Khamis, 3 Mac 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Dr Mariah takut dengan mee segera di Kerdau..

Posted: 03 Mar 2011 04:53 AM PST

Dr Mariah yang baru turun untuk membantu jentera kempen Pakatan di Kerdau dikatakan terkejut melihat projek-projek pembangunan yang dilakukan oleh pihak kerajaan di kawasan Kerdau ini.

Dr Mariah juga menggesa tindakan segera diambil oleh pihak SPR terhadap kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya merasuah pengundi dengan projek-projek "mee segera" bagi memenangi PRK Kerdau ini.

Alahai Dr Mariah.., takkanlah dengan projek pembangunan oleh kerajaan pusat yang diberikan kepada masyarakat di Kerdau ni pun nak takut? Kalau betul-betul PAS kuat di negeri Pahang, takkanlah nak berganjak undi penyokong-penyokong PAS.

Takkanlah hanya kerana projek kerajaan yang dilabelkan sebagai projek mee segera ni, PAS dah mula kibar bendera putih? Standart lah bila kerajaan pusat buat pembangunan di kawasan pentadbirannya sendiri.. Saya yakin, kalau PAS yang jadi pemerintah, PAS pun akan buat perkara yang sama juga.

Dr Mariah tak payahlah risau dan juga meroyan di Kerdau ni bila tengok jalanrayanya baru diturap, dewannya baru dibina dan juga padang awamnya dinaikkan taraf.

Sepatutnya Dr Mariah mengambil ikhtibar dari apa yang kerajaan telah lakukan untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Dun Kerdau ini. Dan kalau nak dibandingkan dengan janji-janji kosong Pakatan, apa yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah jauh lebih baik.

Apa salahnya kalau setiap PRK ada projek yang didakwa sebagai "mee segera"? Apa nak heran sangat? Kalau nak dikatakan Barisan Nasional ada projek "mee segera", PAS dan Pakatan pula ada projek "janji tong kosong" mereka sendiri.

Setiap kali PRK, pemimpin-pemimpin Pakatan akan berjanji macam-macam kepada masyarakat setempat untuk meraih sokongan. Kadang-kadang, sampai nak runtuh langit dibuatnya mendengarkan janji dari geng Pakatan ni semua.

Antara mee segera dan juga Tong Kosong, lagi baik mee segera kerana ia cepat siap dan juga nampak dipandang. Tong Kosong pula apa yang ada? Bunyi saja kuat tapi sebenarnya langsung tak ada apa-apa yang boleh dimanfaatkan.

Jadi, kalau Dr Mariah betul-betul nak ambil berat pasal rakyat, patutnya Dr Mariah nasihatkan Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan lain supaya jangan asyik nak berjanji kosong untuk menipu rakyat. Yang paling penting sekali, tolong nasihatkan Nik Aziz.

Janji-janji kosong mereka-mereka ini lagi teruk dan memudaratkan rakyat bawahan. Ini yang lagi utama dari Dr Mariah membebel dengkikan pembangunan dari kerajaan kepada masyarakat Kerdau!

Merlimau: Hadi Dan Lambang Parti Tidak Bertanding

Posted: 03 Mar 2011 04:33 AM PST

Presiden PAS, Hadi Awang mengadakan ceramah di Merlimau semalam. Isi ceramah Hadi Awang macam biasa, sama lebih kurang macam isi ceramah oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang kita sentuh secara harian disini.

Yang berbeza cuma tongkok tambah itu sajalah.

Kelmarin Anwar sentuh pasal gelap duit RM 200 billion dan dakwaan dokumen APCO, Cikgu Mala cakap pasal banjir, ADUN Sekinchan cakap pasal Dr. Khir Toyo dan Nizar tentang rasuah.

Apa yang penting ialah tiada isu setempat yang diceramahkan semalam, layaknya macam ceramah politik pilihanraya umum sedangkan semua kita pun tahu ini ialah pilihanraya kecil yang lebih menumpu kepada isu setempat.

Cuma yang sedikit berbeza ialah Hadi ada menegur petugas jentera PAS yang lebih mengutamakan corak kempen berceramah (yang dia sendiri semalam datang bukan berceramah ke?) dibanding dengan jentera dan calon BN yang lebih menumpu kepada gerakan rumah ke rumah bertemu pengundi.

Tidak ketinggalan disentuh ialah penceramah yang kebanyakkannya datang dari luar. Macamlah PAS ada penceramah anak tempatan. Hadi juga kelihatnnya gelisah, mungkin bimbang dengan mood pengundi yang semakin terarah kepada calon BN.

Orang PAS ni luaran cakap saja taknak menang, dalam hati, nak, nak…'camtu le' bak kata orang Melaka.

Begitu juga dengan kehebatan calon PAS yang bertanding di Merlimau ini, Yuhaizad Abdullah. Tidak banyak yang disebut mengenai kelebihan Yuhaizad sebagai pemimpin yang boleh membawa permasalahan masyarakat Merlimau ke peringkat negeri. Kenapa agaknya?

Adakah Hadi takut rakyat semakin bertanya-tanya mengenai kredebiliti Yuhaizad yang duduk menumpang di Kuarters guru kerajaan dan makan hasil gaji isterinya yang berkhidmat sebagai guru? Kalau dia sendiri pun bergantung nasib kepada gaji bini, macam mana nak perjuang hak rakyat?

Ini orang Merlimau kena fikirkanlah dengan semasak-masaknya.

Dalam pada itu penulis perasan poster parti tidak bertanding seperti DAP dan PKR masih lagi digantung dalam ceramah yang dihadiri Hadi semalam, begitu juga dengan ceramah-ceramah sebelumnya.

Bukankah ada larangan supaya parti yang tidak bertanding tidak dibenarkan untuk memaparkan poster masing-masing?

Janganlah nak dibandingkan dengan BN, kami pertubuhan berdaftar dan sah, jadi parti-parti komponen kami memang boleh membawa poster parti masing-masing mahupun menggantungkannya.

Berbanding dengan pembangkang yang masih tidak berdaftar sampai sekarang. Duk pakat-pakat begitu saja, tidak rasmi.

SPR perlu tegaslah dengan keadaan ini bagi keadilan semua pihak. Seolahnya hak yang BN ni kena patuh semua undang-undang sedangkan pihak yang satu lagi tu berterusan melanggar undang-undang negara dan pilihanraya dengan tidak ada apa tindakan.

Kenapa Anwar Tak Mahu Serah DNA?

Posted: 03 Mar 2011 04:01 AM PST

Hari ini akan diadakan bicara dalam bicara bagi menentukan kesahihan tindakan polis mengambil sampel DNA Anwar dari barangan seperti berus gigi, tuala dan botol air mineral yang digunakannya sepanjang ditahan pada 16 dan 17 Julai 2008.

Sample DNA itu kemudiannya didapati padan dengan sampel DNA (ekstrak air mani) lelaki Y yang dijumpai di bahagian peri anal Saiful.

Kita hairan dengan sikap Anwar, dia tak langsung tak macam pemimpin lain terutama pemimpin BN yang dihadapkan ke mahkamah atas apa jua pertuduhan sekalipun. Kalau pemimpin BN begitu bertanggungjawab dengan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa, Anwar pulak sering kali cuba nak mengelak dari memberikan kerjasama itu.

Sebagai contoh, Tan Sri Chan Kong Choy tempoh hari dibawah ke mahkamah dengan tangan bergari bagi menghadapi pertuduhan berkaitan skandal PKFZ, takde pun nak bising-bising atau mengadu sampai ke peringkat antarabangsa.

Walhal kalau nak ikutkan kesalahan itu atas tanggungjawab sebagai Menteri berkaitan, bukan punya kepentingan peribadi pun.

Dengan Anwar berbeza, sehingga undang-undang berkaitan penyerahan DNA ini terpaksa dibentang di Parlimen bagi memastikan sesiapa pun yang perlu menyerahkan DNAnya kepada pihak polis di masa akan datang bagi membantu siasatan, perlu menyerahkannya tanpa ada perlu dakwa dakwi.

Apa yang istimewa pasal Anwar sehingga dia boleh memilih nak bagi atau tidak DNAnya.

Sebenarnya, Anwar ada banyak peluang untuk membuktikan dirinya tak bersalah. Pertama alibi, kedua DNA.

Anwar kata dia sedang bermesyuarat dengan Wan Azizah dan Nurul Izzah di bilik sebelah (1152) sementara kejadian liwat didakwa berlaku di bilik 1151. Tapi sehingga hari ini kita tak nampak ada apa-apa berkaitan alibi yang cuba diketengahkan peguam Anwar walaupun dengar khabar sekitar Jun 2010, Karpal ada memasukkan alibi Anwar sebagai sebahagian daripada fakta pembelaan.

Kedua, DNA. Ini adalah peluang terbaik untuk membuktikan yang dirinya tak bersalah. Serahkan saja sampel DNA supaya boleh dibuat perbandingan dengan DNA lelaki Y yang dijumpai dibahagian peri anal dubor Saiful. Kalau betul tak meliwat, sudah tentu DNA itu tidak akan sepadan, selesai masalah!!

Anwar ada 2 pakar DNA dari Australia yang dibayar kerajaan Selangor untuk membantu kes liwatnya. Apa yang nak takut?

Anwar ada berbelas peguam mewakilinya yang boleh membantu jika ada tuduhan bahawa sampel DNA itu telah disalahgunakan oleh pihak polis. Tidak pun, Anwar boleh memohon supaya pihak bebas ke tiga dipanggil untuk memantau proses perbandingan.

Ada duit semua pun jadi.

Tapi kita tak nampak semua itu berlaku, kenapa soalannya. Anwar ke sana ke mari membawakan cerita konspirasi tapi dia sendiri enggan bekerjasama dengan polis dengan tidak mahu menyerahkan sampel DNA. Bila polis dapatkan sampel DNA dari barangan yang digunakannya sepanjang ditahan di dalam lokap polis, pandai pulak nak buat bantahan!!

Sekali lagi, Anwar bermain dengan technicality. Anwar puas kalau dapat bebas atas sebab teknikal, bukan sebab tak liwat.

Begitu juga halnya dengan perbezaan waktu yang terdapat pada CCTV. Macamlah berhari-hari bezanya walhal minit-minit saja.

14 Februari lepas, peguam Sankara Nair main isu pasal mandi yang didakwanya bercanggah antara saksi pendakwaan. Bila bicara bersambung, hilang sudah isu mandi, keluar pulak isu CCTV dan kononnya polis 'rampas' DNA Anwar.

Masa dan wang rakyat tidak perlu dihabiskan dalam kes pendakwaan Anwar jika Anwar bekerjasama dan tidak berterusan bermain politik murahan. Banyak lagi kes-kes tertangguh yang memerlukan perhatian mahkamah, bukan nak menghadap kes Anwar ini sahaja.

Pahang Bankrap? PAS Menipu Lagi!!

Posted: 03 Mar 2011 03:01 AM PST

Dimana Tuan Ibrahim Tuan Man memperolehi fakta bahawa kerajaan negeri Pahang sedang mengalami masalah kewangan dan menuju ke arah muflis? Adakah sekarang kita melihat Pahang sedang dalam keadaan muflis, tidak mampu melaksanakan projek pembangunan, membayar gaji, memberi biasiswa dan sebagainya?

Sudah tentu tidak, jadi bagaimana yang Tuan Ibrahim kata Pahang menuju muflis?

Prestasi sebenar Belanjawan negeri Pahang sejak 1999 ialah 6 bajet lebihan (surplus), 3 budget berimbang dan hanya 2 kali budget defisit. Bajet lebih dicatat pada 2002 (RM 7.2 juta), 2003 (RM 79.49 juta), 2004 (RM 95.63 juta), 2005 (RM 73.73 juta), 2006 (RM 72.17 juta) dan 2007 (RM 18.13 juta).

Keseluruhannya untuk tempoh tersebut, kerajaan negeri Pahang mencatat lebih sebanyak RM79.49 juta!!!

Bajet berimbang pula dicatat pada tahun 2000 dan 2001. Defisit pula hanya dicatat pada tahun 2008 dan 2009, itupun berikutan kenaikan gaji kakitangan awam secara besar-besaran pada tahun sebelumnya.


Rujuklah hansard DUN Pahang kalau tidak percaya sangat.

Jadi mana dia asas untuk Tuan Ibrahim Tuan Man menuduh kerajaan negeri hampir muflis? Biasalah dengan bajet defisit, nama pun bajet, ia hanya anggaran, kadang-kadang kita anggar kutipan naik tapi hasil sebenar kutipan turun dan begitu juga seterusnya.

Untuk 2 bajet yang defisit itupun tidaklah sehingga membataskan perbelanjaan kerajaan negeri atau menghalang projek pembangunan apatah lagi membankrapkan kerajaan negeri. Ramai pakar ekonomi berpendapat defisit bukanlah sesuatu yang jahat sebaliknya yang penting ialah kemana dan apa cara wang itu dibelanjakan.

Jika buruk benar defisit ini dimata PAS, kenapa bajet kerajaan pembangkang Selangor yang defisit sebanyak RM 65.96 juta pada 2009 tidak dijadikan isu?

Penulis berdoa agar pemimpin PAS yang berketayap dan mengaku Islam ini berhenti daripada menyebarkan berita palsu dan bohong demi kebaikan diri sendiri dan maruah umat Islam secara keseluruhannya.

Kenapa Anwar Tunjuk Bukti APCO Di Merlimau?

Posted: 02 Mar 2011 02:54 PM PST

Malam tadi bertempat di Jalan Pahlawan Merlimau Pasir, Anwar mendedahkan apa yang didakwanya sebagai dokumen APCO bagi menunjukkan kerjasama kerajaan dengan APCO yang dikatakan agen yahudi ini.

Pada yang sudah lupa, Anwar menuduh APCO Worldwide sebagai pihak yang sama mencipta konsep 1Malaysia dan 1Israel.

Bila Parlimen meminta Anwar menunjukkan bukti, Anwar enggan. Dipanggil membela diri pada 16hb December 2010, Anwar tidak hadir. Penyudahnya, Anwar digantung selama 6 bulan dari menghadiri sidang.

Soalan kita, kenapa dengan sebegitu banyak peluang untuk membuktikan tuduhan diberikan, Anwar tidak mahu bekerjasama, sebaliknya di Merlimau ini dimana tak sapa pun minta dia tunjuk bukti, tapi ditunjukkanya pula.

Siapa kalangan rakyat yang mendengar tu boleh sahkan dokumen yang ditunjukkan Anwar tu asli atau tipu?

Nampak sangat isu APCO ini hanya digunakan Anwar sebagai isu politik, membodohkan rakyat di kampung-kampung. Sebab itu bila Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen meminta Anwar kemukakan bukti, dia enggan, dia mengelak. Alih, kepada orang Merlimau yang tidak ada kena mengena ini pula ditunjukkan, tak ke lawak namanya tu?

Isu APCO ni isu basilah, Robert Shrum (perunding strategik APCO Worldwide) dah dedahkan bahawa APCO takde kaitan dengan IIsrael, apatah lagi 1Malaysia. Dokumen yang Anwar jaja ni dokumen apa pulak? Apa yang dibuktikan melalui dokumen tersebut?

Kita kena ingat, isunya ialah tuduhan Anwar bahawa APCO yang mencipta 1Malaysia dan 1Israel, so dokumen Anwar ni mestilah merujuk kepada itu. Setakat nak menunjukkan APCO tu jadi perunding bagi pihak kerajaan Malaysia, itu memang dah tau dah, berapa belanjanya pun dah dedah kat Parlimen, so apa masalah?

Anwar ni semua benda pun dia nak politikkan, tapi dah tak berani nak sebut banyak pasal yahudi sejak 'kena' dengan orang kuat yahudi di Washington tempoh hari sehingga terpaksa buat apologize tour.

Selain dari 'dokumen' tersebut, Anwar juga menyebut banyak tentang adanya kegiatan membawa wang keluar secara haram sebanyak RM 200 billion oleh anak-anak pemimpin kerajaan, rasuah, harga barang dan macam-macam lagi. Yang hak bawak keluar duit tu hanya ada air liur, apa bukti pun tak dibaginya – biasalah Anwar.

Dia kalau tuduh pemimpin BN gelap duit memang takde jumlah yang bawah billion. Tujuannya tu bukan apa, supaya orang boleh terima bila PKR gelap duit rakyat dalam kadar puluh atau ratus ribu, tak pun juta. Macam kes perwakilan Sabah ke Kongres Nasional PKR tahun sudahla.

Yelah, BN gelap billion, PKR baru berapa, macam tulah maksud yang cuba nak disampaikan Anwar.

Bilalah pemilik DNA (ekstrak air mani) yang dijumpai di peri anal Saiful ni nak bertaubat agaknya.

Tiada ulasan:

Pengikut