PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN |
- 645 Pelajar Kaherah dipindah ke jeddah
- ADUN Seri Muda ditahan di bawah Akta Hasutan
- AL Mualim By Sami Yousuf
- Sami Yusuf - Mother (English & Arabic) - My Ummah
- Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics
- TERKINI : PARTI PECAHAN PAS ?
- PRK MERLIMAU : PAS MULA BERKEMPEN....
- BUKU JINGGA FUKATAN RAKYAT KINI JADI BUKU 555....HE..HE...
- JAMPI TOK GURU NIK AJIS SEMAKIN TAK MENJADI.....
- MASIH ADA YANG TIDAK BERSYUKUR.....
- PERASMIAN JENTERA PRK N 27 MERLIMAU
645 Pelajar Kaherah dipindah ke jeddah Posted: 03 Feb 2011 12:19 PM PST KAHERAH 4 Feb. — Seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat syarikat Air Asia dan Malaysia Airlines (MAS) hari ini, kata Timbalan Menteri Luar, A.Kohilan Pillay. Beliau berkata setakat ini, sejumlah 345 pelajar telahpun dipindahkan dengan pesawat MAS pada tiga petang waktu tempatan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan Tabung Haji kini ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan. Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah. Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah. "Sekarang ini kita dah hantar satu penerbangan, kita tengah menunggu kelulusan terakhir daripada mereka," katanya. Di ABU DHABI, sehingga kini, pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dibenarkan kerajaan Arab Saudi memasuki Jeddah. Pesawat itu yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 9.30 malam tadi, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pukul 12 tengah hari waktu Malaysia. Ia membawa makanan dan mempunyai misi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | |
Posted: 02 Feb 2011 10:02 PM PST | |
ADUN Seri Muda ditahan di bawah Akta Hasutan Posted: 02 Feb 2011 09:35 PM PST SHAH ALAM 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu. Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam. Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin. Shuhaimi perlu hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini untuk didakwa. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan penahanan dan pembebasan Shuhaimi Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | |
Posted: 02 Feb 2011 09:35 PM PST
| |
Sami Yusuf - Mother (English & Arabic) - My Ummah Posted: 02 Feb 2011 09:16 PM PST
| |
Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics Posted: 02 Feb 2011 09:06 PM PST
| |
Posted: 02 Feb 2011 07:30 PM PST | |
PRK MERLIMAU : PAS MULA BERKEMPEN.... Posted: 02 Feb 2011 06:48 PM PST
| |
BUKU JINGGA FUKATAN RAKYAT KINI JADI BUKU 555....HE..HE... Posted: 02 Feb 2011 04:50 PM PST | |
JAMPI TOK GURU NIK AJIS SEMAKIN TAK MENJADI..... Posted: 02 Feb 2011 04:31 PM PST
| |
MASIH ADA YANG TIDAK BERSYUKUR..... Posted: 02 Feb 2011 04:28 PM PST KINI, situasi yang sukar bukan sahaja dihadapi oleh rakyat Mesir tetapi juga berpuluh-puluh ribu warga asing yang terperangkap dalam krisis politik negara itu. Perhimpunan bantahan di bandar-bandar utama negara itu mengakibatkan keadaan semakin kacau-bilau. Kerajaan Mesir pimpinan Presiden Hosni Mubarak bagaikan tidak mampu lagi menguatkuasakan peraturan dan undang-undang. Dalam keadaan huru-hara inilah pencuri dan penjenayah lain mengambil kesempatan untuk merampas segala harta dari tempat awam. Ketiadaan penguat kuasa undang-undang juga adalah kesempatan bagi mereka membalas dendam. Sekarang ramai yang berusaha meninggalkan Mesir. Hidup dalam keadaan tidak menentu di Mesir sekarang amat memeritkan. Kerajaan kita sudah mengambil tindakan udara dan darat untuk membawa keluar kesemua pelajar dan rakyat kita dari bumi tamadun Firaun itu. Pengalaman lebih 11,000 pelajar kita yang akan pulang dari negara bergolak itu mungkin dapat menceritakan betapa bertuahnya hidup di Malaysia. Kekacauan yang melanda Mesir kerana mahu menggulingkan pemerintahan Mubarak menimbulkan ketidaktentuan terhadap rakyat dan ekonomi negara itu. Apa yang sedang berlaku di Mesir harus kita ambil sebagai iktibar. Ini kerana, tidak mustahil kejadian yang sama boleh berlaku di negara kita. Sebab itu kita harus bersyukur dan dimohon lindungan Tuhan agar tragedi seumpama itu tidak berlaku di Malaysia. Bayangkan jika negara kita terjerumus dalam gelora rusuhan dan pergaduhan antara kaum lontaran hasutan pihak tertentu dari dalam dan luar negara. Tiada siapa yang beruntung, sebaliknya negara kita memerlukan lebih banyak masa untuk proses memulihkan hubungan kaum dan membangunkan ekonomi semula. Masalah politik tidak wajar diselesaikan melalui rusuhan dan demonstrasi jalanan. Insaflah bahawa kestabilan dan kemakmuran hidup yang kita kecapi di negara ini jangan digadaikan. Peristiwa rusuhan di Mesir dan negara-negara lain sebelum ini patut menguatkan keazaman kita rakyat Malaysia untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Selain perpaduan antara kaum, kepimpinan atau kerajaan juga adalah faktor penting dalam menjamin kestabilan negara. Kita harus bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir undang-undang dan sosio-ekonomi negara dengan teratur. Kita percaya gandingan sokongan rakyat dan kerajaan mampu mengekalkan kedaulatan dan maruah negara ini. Kita tidak perlu mencontohi Mesir atau negara yang menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan kerana kita ada sistem untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Sistem pilihan raya adalah cara yang terbaik jika kita ingin mengubah kepimpinan negara. Adalah menjadi tradisi kita melakukan peralihan kuasa berjalan dengan baik dan lancar tanpa kekerasan. Syukurlah kestabilan negara kita. | |
PERASMIAN JENTERA PRK N 27 MERLIMAU Posted: 02 Feb 2011 04:25 PM PST Jentera UMNO hadapi PRK DUN Merlimau dilancar Sabtu iniMELAKA 2 Feb. - Jentera Penerangan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan dilancarkan di Dewan Masyarakat Air Merbau, Merlimau, Sabtu ini.Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia sebagai persediaan awal membantu UMNO negeri dan UMNO Bahagian Jasin memastikan Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau pada pilihan raya kecil 6 Mac ini. Menurutnya, jentera penerangan itu akan digerakkan di setiap peringkat untuk turun padang dan menjelaskan kepada rakyat berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. "Jentera kita akan disertai oleh penceramah, penulis dan bloggers yang akan menjawab setiap isu seperti kenaikan harga barangan dan beberapa isu nasional. "Penceramah termasuk mereka yang terlibat akan dibekalkan dengan segala maklumat terkini yang mampu menjawab sebarang isu yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang kepada penduduk di Merlimau," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan Pengarah Pilihan Raya DUN Merlimau yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Idris Haron dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Rahman. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, jentera penerangan yang akan dilancarkan itu adalah sama seperti di DUN Tenang tetapi ada kelebihan berdasarkan pengalaman yang dilalui sebelum ini. "Menjadi hasrat utama kita untuk memastikan calon BN yang akan bertanding pada 6 Mac ini akan turut beroleh kemenangan seperti yang dicapai di DUN Tenang. "Lebih penting, kita mahu DUN Merlimau turut mencatat kemenangan dengan majoriti yang besar," katanya. Sementara itu Mohd. Ali berkata, BN negeri telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi pilihan raya kecil itu dengan semua parti komponen telah mengemas kini jentera masing-masing. "Saya akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa ini untuk memaklumkan langkah-langkah dan persediaan yang dibuat oleh BN negeri," katanya. Beliau turut meminta UMNO di negeri lain berkampung di Merlimau sebelum atau selepas penamaan calon bagi membantu jentera UMNO negeri. |
You are subscribed to email updates from PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan