Hamidah Osman |
Posted: 03 Feb 2011 07:24 PM PST Hargai Wanita Dalam Perjuangan 1. Komitmen yang dirunjukkan oleh wanita dalam beberapa siri PRK kebelakangan ini amat membanggakan dan semakin tinggi. 2. Kejayaan ini dibantu oleh strategik dan perancangan rapi oleh Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Sharizat Abd Jalil yang begitu komitet dan berstategik dan segala tindalan dan perancangan. 3. Natijahnya, Bahagaian Penerangan Wanita UMNO jugak mengorak langkah terkehadapan dalam usaha membantu berkempen dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada pengundi di setiap PRK yang lalu. 4. Peranan yang dimainkan oleh Bloger-bloger juga harus diberikan penghargaan yang baik dan luar biasa dalam menyammpaikan maklumat kepada generasi kedua yang menjadikan alam maya media maklumat terkini. 5. Wanita-wanita UMNO masih relevan dan bersemangat dengan gaya konvensional, mengunjungi, beramah mesra, membantu, menyampaikan maklumat, merayu dan senantiasa bersangka baik dengan segenap lapisan masyarakat demi menyampaikan maklumat. 6. Peranan dan sumbanga Gelombang Merah dilihat semakin bertenagan dan mantap dalam menghadapi cabaran pilihanraya dimasa akan datang. 7. Harapan dan impian Kak Midah, Gelombang Merah ini senantiasa dihargai oleh semua pihak dalam membantu mencipta kejayaan dimasa hadapan. 8. Tahniah Wanita Umno kerana melaksanakan tugas dengan penuh semangat juang yang tinggi, semoga Wanita Umno akan terus relevan dihati rakyat Malaysia. Wanita Umno banyak membantu kemenangan di Dun tenang. 9. Terima kasih semua Wanita Umno yang senantiasa bertenaga dan berjasa Hamidah Osman Ketua Penerangan Wanita UMNO, Malaysia Pulau Pinang |
Posted: 03 Feb 2011 06:54 PM PST Salam 1 Malaysia. Kepada seluruh masyarakat Cina, Kak Midah mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Cina, Gong Xi Fa Cai. Moga tahun baru ini akan membawa perubahan yang lebih bik dan bermakna buat seluruh masyarakat Cina di Malaysia khususnya. Gong Xi Fa Cai. Kak Midah Sekeluarga dan seluruh Warga Sg Rapat |
Penuntut Di Mesir Moga Sejahtera dan Selamat Posted: 03 Feb 2011 06:45 PM PST Artikel UtusanPerpindahan pelajar lancarTimbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kumpulan pertama terdiri daripada 345 pelajar diterbangkan menggunakan pesawat MAS pukul 2 petang ini waktu Kaherah manakala selebihnya menerusi pesawat AirAsia 30 minit selepas itu. Menurutnya, pelajar perempuan tahun pertama dan yang tidak sihat diberi keutamaan untuk dibawa keluar dari Mesir seberapa segera. "Kita ambil pelajar-pelajar tersebut dari rumah-rumah negeri di sekitar Mesir termasuk yang menuntut di madrasah di samping melengkapkan sijil kecemasan kepada yang kehilangan pasport," katanya ketika dihubungi di Kaherah, hari ini. Kohilan berkata, setakat ini seramai 11,700 pelajar telah berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah sementara 5,000 lagi tidak berdaftar. Dalam pada itu, katanya, pihak kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk membawa keluar kesemua rakyat Malaysia dari Mesir secepat mungkin mengikut giliran dan keadaan. Kohilan memberitahu, beliau menerima ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta kerajaan mempercepatkan proses tersebut. Beliau menjelaskan, kesemua pelajar yang dipindahkan ke Jeddah itu akan tinggal di beberapa buah asrama milik Tabung Haji dalam tempoh dua minggu hingga sebulan. "Sekiranya keadaan kembali aman, pelajar-pelajar tersebut akan kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian masing-masing," ujarnya. Mengenai pergolakan politik di Kaherah, Kohilan memberitahu, keadaan semakin pulih yang mana penduduk boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat manakala pasar mula dibuka seperti biasa. Beliau menjelaskan, rusuhan hanya berlaku di sesetengah kawasan dan bukan di seluruh negara itu, manakala, sistem telekomunikasi sudah boleh digunakan termasuk penggunaan Internet. Di KOTA KINABALU, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kerajaan memilih Jeddah sebagai lokasi penempatan sementara kerana ia merupakan negara jiran Mesir yang paling dekat dan selamat. Menurut beliau, kerajaan bukannya tidak mahu membawa mereka pulang terus ke Malaysia, tetapi jumlah terlibat terlalu ramai iaitu kira-kira 11,379 pelajar yang mendaftar di Mesir. "Kerajaan tidak mahu membuang masa untuk pulang ke Malaysia yang mengambil masa selama lapan hingga sembilan jam perjalanan. "Kita berusaha memastikan semua rakyat Malaysia dapat dikeluarkan terlebih dahulu dan berada di tempat yang selamat," katanya pada sidang akhbar hari ini. Ditanya mengenai kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 yang sedang dalam perjalanan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir, Anifah berkata, kapal tersebut ketika ini terpaksa menukar destinasi. Katanya, kapal tersebut ketika ini sedang melalui Teluk Eden dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada Sabtu ini. Beliau memberitahu, KD Bunga Mas 5 mempunyai kapasiti mengangkut kira-kira 500 pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir untuk satu perjalanan. Mengenai tempoh misi menyelamat semua rakyat Malaysia di Mesir akan selesai, Anifah berkata, berdasarkan jumlah rakyat yang direkodkan oleh kedutaan negara di Mesir iaitu seramai 11,379 orang, ia mungkin mengambil masa selama empat hari setengah. P/S : Kak Midah jugak mendoakan semoga ahli keluarga yang anak serta ahli keluarga mereka masih berada di Mesir agar bertenang dan bersabar. Kerajaan pasti akan melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Moga semua penuntut kita di dalam pelindungan Allah SWT. Bersamalah kita berdoa. Salam semua Kak Midah Ipoh, Perak |
You are subscribed to email updates from Hamidah Osman To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan