Rabu, 19 Januari 2011

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


Debat: anwar kena jawab 10 soalan

Posted: 18 Jan 2011 04:23 PM PST


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjawab 10 soalan terlebih dahulu sebelum layak berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, ini termasuk sama ada beliau berani bersumpah menggunakan al-Quran di masjid bahawa dia tidak meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Beliau pasti 'Pelan 100 Hari' yang dicadangkan Anwar bukan berkisar kepada isu ekonomi sebaliknya kemungkinan ada kepentingan peribadi pemimpin pembangkang.

"Itulah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang cukup pintar berdolak-dalik, berbohong dan memanipulasikan keadaan supaya rakyat simpati kepada beliau.

"Banyak pihak memberitahu saya bahawa Anwar sebenarnya tidak layak untuk berdebat dengan mana-mana pihak pun, apatah lagi dengan Najib.

"Mereka memberi 10 pertanyaan mudah yang memerlukan Anwar menjawabnya secara terbuka terlebih dahulu sebelum ingin berdebat," katanya dalam entri terbarunya di http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

1. Menurut Syed Ali, persoalan lain yang 'wajib' dijawab Anwar ialah sama ada beliau sanggup menjelaskan kepada rakyat bahawa dirinya bukan tali barut dan alat kepada kuasa asing khususnya rejim Yahudi.

Katanya, persoalan lain yang perlu dijawab Anwar adalah:


2. Menyatakan kepada rakyat bahawa dia tidak bersubahat dengan DAP untuk hancurkan Melayu.

3. Beranikah beliau bersumpah bahawa dia tidak berbohong dalam isu politik di Selangor dan Perak?

4. Benarkah pengakuan Karpal Singh yang dibuat di Parlimen bahawa dia terbabit dalam kes liwat?

5. Jelaskan secara terbuka bahawa beliau berpakat dengan DAP untuk ketepikan Pas dalam pakatan pembangkang.

6. Mengaku bahawa beliau selama ini menggunakan media asing untuk memburukkan imej negara dan merosakkan nama baik kerajaan BN dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

7. Mengaku bahawa beliau tidak pernah terbabit sebagai ejen dan alat kepada Amerika Syarikat.

9. Menyatakan pendirian secara terbuka bahawa beliau tetap mempertahankan institusi raja-raja Melayu daripada diperlekehkan oleh DAP; dan

10. Mengaku bahawa beliau bukan petualang untuk menghakis ketuanan Melayu dan agama Islam di negara ini.




Bookmark and Share



Pas Dicabar, Apakah Anwar Pemimpin Islamik Yang Dicari Pas Selama Ini?

Posted: 18 Jan 2011 03:01 PM PST

PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menilai dan memikirkan dengan mendalam kedudukan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada layak atau sebaliknya untuk terus memimpin mereka.

Setiausaha UMNO Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata kekhuatiran timbul setelah melihat tindak tanduk Anwar hari ini yang tidak lagi 'Islamik' dan tidak sejajar dengan apa yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan Pas.

Menurut beliau Pas perlu lihat adakah Anwar begitu serius untuk memimpin dalam soal perpaduan di negara ini atau mempunyai kepentingan politik peribadi khususnya menjayakan agenda yang terpendam setelah dipecat daripada UMNO dan kerajaan pada satu ketika dahulu.

"Cuba kita imbau bagaimana Anwar selepas keluar daripada penjara sehingga ke hari ini yang mana kita tidak mendengar sebarang berita pemergian Anwar ke tanah suci Mekah baik untuk menunaikan umrah atau menunaikan haji. Sepanjang pengetahuan sayalah, kita tidak mendengar khabar beliau pergi ke sana. Paling-paling dekat dengan tanah suci pun, saya rasa sekadar di Dubai.

"Nik Aziz baru pun sahaja pulang daripada Mekah sebelum ini….takkan Anwar yang merasakan difitnah dan diaibkan tidak ada keinginan langsung untuk berdoa di depan Kaabah. Kalau nak kata tidak berkemampuan, itu tidak logik kerana Anwar mempunyai cukup syarat untuk menunaikan rukun Islam tersebut," katanya kepada UMNO-Online.

Alwi yang juga ADUN Kok Lanas seterusnya menambah, atas faktor berkenaan, bersediakah Nik Aziz dan Hadi untuk menerima kepimpinan Anwar dalam menerajui kepimpinan pembangkang.

"Apa yang kita tahu, selepas keluar daripada penjara, beliau mendapatkan rawatan di Jerman selain kerap ke Amerika. Kebiasaanya, kita sebagai umat Islam, apabila berdepan dengan sebarang musibah, sudah pasti kita berhajat untuk ke ke tanah suci"


Tambahan pula tegas beliau, bukankah Hadi baru-baru ini menegaskan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan berhubung agenda negara Islam.

"Ini adalah soal asas kepimpinan Islamik. Apakah Anwar begitu 'Islamik' di mata Hadi dan Nik Aziz. Apakah tindak tanduk Anwar memenuhi ciri-ciri kepimpinan Islam yang Nik Aziz dan Hadi cari dari sejak dari dahulu hingga ke hari ini," katanya.

Beliau seterusnya meminta kepimpinan Pas menilai apakah status mereka dalam pakatan pembangkang hari ini sama ada "junior atau senior partner".

"Kalau sekadar jadi 'pak turut' tidak ada maknanya. Bukankah Pas mempunyai jentera yang kuat dan adakah mereka rela melihat jenteranya diperkudakan oleh sekutu mereka DAP dan PKR," katanya. -MediaUMNO




Bookmark and Share

Tiada ulasan:

Pengikut