Ahad, 27 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Demontarasi di ibu kota : Tahan pengikut Hindraf di bawah ISA - Syed Ali

Posted: 27 Feb 2011 12:58 AM PST

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan kumpulan Hindraf yang berdemontrasi sekitar ibu kota pagi ini mempunyai motif politik untuk mencemarkan imej negara.

Beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut didalangi oleh pihak tertentu yang cuba memberi gambaran kononnya keadaan di Malaysia sudah tidak stabil.

Katanya, perbuatan terrsebut boleh dianggap sebagai usaha sebotaj pihak tidak bertanggungjawab terhadap kestabilan politik dan kemakmuran negara ini.

Sehubungan itu, beliau mendesak mereka yang terbabit dalam perhimpunan tersebut dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, ISA perlu dilaksanakan sebagai pengajaran supaya perbuatan seumpama itu tidak berulang.

"Hindraf sengaja melanggar undang-undang supaya mereka dilihat sebagai jaguh membela kepentingan masyarakat India walaupun perhimpunan tersebut tidak mendapat kelulusan polis," ujarnya.

Beliau percaya majorirti kaum India di negara ini juga turut menentang perbuatan biadap kumpulan Hindraf yang menyusahkan kehidupan harian masyarakat.

Sambil mengecam perbuatan tersebut, Syed Ali mengucapkan tahniah kepada polis kerana pantas menangani tunjuk persaan tersebut dengan manahan seramai 109 termasuk lapan pemimpin kanan Hindraf.

Pagi tadi, penyokong Hindraf mengadakan tunjuk perasaan di sekitar KLCC dan Jalan Pudu kerana membantah penggunaan novel Interlok di sekolah.

Sementara itu sumber media melaporkan pengasas dan pemimpin Hindraf, P. Uthayarkumar telah ditangkap polis berhubung kejadian tersebut.

Menurut Syed Ali lagi, kemungkinan pemimpin pembangkang turut menjadi dalang bagi mencetuskan ketegangan politik dengan menjadikan pergolakan di Timur Tengah sebagai contoh.

"Ini semua perbuatan tidak bertanggungjawab yang disengajakan untuk mencetuskan ketidaktenteraman dalam negara," tegasnya.

Selain itu, beliau berpendapat Hindraf mengadakan demontrasi haram tersebut untuk menarik perhatian kaum India supaya menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Oleh sebab itu jelas beliau, Hindraf mengambil kesempatan berhubung isu novel Interlok sebagai alat untuk mereka berdemontrasi sedangkan isu tersebut sudah diselesaikan.

"Kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin masyarakat India dan persetujuan diperolehi bagi meminda beberapa perkara dalam Interlok yang sebelum ini disifatkan sensitif bagi kaum India," jelasnya.

"Jadi, tindakan Hindraf berdemontrasi pagi tadi adalah perbuatan dirancang bermotifkan politik dan berniat jahat untuk mecemarkan imej negara dan kerajaan BN.

Tiada ulasan:

Pengikut