Isnin, 24 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


PAS sengaja politikkan isu salam di Tenang – Syed Ali

Posted: 24 Jan 2011 01:13 AM PST

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, PAS tidak harus mempolitikkan isu salam dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Katanya, keengganan calon PAS, Normala Sudirman bersalam dengan lelaki dilihat sengaja digembar-gemburkan untuk meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Beliau menempelak Pas yang didakwanya boleh mengeluarkan fatwa jika 'sedap' untuk mereka tetapi diharamkan jika dilihat memihak kepada pihak lain khususnya UMNO.

"Di mana sebenarnya pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mengapa PAS boleh buat apa sahaja sedangkan orang lain tidak boleh ?" soal beliau.

Katanya, PAS sebelum ini juga telah banyak mengeluarkan fatwa yang menyesatkan pemikiran umat Islam apabila menuduh orang UMNO adalah kafir.

"Tetapi mereka keluarkan pula fatwa yang menyedapkan hati mereka apabila bersubahat dengan DAP, sekumpulan Cina pelampau. Inilah yang dikatakan fatwa syok sendiri," tegasnya.

Beliau mendakwa, isu salam itu telah diputarbelitkan oleh PAS dalam siri ceramah mereka di Tenang tanpa memberi penjelasan yang tepat berdasarkan syariat.

Syed Ali mengambil contoh ketika kunjungan ulama tersohor dunia, Dr. Yusoff Al-Qardawi ke rumah Penasihat Umum Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama dulu.

Katanya, semasa kunjungan tersebut, keluarga Anwar termasuk anak perempuannya dikatakan bersalaman dengan Yusoff Al-Qardawi tanpa menutup aurat (tidak beralaskan kain).

"Kenapa ulama PAS termasuk mereka yang digelarkan sebagai pakar agama jadi bisu dan tidak berani menegur perbuatan Anwar dan keluarga beliau," ujarnya.

Ini kata Syed Ali, membuktikan ulama PAS mengamalkan sikap 'double-standard' dan hanya dibolehkan asalkan memberi keuntungan politik kepada kumpulan mereka.

"Golongan inilah sebenarnya yang menyesatkan pemikiran umat Islam dengan fahaman dan fatwa yang berbelit-belit atas kepentingan politik," tegasnya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang bersetuju dengan pandangan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Nik Aziz berhubung keengganan calon PAS, Normala bersalaman dengan lelaki di Tenang.

Isu itu dikatakan dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Sepatutnya tambah beliau, ulama PAS memperbetulkan tanggapan Soi Lek secara berhemah jika benar mereka ikhalas untuk berdakwah tanpa dicampur adukkan dengan agenda politik.

Syed Ali : DAP cucuk hidung Anwar kerana tahu rahsia liwat

Posted: 23 Jan 2011 07:12 PM PST

KARPAL Singh sengaja menggunakan isu liwat untuk memerangkap Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha mengukuhkan pengaruh politik DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, DAP memperalatkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu di negara ini.

"Anwar sudah termasuk jerat yang dipasang oleh Karpal Singh menyebabkan beliau tidak mampu lagi bersuara membela kepentingan bangsanya sendiri," tegasnya.

Ini kata beliau, kerana Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP banyak mengetahui rahsia aktiviti liwat Anwar sepertimana yang pernah beliau dedahkan di Parlimen tidak lama dulu.

Sehubungan itu jelas beliau, kredibiliti Karpal Singh sebagai peguam utama dalam kes Anwar sudah tercalar dan sepatutnya beliau menarik diri daripada meneruskan pembelaan tersebut.

"Sekarang DAP berjaya menjadikan Anwar sebagai keldai politik, strategi seterusnya berusaha menjinakkan PAS sebagai alat untuk merosakkan perpaduan umat Islam," katanya.

"Apabila Melayu berpecah dan kesatuan umat Islam menjadi lemah, pada ketika itulah DAP akan mengambil kesempatan untuk menguasai negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang mendakwa Karpal Singh telah mencemarkan imej peguam tempatan dan sistem perundangan negara.

Choo Keong turut mendakwa Karpal Singh tahu mengenai aktiviti liwat Anwar dan sikapnya itu jelas membelakangi etika dan kod amalan guaman.

Menurut Syed Ali lagi, DAP yang merupakan parti perkauman memperalatkan Anwar untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai parti yang mendominasikan perjuangan PR.

NIK Aziz boleh ajar Anwar bertaubat

"Inilah sikap Anwar yang sanggup menjadi kuda tunggangan DAP dan dalam masa yang sama terus berbohong dengan mengeluarkan pelbagai fitnah mengecam UMNO dan Barsian Nasional (BN)," katanya.

Dalam hal ini, Syed Ali mengulangi cabaarannya terhadap Anwar supaya bersumpah menggunakan al-quran bagi membuktikan dirinya bersih daripada aktiviti liwat.

Beliau menempelak Anwar kerana menjadikan Karpal Singh sebagai 'tok guru' daripada mendapat nasihat daripada tokoh agama dalam PAS yang selama ini digembar-gemburkan sebagai parti Islam.

"Pada hemat saya, Mursyidul Am, PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin boleh mengajar Anwar untuk bertaubat dalam kes liwatnya dengan Mohd. Saiful Bukhari," ujarnya.

Tiada ulasan:

Pengikut