Apo Kono Eh Jang! |
- Interlok – Dari Perspektif Orang India
- PAS tak yakin kemampuan sendiri di Kerdau..
- PAS buat fitnah kata calon BN tak ada Sijil..
Interlok – Dari Perspektif Orang India Posted: 27 Feb 2011 02:06 AM PST Penulis menyangkakan bila melepasi lampu isyarat keluar dari pekan Merlimau menuju balik, tugasan penulis untuk hari ini sudah selesai. Tapi deretan kenderaan yang memenuhi sepanjang jalan Merlimau-Jasin menarik perhatian penulis akan program yang sedang diadakan. Kenderaan petugas BN yang dilihat menyakinkan penulis, itu bukan program pembangkang malah rupanya pertemuan pengundi dengan calon BN. Jumlah orang yang ramai, bersesak-sesak memenuhi khemah tempat program perjumpaan dengan calon BN diadakan, menghalang penulis dari mendekati untuk mengambil gambar. Perjumpaan diadakan dikawasan kebun getah, suasana malap menghalang penulis yang hanya bersenjatakan kamera telefon untuk mengambil gambar dengan jelas. Panjang pulak mukadimahnya ya. Dipendekan cerita, penulis didekati seorang lelaki India pertengahan umur. Sesuai dengan kes mahkamah yang popular sekarang ini, penulis namakan lelaki ini sebagai Mr. G yang berasal dari Johor tapi telah berpuluh tahun menetap dikawasan estet berdekatan peti undi Seri Mendapat, Merlimau. Asalnya untuk bertanya kereta siapa yang menghalang jalan, tapi kemesraan kemudianya membolehkan kami bercerita panjang. Topik perbincangan mengenai demo Hindraf yang diadakan di Kuala Lumpur pada pagi tadi. Memandangkan Mr. G beragama Kristian, tiada halangan baginya bercerita banyak mengenai tradisi orang India yang banyak dipengaruhi unsur-unsur hiduisme, termasuk sistem kasta dengan terbuka. Banyak perkara yang kami bincangkan, antaranya asal usul sistem kasta yang sebenarnya merujuk kepada kelas pekerjaan sehinggalah kepada perkataan pariah dalam novel Interlok. Apa yang boleh penulis simpulkan ialah, perkataan pariah atau kesingkatannya parie ini teramat sensitif dikalangan masyarakat India. Lupakanlah soal Interlok ditulis 40 tahun dulu tapi tidak mendatangkan masalah, yang penting ialah sensitiviti orang India mengenai perkataan paria dalam novel Interlok itu perlu diambil berat oleh pihak kerajaan. Menurut Mr. G, tahap sensitiviti itu jika ada diantara orang India yang memanggil orang India lain sebagai pariah nesccaya orang itu akan diparang!! Begitulah setakat yang diceritakan Mr. G. Mr. G mencadangkan agar pihak kerajaan meminda perkataan pariah itu dengan perkataan Arjan. Perumpamaannya, orang melayu memanggil babi dibandng dengan khinzir – lebih lembut dan beralas walaupun mempunyai maksud yang sama. Menurut Mr. G, orang India marah kerana sejak 'krisis Interlok' ini tercetus, semua mereka pun tidak kira apa kasta sudah dianggap satu kasta saja iaitu pariah. Ini yang sangat-sangat tidak menyenangkan mereka. Menurut Mr. G lagi niat asal membangkitkan isu perkataan pariah dalam Interlok ini adalah baik tetapi telah dirampas oleh puak-puak radikal seperti Hindraf. Tanpa berselindung, Mr G menamakan 2 parti utama komponen pembangkang yang sebenarnya menjadi dalang atas kejadian hari ini. Malah hari ini dipilih dengan sengaja untuk mengurangkan sebanyak mungkin undi orang India kepada BN di Kerdau dan Merlimau terutama di Merlimau yang mempunyai 14.16% pengundi India. Semua orang India di Malaysia ini dakwa Mr. G mempunyai pengetahuan tentang demo yang diadakan hari ini. Ia telah disebar secara meluas melalui sms dan internet malah akhbar juga. Justeru, jika mereka ditangkap dikawasan yang telah dikenal pasti, bermaksud memang mereka berada disitu untuk menyertai demonstrasi yang dianjurkan. Itulah kisah perbualan penulis dengan Mr. G setelah diringkaskan. Penulis tidak berada di dalam posisi untuk mengatakan siapa yang betul dan salah tetapi penulis harap dengan penubuhan jawatankuasa yang melibatkan penyertaan orang India dan pihak Kementerian dalam penyelesaian isu Interlok ini, semua pihak akan berpuas hati dan menerima jalan penyelesaian yang diputuskan nanti. |
PAS tak yakin kemampuan sendiri di Kerdau.. Posted: 27 Feb 2011 12:38 AM PST PAS di Kerdau ternyata tak mampu untuk menarik perhatian kaum cina apabila hanya mampu mengharapkan DAP melakukan tugas tersebut. Perkara ini dibayangkan sendiri oleh Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw ketika memberitahu media di Temerloh semalam. Sebab itulah DAP berjanji akan berusaha keras untuk memastikan pengundi cina di Dun Kerdau akan memberikan undi mereka kepada calon PAS. Menurut Tan, DAP juga akan memastikan undi PAS bertambah disini walaupun satu undi berbanding PRU lalu. Ini sekaligus membayangkan bahawa calon PAS Hassanudin Salim bukanlah satu calon yang mampu diterima oleh masyarakat setempat. Mengapa PAS hanya mengharapkan kepada DAP untuk berkempen bagi pihak mereka dihadapan kaum cina sedangkan selama ini mereka kata kaum cina semua telah menerima PAS? Apakah mereka sendiri tak yakin dengan slogan PAS for All yang mereka laung-laungkan selama ini? PAS seharusnya sedar, di Kerdau ni mereka bukan sahaja hilang kepercayaan dari kaum cina dan India, PAS juga telah kehilangan kepercayaan dari masyarakat orang asli dan juga bangsa melayu kebanyakannya. Di samping itu, masyarakat Felda dan Felcra juga kurang yakin dengan kebolehan PAS mentadbir kawasan. Cuba kita bayangkan, kalau masyarakat Felda yang kebanyakannya terdiri dari orang Kelantan sendiri pun tak percaya kepada PAS, apatah lagi dengan penduduk Kerdau sendiri. Walaupun kempen Pilihanraya sudah masuk hari kedua, PAS Pahang sendiri masih tak mampu untuk mengadakan ceramah kerana tak yakin dengan kemampuan jentera serta penceramah mereka sendiri. Mereka hanya mengharapkan bantuan penceramah dari luar seperti Nik Aziz, Anwar dan Mat Sabu untuk datang berceramah mempromosi calon mereka. Kalau nak harapkan PAS Pahang, alamat tak bergeraklah calon PAS bagi Dun ini. Semua ini menguatkan lagi dakwaan bahawa PAS bertanding di Kerdau ini hanya untuk menjaga imej mereka dari memberikan kemenangan percuma kepada UMNO/BN. Mereka sebenarnya sudah tahu akan kalah, tapi malu untuk mengakui hakikat tersebut. |
PAS buat fitnah kata calon BN tak ada Sijil.. Posted: 26 Feb 2011 11:21 PM PST Penyokong-penyokong PAS sebelum ni mengatakan yang calon UMNO/BN bagi PRK Kerdau menipu mengenai kelayakannya yang berkelulusan dari Mesir. Tapi, ternyata semua dakwaan mereka itu adalah fitnah semata-mata. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Bin Shamsudin semalam telah mendedahkan sijil yang diperolehi oleh calon UMNO/BN tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa para penyokong PAS hanya tahu membuat fitnah yang langsung tak berasas bagi menjatuhkan imej calon UMNO/BN. Sijil yang dikeluarkan Universiti Al-Azhar telah mengesahkan pembohongan yang dilakukan oleh pengikut-pengikut pembangkang di PRK Kerdau ini. Ini pula Surat Pengesahan dari pihak Kedutaan bahagian Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah. Terdesak sangat nampaknya pihak pembangkang di Kerdau sehingga sanggup buat fitnah. Slip keputusan untuk kelulusan pengajian bahasa arab yang diikuti oleh calon UMNO/BN, Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad di Mesir. Apakah pihak PAS ingat mereka sahaja yang mampu menguasai bahasa Arab di Malaysia ini? Lihatlah bagaimana kejinya perangai pengikut-pengikut PAS yang tergamak buat fitnah hanya kerana politik. Inikah akhlak yang mereka war-warkan didalam sebuah parti yang kononnya Islam? Inikah ajaran yang mereka belajar dari Tok Guru mereka Nik Aziz? Sungguh memalukan !! |
You are subscribed to email updates from Apo Kono Eh Jang! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan