Khamis, 24 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Tengku Zafrul perlekehkan Najib ; UMNO Cheras desak Wahid ambil tindakan

Posted: 23 Feb 2011 11:16 PM PST

UMNO Bahagian Cheras mendesak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd, Tengku Zafrul Abdul Aziz kerana secara terbuka menghina dan memperlekehkan bidang kuasa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Ketuanya, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, apabila Tengku Zafrul secara terbuka mempertikaikan perlantikan Tan Seri Mohd. Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA, bermakna beliau secara langsung merendahkan kewibawaan, reputasi dan keputusan Perdana Menteri.

"Malah, bukan setakat keputusan Najib yang diperlekehkan oleh Tengku Zafrul, malah beliau juga mempersendakan kelayakan dan pengalaman Mohd. Isa" tegasnya.

Katanya, jika Tengku Zafrul sudah menunjukkan sikapnya yang tidak selesa bekerja di bawah kepimpinan Perdana Menteri, maka sewajarnya beliau meletakkan jawatan secara terhormat kerana kumpulan Maybank adalah syarikat milik kerajaan (GLC).

"JIka beliau mahu dilihat sebagai jaguh dan ingin bermain politik, maka saya cabar beliau lepaskan segera jawatan tersebut, tidak perlu berdolak-dalik dan bersembunyi disebalik sehelai daun," uajrnya.

Jawapan Wahid seperti 'lawak bodoh'

Beliau berjkata, adalah satu alasan 'lawak bodoh' apabila Wahid dalam satu kenyataannya sebelum ini menjelaskan kenyataan Tengku Fafrul yang mempertikaikan perlantikan Mohd. Isa adalah pandangan peribadi.

"Saya nak tanya Wahid, apakah pengajur forum tersebut menjemput Tengku Zafrul atas nama peribadi beliau atau atas kapasitinya selaku CEO Maybank Investment Bank Bhd ?, soal beliau.

"Itu soalan mudah yang perlu di jawab oleh Wahid, tak payah nak berikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Beliau mempersoalkan kenapa Wahid begitu takut untuk mengambil tindakan tegas ke atas Tengku Zafrul yang jelas memberi gambaran bahawa Najib tidak 'cerdik' apabila melantik Mohd. Isa.

Sehubungan itu, Syed Ali mahu Pengarah Urusan Khazanah Nasional (Khazanah), Tan Sri Azman Haji Mokhtar memberi perhatian serius dalam perkara ini.

Bercakap ikut sedap mulut kerana berasakan diri terlalu pandai

"Kalau Wahid takut untuk bertindak, saya desak Azman ambil tindakan sewajarnya terhadap Tengku Zafrul supaya dijadikan teladan kepada peneraju GLC supaya tidak mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut kerana berasakan diri terlalu pandai" tegasnya.

"Apabila dia hadir atas nama syarikat bermakna dia secara tidak langsung mewakili Maybank dan tidak sewajarnya melemparkan kritikan keterlaluan terhadap sebuah GLC yang lain.

Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zaftrul melemparkan kritikan pedas bahawa perlantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi FELDA telah memberi isyarat kepada pasaran saham sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur bersandarkan alasan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan pernah tercalar dalam isu politik wang.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof juga dilaporkan turut mengkritik perlantikan Mohd. Isa.

Dalam hal ini Syed Ali menjelaskan, Mohd. Isa tidak diheret ke mahkamah kerana rasuah atau melakukan jenayah, cuma dia didapati terbabit dalam salah laku politik dan sudah menerima hukuman berasaskan politik.

"Kalau Tengku Zafrul tak faham pasal politik, lebih baik diam dan tidak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah beliau tidak sehaluan dengan pentadbiran Najib," tegasnya.

Anwar seperti cicak kubing yang sering berubah wajah - Rais

Posted: 23 Feb 2011 09:31 PM PST

AHLI Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim berkata, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin sangat berkuasa, carilahlah cara lain bukannya dengan memburuk-burukkan negara.

Sambil menyifatkan perbuatan itu sebagai durjana, beliau menyelar Anwar kerana gemar ' cara belakang ' untuk mendapatkan kuasa.

"Ini terbukti apabila dia pergi ke Indonesia, bukan setakat Najib (Datuk Seri) Tun Razak dan kerajaan yang diperlekehkan, tetapi corak batik kita juga beliau kutuk," tegasnya.

Beliau berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seumpama 'cicak kubing' yang boleh bertukar wajah apabila setiap kali hinggap di batang pokok yang berbeza.

"Dia akan berubah warna ikut warna pokok, kalau sifat cicak kubing ini, bolehkah nak jadi pemimpin?, soalnya.

Beliau yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Serentak Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Cheras, di Pusat Rekreasi Cheras, malam tadi.

Melayu perlu berani pertahankan hak mereka

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, ketua-ketua sayap, ahli jawatankuasa bahagian dan para perwakilan peringkat cawangan.

Rais turut mengingatkan Anwar serta pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat jangan menjadikan revolusi politik di Mesir, Libya dan Yaman untuk cetuskan kemarahan rakyat kepada kerajaan.

"Rakyat di negara ini mempunyai kebebasan dan hak bersuara yang dijamin oleh perlembagaan," tegasnya.

Lagpun katanya, suasana dan latar belakang politik dan budaya antara Mesir dan Kuala Lumpur perbezaannya seperti bumi dengan langit.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan orang Melayu supaya lebih berani mempertahankan hak mereka, agama, raja, keadilan sosial dan budaya dan segala keistimewaan yang dimiliki.

"Kita perlu berani mempertahankan hak kita, tidak perlu rasa takut walaupun kaum-kaum lain turut diberikan jaminan. Hak kita perlu dijaga dengan baik," katanya.

Rais berkata, orang Melayu perlu mengukuhkan perpaduan supaya tidak menjadi bangsa yang lemah sehingga gagal mempertahankan hak yang ada.

KDN kena bertindak terhadap akhbar tabur fitnah dan burukkan negara

Sebelum itu, Syed Ali dalam ucapan alu-aluannya mahu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau akhbar-akhbar dan media siber yang keterlaluan memburukkan kerajaan.

"Saya hairan kenapa kerajaan dilihat seperti sengaja membiarkan akhbar -akhbar pro-pembangkang bebas berada dipasaran dengan laporan berita yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kententeraman negara," tegasnya.

Beliau menyebut contoh bagaimana akhbar lidah rasmi PAS – Harakah yang begitu berani melemparkan pelbagai laporan negatif dan berbentuk fitnah.

Syed Ali juga turut melahirkan rasa bimbang perkembangan di kampus-kampus universiti tempatan yang dikatakan menjadi pusat gerakan anti kerajaan yang dipelopori oleh pembangkang.

"Kerajaan kena bertindak kerana pembangkang telah meracuni pemikiran mahasiswa dengan fahaman radikal," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut