Isnin, 7 Februari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Debat Nik Aziz – Mohd. Noor perlu fokus kepada soal akidah

Posted: 06 Feb 2011 07:53 PM PST

DATUK Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu memberi fokus kepada isu yang menjadi kontroversi dalam debatnya dengan Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Mursyidul Am PAS itu dinasihatkan supaya tidak mengheretkan pihak lain dan isu peribadi dalam debat tersebut.

Beliau menegaskan, debat tersebut perlu berkisar kepada persoalan akidah dan isu semasa yang menyetuh kepentingan umat Islam tanpa berasaskan kepada kepentingan politik.

"Ianya perlu fokus kepada beberapa persoalan yang dicetuskan oleh Nik Aziz sebelum ini yang nyata telah menyesatkan pemikiran umat Islam di negara ini," tegasnya.

Sebagai contohnya jelas beliau, Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa pengundi yang tidak mengundi calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini adalah golongan jahiliah dan yang mengundi PAS akan masuk syurga.

Beliau beranggapan Nik Aziz telah merosakkan akidah umat Islam apabila mengeluatkan fatwa sesat yang memberi gambaran bahawa soal syurga dan neraka hanya ditentukan dengan menyokong PAS.

"Itu adalah pokok persoalan daripada kenyataan Nik Aziz yang menyentuh soal akidah, maka tajuk fokus debat tersebut hendaklah berkisar kepada isu tersebut," katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pengerusi Biro Agama dan Majlis Veteran UMNO Kelantan, Profesor Mohd. Noor Deris membuat cabaran terhadap Nik Aziz supaya berdebat dengan beliau berhubung pelbagai isu agama yang dikatakan semakin mengelirukan rakyat.

Bagaimanapun di Kota Bharu semalam, Nik Aziz berkata beliau bersedia mengadakan debat secara terbuka mengenai Islam dengan sesiapa sahaja tetapi tokoh berkenaan mestilah individu yang ada kuasa dan bertauliah.

Mengulas kenyataan Nik Aziz itu, Syed Ali berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sepatutntya tidak memperkecilkan kebolehan seseorang dalam usaha memperbetulkan akidah umat Islam yang telah dipesongkan oleh PAS.

Bagaimanapun tegas beliau, jika di amati kenyataan tersebut, nampaknya Nik Aziz seperti mahu mengelak daripada meneruskan debat tersebut dengan mula meletakkan syarat tertentu.

"Sama ada individu berkenaan bertauliah atau tidak bukan syarat utama tetapi rasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesilapan Nik Aziz perlu dilihat secara positif," ujarnya.

Dalam hubungan ini, beliau menyifatkan Nik Aziz sebagai ulama Pas yang mementingkan diri sendiri kerana selama ini beliau tidak pernah dicabar dan dikritik secara terbuka.

"Orang yang tidak pernah ditegur akan merasakan ilmunya terlalu tinggi sehingga tidak nampak keburukan diri sendiri," katanya.

Tiada ulasan:

Pengikut