UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN |
TUN MAHATHIR MENJADI BAHAN KETAWA ORANG SINGAPURA !!! Posted: 20 Jan 2011 05:00 PM PST Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi topik hangat apabila ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat.Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr. Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang terpinggir dan ketinggalan. Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca, Sallim Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr. Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal. "Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr. Mahathir.Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia," katanya. Beliau berkata, Dr. Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh.Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di sini terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi. "Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," katanya. Seorang lagi pembaca, Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr. Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau menyelidik dulu keadaan orang Melayu di sini. "Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus," katanya. Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di sini tidak ada bercanggah, malah sejajar dengan ajaran Islam.Kamariah berkata, kemungkinan Dr. Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis, Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dan mereka ada kebebasan dalam hal agama serta pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain. "Tun Dr. Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura, bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju," tulis Eusope. Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat kaum Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr. Mahathir.Katanya, alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah tersebut.Menurutnya, memang tidak dinafikan, Dr. Mahathir sering mengeluarkan kenyataan kontroversial dan tidak semestinya semua dinyatakan beliau adalah benar.Namun, katanya, setiap manusia ada kelemahannya dan beliau amat terkejut apabila melihat surat mengutuk Dr. Mahathir, malah ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya sebagai 'seorang tua yang nyanyuk'.Walid berkata, walaupun jika seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah digunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.Katanya. Dr. Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia,bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam. "Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam. Sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin Islam di mana-mana sahaja seperti isu Bosnia (Herzegovina), Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi," katanya. Menurutnya, Dr. Mahathir dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari Bosnia-Herzegovina, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007. "Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut," kata Walid. Mengulas komen seorang pembaca yang mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, Walid bertanya, tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri? Bahkan, katanya, kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai 'Harimau Asia' oleh IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) kerana kemajuan ekonominya.Walid berkata, Dr. Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia. "Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam. "Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar. Kita tidak melihat masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri," katanya. sumber bernama POST BY DR.ME... |
KERUSI PELABUHAN KLANG KOSONG !!! Posted: 19 Jan 2011 11:00 PM PST Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor,Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.Beliau berkata,keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu dibuat setelah wakil rakyat itu tidak menghadiri sidang DUN bermula Julai 2010 hingga Januari tahun ini.Menjelaskan rekod kehadiran wakil rakyat itu,Chang Kim berkata, Badrul Hisham hadir sidang pertama DUN pada 12 hingga 14 April 2010 iaitu sepanjang tiga hari ia berlangsung. ''Sidang kedua DUN pada 12 hingga 15 Julai 2010, beliau tidak hadir selama dua hari iaitu pada 13 dan 14 Julai.Pada sidang ketiga DUN 8 hingga 6 November lalu, beliau tidak hadir langsung tanpa sebarang alasan. Malah,beliau sendiri mengakui tidak hadir dalam sidang berkenaan melalui satu surat bertarikh 10 Disember.Dalam surat itu,beliau menyatakan menerima rawatan tradisional di Pahang ketika sidang DUN berlangsung dan saya membalas surat beliau pada 12 Disember dengan memaklumkan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Chang Khim berkata, keputusan mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu dibuat selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 di bawah Artikel 69 perlembagaan negeri itu. Kata beliau,artikel tersebut menetapkan bahawa sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir tanpa kebenaran Speaker pada tiap-tiap persidangan selama enam bulan, kerusinya hendaklah diisytiharkan kosong oleh Speaker.Malah katanya, keputusan itu juga dibacakan bersama dengan Artikel 70 (1) perlembagaan negeri. Kata beliau, artikel itu menyatakan sultan hendaklah dari semasa ke semasa melalui proklamasi yang disiarkan dalam warta memanggil DUN bermesyuarat dan tidak boleh membiarkan luput enam bulan antara persidangan terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan bagi persidangan pertamanya dalam penggal berikutnya. Ditanya adakah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diberikan notis mengenai kekosongan kerusi berkenaan, Chang Khim berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada suruhanjaya berkenaan tetapi belum menetapkan tarikh untuk berbuat demikian.DI PUTRAJAYA, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, suruhanjaya itu akan meneliti secara mendalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor sebelum membuat keputusan muktamad sama ada berlaku kekosongan di kerusi DUN Pelabuhan Klang. "Setiap negeri mempunyai Undang-Undang Tubuhnya sendiri. Seperti mana yang berlaku di kerusi DUN Kota Siputeh, Kedah tempoh hari yang diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan ekoran penyandangnya gagal menghadiri dua persidangan dewan, demikian juga di Selangor ini yang kita kena kaji dengan teliti undang-undang negerinya.Yang menentukan kekosongan sesuatu kerusi itu adalah SPR dan kita akan pastikan dalam tempoh 60 hari ini perkara ini dibincangkan. Kita masih menunggu surat rasmi Speaker (Chang Khim)," katanya kepada Utusan Malaysia. sumber utusan malaysia POST BY DR.ME... |
You are subscribed to email updates from UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
supreme hoodie
jordan 6
supreme
curry shoes
off white jordan 1
yeezy
yeezy
kyrie irving shoes
air jordan travis scott
yeezy 350
Catat Ulasan