Selasa, 8 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Benarkah perbelanjaan guaman ADUN Sri Muda guna duit rakyat ? - Syed Ali

Posted: 07 Feb 2011 07:43 PM PST

TAN Sri Khalid Ibrahim perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa kerajaan negeri Selangor menghulurkan bantuan guaman kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Suhaimi Shafei yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, Menteri Besar itu perlu memberi penjelasan secara telus mengenai dakwaan tersebut kerana ianya membabitkan wang rakyat.

"Ada maklumat mengatakan kerajaan negeri membiayai perbelanjaan guaman Suhaimi, jika benar, ia merupakan salah laku dan penyelewengan yang perlu diberikan perhatian serius," ujarnya.
Dalam hal ini katanya, Suruhanjaya pencegahan rasuah (SPRM) perklu meneliti dan menyiasat dakwaan tersebut kerana membabitkan kepentingan awam.
Implikasi tersebut juga jelas beliau, membuktikan kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) 'menentang' Sultan Selangor kerana turut membantu Suhaimi.


"Orang yang jelas menderhaka kepada Sultan masih dibantu, inilah sebenarnya perangai talam dua muka pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Suhaimi di hadapkan ke mahkamah Sesyen Shah Alam semalam atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, di laman blog pada akhir tahun lalu.

Artikel yang bertajuk Pandangan Saya Berasakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://srimuda.blogspot.com/.

Syed Ali kesal kerana wang rakyat telah digunakan untuk kepentingan ADUN berkenaan yang jelas menderhaka kepada perkenan Sultan Selangor berhubung perlantikan SUK.

"Jika benar dakwaan tersebut, nampaknya Khalid sanggup menghabiskan duit rakyat semata-mata untuk membantu Suhaimi melawan Sultan Selangor," tegasnya.
Sambil menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Syed Ali mendakwa kedua-dua mereka adalah pengkhianat kepada ketuanan Melayub dan institusi raja-raja Melayu.

Beliau mempersoalkan apakah kaedah yang sama boleh digunakan oleh UMNO dengan menggunakan duit kerajaan jika berdepan dengan saman oleh Anwar berhubung isu liwat beliau.

"Jawapannya tentulah pembangkang akan menyerang UMNO habis-habisan kononnya salahguna wang rakyat, tetapi dalam kes Suhaimi nampkanya mereka (pembangakang) yang menipu rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu, Syed Ali menyeru rakyat terutama di Selangor supaya menolak segala bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang sedang dilakukan oleh PR.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali mengecam tindakan Anwar yang dikatakan sedang berusaha menggerakan gelombang demontrasi anti kerajaan di negara ini.

"Ada berita mendakwa Anwar dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dikatakan berusaha untuk membangkitkan sentimen kemarahan rakyat terhadap kerajaan dengan mengambil contoh dalam beberapa kejadian di negara Timur Tengah dan Asia," ujarnya.
Katanya, gerakan ini perlu segera dipantau dan dibanteras kerana dikhuatiri boleh menimbulkan ketegangan dan merosakkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Justeru tegas beliau, perbicaraan kes liwat Anwar dengan Mohd. Saiful Bukhari perlu disegerakan bagi mengelak ia dipolitikkan oleh beliau untuk terus mengemis simpati kuasa asing.

"Anwar amat licik dan pakar dalam strategi putar alam dan akan melakukan apa sahaja untuk berkuasa terutama menjeleng Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," tambahnya.

Dalam hal ini, beliau mahu seluruh jentera perang saraf UMNO berperanan secara lebih pro-aktif bagi menyekat serangan provokasi dan dakyah yang sedang dimainkan oleh Anwar dan sekutunya dalam PR.

Tiada ulasan:

Pengikut