Rabu, 12 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Interlok : Mengapa dilihat daripada perspektif politik ?

Posted: 11 Jan 2011 07:49 PM PST

Oleh SYED ALI ALHABSHEE

NOVEL Interlok nukilan sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain perlu dilihat dari sudut pembangunan sosio-budaya rakyat Malaysia, bukannya tafsiran kepada aspek politik perkauman.

Mengapa novel itu perlu dilihat kepada aspek politik ? apakah kerana cemburu kepada perpaduan kaum sekarang ini sehingga terpaksa mengambil jalan mudah meniupkan api perkauman,?

Pada hemat saya, akibat kegagalan melihatnya daripada perspektif sejarah dan realiti kehidupan rakyat pada zaman itu (1900an), timbul sangkaan buruk kononnya novel tersebut menyelitkan unsur rasis yang menyentuh sebahagian kecil masyarakat India.

Oleh sebab itu saya sungguh amat kecewa dan simpati kepada Abdullah kerana tindakan membakar novel tersebut seperti 'membunuh' kebebasan sastrawan tanahair untuk berkarya.

Inilah bahananya apabila masih ada segelintir pemain politik berfikiran cetek yang tergamak mempolitikkan apa sahaja untuk agenda peribadi mereka.

Mereka yang berada dalam kumpulan pembangkang akan mencari pelbagai isu atau kesempatan untuk membakar sentimen perkauman bagi membangkitkan kemarahan daripada satu golongan lain.

Dalam hal ini, mereka menjadikan Interlok sebagai mangsa dengan sengaja menimbulkan persoalan rasis sedangkan latar penceritaan dalam buku tersebut mendasari kehidupan normal masyarakat pelbagai kaum di negara ini pada zaman penjajah.

Pada saya, tanggapan ianya rasis adalah salah dan ia menjadi kacau serta penghinaan kepada penulisnya apabila mereka mengambil tindakan memijak dan membakar novel berkenaan.

Perbuatan tersebut bukan sekadar satu tindakan biadab tetapi menonjolkan sikap kebodohan serta kegilaan mereka yang taksub dengan sentiment politik perkauman.

Saya ingin bertanya : "Mengapa hanya Interlok yang perlu dilihat sebagai menghina kaum India, sedangkan banyak lagi bahan penulisan memaparkan ranjau kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman permulaan penemuan Temasik (Singapura) sehingga kepada Kesultanan Kerajaan Melaka seperti yang dipaparkan menerusi Sejarah Melayu.

Tonjolkan sikap kegilaan & kebodohan

Orang Melayu sebenarnya tidak pernah mengambil tindakan kurang rasional terhadap penceritaan Sejarah Melayu sebaliknya menerimanya sebagai bahan sejarah yang bernilai untuk tamadun negara-bangsa.

Malah banyak lagi hasil sastera selepas kemerdekaan yang memamparkan realiti kehidupan orang Melayu yang bergelumang dengan kemiskinan dan hasad dengki sepertimana digarapkan oleh Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad menerusi novel Ranjau Sepanjang Jalan.

Saya melihat hasil karya tersebut merupakan realiti kehidupan sebenar masyarakat Melayu pada zaman itu dan ia diterima baik sebagai pencetus kebangkitan semangat untuk berubah, bukannya terjebak dengan sentimen melulu.

Dalam hal ini, penceritaan Abdullah menerusi Interlok merupakan pengisahan latar budaya masyarakat setempat menerusi pengamatan dan pengalaman beliau.

Interlok adalah realiti kehidupan sebenar rakyat negara ini termasuk kaum imigran dan masyarakat khususnya kaum India perlu menerima kehadirannya sebagai garapan bernilai dalam kesusteraan tanahair.

Sehubungan itu, saya amat berharap Kementerian Pelajaran tegas dengan pendiriannya untuk menjadikan Interlok sebagai teks sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.

Sabtu lalu, kira-kira 100 masyarakat India membakar novel berkenaan dan gambar Abdullah di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Selangor kerana mendakwa Interlok mempunyai unsur menghina kaum India.

Tiada ulasan:

Pengikut