Selasa, 11 Januari 2011

umno bahagian cheras

umno bahagian cheras


Sebelum ajak Najib berdebat , eloknya terlebih dahulu Anwar bersumpah tidak liwat Saiful

Posted: 10 Jan 2011 11:11 PM PST

DATUK Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak perlu melayan desakan penasihat Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat berhubung isu ekonomi khususnya Program 100 hari Pakatan Pembangkang (PR).

Menuurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Perdana Menteri hanya membuang masa jika melayan kerenah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kerana selama ini beliau terbukti cukup cekap berbohong dan memutarbelitkan fakta.

"PM tak perlu layan sangat perangai orang yang gilakan jawatan dan sedang berdepan dengan perbicraan kes liwat," katanya.

Lagipun jelas Syed Ali, Anwar tidak ada 'kelas' untuk berdepan dengan Najib kerana ketika memegang jawatan Menteri Kewangan (1990-1998), peranannya langsung tidak berfungsi.

Katanya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya yang lebih arif mengenai Anwar ketika berlaku krisis penyangak mata wang.

Beliau mengulas cabaran terbaru Anwar sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah program Transformasi Ekonomi yang menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu, pagi ini (Selasa).

Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini mencabar Najib untuk berdebat secara terbuka menentukan siapa yang lebih hebat mengendalikan ekonomi negara.

Sidang akhbar khusus itu diadakan bagi mempertahankan Program 100 hari yang diumumkan PR bulan lalu, yang disifatkan oleh pakar ekonomi dan pemimpin politik boleh membangkrapkan negara.

Semalam, Perdana Menteri juga menyifatkan program 100 hari Anwar itu sebagai popolis dan tidak bertanggungjawab yang mengakibatkan anak-cucu akan datang hidup merana.

Mengulas lanjut cabaran tersebut, Syed Ali menambah bahawa Anwar sebenarnya tidak ada 'kerja' selain mengkucar-kacirkan negara dan berhempas pulas membersihkan dirinya daripada pertuduhan meliwat.

"Sebelum Anwar mengajak Najib berdebat, rasanya lebih elok beliau terlebih dahulu bersumpah al-quran tidak terbabit dalam kes liwat dengan Mohd. Saiful Bukhari," tegasnnya.

Anwar juga katanya, perlu terlebih dahulu memberikan perhatian untuk membetulkan pendtabiran kerajaan negeri Selangor yang semakin menyusahkan rakyat negeri itu.

Mengenai Program 100 hari, beliau menjelaskan Anwar seperti Mat Jenin, boleh bermimpi dan juga berbohong sepertimana strategi 16 September yang kini menjadi bahawa ketawa orang ramai.

Ingatan kepada PAS : Jangan berselindung disebalik solat hajat untuk tutup keburukan – Syed Ali

Posted: 10 Jan 2011 07:33 PM PST

PAS diingatkan supaya tidak berselindung disebalik amalan solat hajat bagi menutup kepincangan dan kelemahan, apatah lagi untuk menegakkan kebenaran yang diragui rakyat.

"Solat hajat memang digalakkan di kalangan umat Islam, tetapi niat dan matlamatnya hendaklah jelas, bukan bertujuan melindungi seseorang ditimpa musibah di atas perbuatannya sendiri, seperti terbabit dalam kes meliwat," kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, jika seseorang itu sengaja melakukan perkara yang dilaknati Allah S.W.T seperti amalan seks songsang, ianya tidak memadai dengan solat hajat sebaliknya wajar segera bertaubat.

Sehubungan itu jelas beliau, apabila PAS mengadakan solat hajat atas kepentingan politik jelas menunjukkan pihak pembangkang telah memperalatkan agama untuk agenda mereka.

Beliau menjelaskan, alasan yang selalu digunakan pembangkang apabila mengadakan solat hajat ialah menyelamatkan negara daripada kerakusan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, yang bermasalah jika BN terus kekal berkuasa ialah pembangkang sedangkan rakyat bersyukur dengan nikmat yang mereka kecapi hasil daripada perjuangan UMNO sebagai teras kerajaan yang memerintah.

"Sebenarnya Pakatan Rakyat (PR) yang rakus dan gila kuasa sehingga sanggup melacurkan agama untuk kepentingan politik, mengkhianati agenda Melayu dan mempersendakan institusi raja-raja Melayu," tegasnya.

Sebagai contohnya Syed Ali berkata, PAS sanggup bersubahat dengan DAP untuk memusnahkan masa depan umat Melayu dan agama Islam, manakala PKR pula tergamak memperalatkan orang Melayu bagi memenuhi nafsu politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka berjuang untuk kepentingan segelintir puak sahaja tanpa langsung memperdulikan masa depan rakyat terutama umat Islam di negara ini," ujarnya lagi.

Lacurkan agama untuk kepentingan politik

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang mengadakan solat hajat dan pidato perdana anjuran PAS Pusat di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam, malam Ahad lalu. Selain pemimpin tertinggi parti itu, Anwar juga turut hadir.

Dalam hal ini tambah Syed Ali, sepatutnya PR terutama pemimpin PAS memohon kepada Allah S.W.T supaya diberikan petunjuk dan keinsafan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim yang masih berkofrantasi dengan Sultan.

Katanya, sikap putar belit Khalid yang menjuruskan kepada pembohongan dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sepatunya diberikan perhatian oleh pemimpin PAS.

"Adalah terlalu dangkal jika PAS mengatakan tidak mahu mencampuri urusan tersebut sedangkan dalangnya adalah Anwar yang dimonitorkan oleh DAP," katanya.

Menurutnya, selaku keldai poltik DAP, Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka (pembangkang) lebih berkuasa daripada Sultan.

"Inilah benih yang cuba di tanam oleh DAP dalam usaha mereka untuk melenyapkan ketuanan Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu," tegasnya.

Tiada ulasan:

Pengikut