam.

Kelas Al Quran ini di mulakan secara kecil-kecilan bermula tahun 1992 dengan 2 hingga 3 orang murid sahaja. Kelas di adakan setiap selepas solat fardu termasuk fardu subuh di sudut bacaan Masjid Kg Seri mendapat. Bagi sesi 2011 jumlah murid telah mencapai 18 orang terdiri dari 8 lelaki dan 10 orang perempuan.

Tuan Haji Badri Bin Hj Imran70.

Guru Al Quran, Tuan Haji Badri Bin Hj Imran 70 tahun merupakan guru yang mengajar sejak kelas ini di buka pada tahun 1992. Beliau berkata style pengajarannya ialah menerapkan iltizam yang sungguh-sungguh kepada murid untuk mencapai tahap penguasaan bacaan yang berkualiti. Ketegasan dalam pengajaran juga memberi kesan kepada murid supaya apa yang di ajar berbekas. Teknik ulang kaji dan penumpuan belajar juga menambahkan lagi keberkesanan kepada pembelajaran. Tuan haji Badri bin Hj Imran adalah pelupor kepada kelas ini dan sehingga kini sebahagian besar masa dan umurnya dinafkahkan untuk menjayakan kelas Al Quran ini.
Nurul Nathasa Atika 12 Tahun

Mohd Aiman Hakimi 8 Tahun

Sehingga kini kelas tersebut telah mendidik 125 anak-anak untuk membaca Al Quran dan kelas terbuka kepada anak pelbagai umur. Anak-anak yang belajar pula terdiri dari beberapa kampung sekitar termasuk Parit Shukur, Parit Jambi dan Parit Tabor.

Majlis Khatam Al Quran di tutup secara rasminya oleh Sdr Abdull Halid Saat Setiausaha UMNO Bahagian Ayer Hitam. Dalam ucapanya beliau berharap setiap murid yang sudah terdidik dengan ilmu Al Quran ini apabila dewasa kelak hendaklah menyebarkannya kepada keluarga, jiran tetangga dan masyarakat supaya budaya membaca dan ilmu Al Quran menjadi budaya yang sebati kepada seluruh umat Islam.Turut hadir di majlis tersebut ialah Hj Abd Rashid bin Abd Hamid Ketua Pemuda UMNO Cawangan Seri Mendapat dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kg Parit Seri Mendapat.
(Sumber berita dan foto Saudara Halid Saat S/U Ayer Hitam) By M69.

0 ulasan:

Sayap Parti

Bahagian